Ahad, 3 Mei 2015

Punca Tak Nak Hapus GST Kad Pra Bayar

Menteri ni kata, Kerajaan bakal kehilangan hasil sebanyak RM800 juta setahun jika cukai barang dan perkhidmatan (GST) Kad Pra Bayar dihapuskan.

Patut la asyik main tarik tali dengan Timb. Menteri CGPA 3.38

Hahaha dasat dasat. Dulu Top Up RM10 dah masuk SST, La ni jadi macam ni pula SST + GST (60sen), Rakyat Di Dahulukan Kena.

Enam bulan saja rakyat susah,lepas tu Semua Dah Lupa " MELAYU MUDAH LUPA" kata Tun Mahathir

BACA DI SINI

Rabu, 22 April 2015

Fatwa Tentang Tarikat Al-Hasaniah

Tarikh Keputusan: 
 19 Feb, 2002
Keputusan: 
(1) Tarikat Al-Hasaniah adalah diharamkan kerana menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Ini adalah kerana ajaran tersebut didapati mempunyai sifat-sifat seperti berikut :
1. Guru mempunyai cahaya yang kuat dari Rasulullah. Cahaya itu akan diberikan kepada murid-murid kanan. Dengan cahaya itu segala hijab akan terbuka dan boleh menembusi alam ghaib seperti Alam Barzakh,Alam Roh dan Alam Jin. (Di dalam tape rakaman yang bertajuk 'Pengembaraan ke Sabah', Bahagian 1 ada dipaparkan perbualan di antara Haji Abdul Rahim @ Rajin bin Mandul dengan allahyarham abang kepada Abdul Halim).
2. Ahli-ahli kanan terikat ini telah mendakwa bahawa mereka pernah dibawa oleh guru mereka untuk melawat Syurga, Neraka dan Alam Mahsyar.
3. Mereka juga mendakwa boleh membuat tempahan untuk memasuki Syurga yang teratas dan mampu menempah istana di dalam syurga dan akan dijodohkan semula bersama isteri masing-masing ketika di syurga oleh guru mereka.
4. Haji Abdul Rahim @ Rajin bin Mandul Hati juga telah mendakwa beliau dan gurunya boleh menyelamatkan mana-mana keluarga dari kalangan ahli tarikatnya agar tidak akan diseksa dengan seksaan kubur jika dimaklumkan kepada guru.
5. Haji Abdul Rahim @ Rajin bin Mandul Hati juga pernah mengumumkan bahawa tarikat yang dibawa olehnya merupakan tarikat yang menegakkan kebenaran sepertimana yang berlaku pada kurun ke-15.
6. Dalam tape rakaman yang bertajuk 'Pengembaraan ke Sabah', Bahagian 1 ada memaparkan kisah di mana ketika Haji Abdul Rahim @ Rajin bin Mandul Hati sedang mengambik wuduk, beberapa orang pengikutnya sanggup membasuh muka dan meminum sisa air wuduk gurunya ketika merekaberada di dalam Gua Masai, Sabah.
7. Guru telah mensyaratkan agar murid-muridnya menyebut nama guru berulang-ulang dan hendaklah membayangkan wajah guru ketika berdoa.
8. Barangsiapa mengasingkan diri (bersuluk) dan tidak berkata-kata selama 40 hari melainkan hanya mengingati Allah S.W.T. akan dianugerahkan Nur Cahaya dalam hatinya.
9. Ajaran tarikat ini juga memerintahkan agar pengikutnya melakukan iktikaf di masjid selama 40 hari dengan syarat tidak boleh berkata-kata dan hendaklah memalingkan muka apabila melihat orang lain dan ketika iktikaf maka tidak boleh lagi keluar dari kawasan iktikaf walau apa pun terjadi seperti keluarga sakit mahupun mati.
10. Dalam tape rakaman yang bertajuk 'Mengenal Diri' Oleh Haji Abdul Rahim @ Rajin bin Mandul Hati, pernah menyebutkan kepada pengikutnya dengan mengatakan bahawa ' Kalau tak kenal guru, tak masuk syurga semasa di Padang Mahsyar kelak. Oleh itu, semua orang seharusnya mengamali dan mengikut ajaran ini sekiranya seseorang itu inginkan keselamatan dunia dan akhirat termasuk para alim Ulama" yang ada pada hari ini.'
11. Guru menegaskan bahawa asal kejadian manusia adalah daripada Nur Muhammad.
12. Haji Abdul Rahim @ Rajin bin Mandul Hati dan pengikutnya percaya bahawa pengasas tarikat mereka yang bernama Ghulam Hasan Al-Bikangi telah diberikan sebuah kitab Al-Quran oleh Rasulullah sendiri pada tahun 1960 dalam keadaan sedar. Ia berlaku ketika Haji Ghulam Hasan Al-Bikangi pergi menunaikan haji ke Mekah dan peristiwa ini berlaku ketika pengasas tarikat ini dijemput oleh Rasulullah masuk ke makam Baginda di Madinah. Lalu Baginda memberikan seutas tasbih, sebuah kitab Al-Quran dan wirid amalan sahaja yang dapat diwariskan kepada Haji Abdul Rahim @ Rajin bin Mandul Hati sedangkan tasbih tersebut telah hilang kerana dilarikan oleh seekor kucing hitam semasa kematian pengasas Tarikat Haji Ghulam Hasan Al-Bikangi meninggal dunia.
13. Dalam tape rakaman yang bertajuk 'Pengembaraan ke Sabah', Bahagian 1 ada memaparkan kisah Haji Abdul Rahim @ Rajin bin Mandul Hati diminta oleh salah seorang pengikutnya yang bernama Abdul Halim yang ingin berdialog dengan abangnya yang telah meninggal dunia. Ketika itu, Abdul Halim dilihat telah memberikan nama abangnya dan lokasi pengkebumiannya kepada gurunya sambil dibantu oleh Haji Ibnu. Lalu Haji Abdul Rahim @ Rajin bin Mandul Hati berkata bahawakeadaan roh abang kepada Abdul Halim dalam keadaan hitam dan tidak bercahaya kerana tidak ada Nur Cahaya kepada roh tersebut. Setelah itu, kelihatan Abdul Halim sedang berdialog dengan abangnya melalui perantaraan yang dipikul oleh Haji Ibnu dan Haji Abdul Rahim @ Rajin bin Mandul Hati.
14. Mereka juga memiliki sebuah potret yang menggambarkan wajah Nabi Ibrahim A.S. ketika peristiwa Allah memerintahkan Baginda menyembelih Nabi Ismail A.S. dalam pada itu didapati wajah malaikat Jibrail sedang menurunkan wahyu kepada Baginda.
15. Mereka juga mempunyai sebuah gambar yang dilukis dengan water calour yang menunjukkan lambang rasmi ajarannya yang didakwa oleh gurunya diwariskan oleh pengasas ajaran tarikat. Lukisan tersebut memaparkan sebuah kitab Al-Quran, seutas tasbih, tulisan tarikat, bunga ros merah, putih dan sebuah Gua Madai sebagai Gua Hira" Di Malaysia.
16. Mereka juga melakukan perbuatan Bida"ah Dhalalah, di mana ajaran mereka mensyariatkan boleh melakukan laungan azan seramai 4 orang di atas kubur.
17. Mereka juga mempercayai kubur-kubur yang mempunyai keramat, contohnya sebuah kubur yang dikatakan kubur Haji Ghulam Hasan Al-Bikangi yang mempunyai keramat yang bertaraf wali.
Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan tarikat ini.
(2) Orang yang telah mengambil ijazah atau mengamalkan Tarikat Al-Hasaniah hendaklah segera bertaubat dan memohon keampunan kepada ALLAH Subhanalu Wata"ala.
Status Penwartaan: 
 Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
 28 Aug, 2003
Nombor Rujukan: 
 Mufti Sel. 500-2; P.U. Sel.AGM
Akta/Enakmen: 
 Sel. P.U. 29.
BACA DI SINI


Gambar Ngeri Bunuh Diri


































BACA DISINI















Jumaat, 19 September 2014

Andai Anda Adalah Mereka ?

Pelancong Luar : oh my god, very beautiful, amazing....bla bla bla...

Pelancong dalam : masyaallah,cantik sungguh pemandangan, tenangnya kehidupan dia orang,tak sibuk dengan trafik jem, rasa macam nak duduk lama di sini bla bla bla....

pihak berkuasa : ini orang menyusahkan,tidak tahu undang-undang, bom ikan saja kerja dia orang bla bla bla....

pegawai agama : dia orang ni tiada agama,pagan,hidup di laut saja,kawin sesama dia orang saja...bla bla bla.....

orang laut/palaut :
1. Cantik,itu pandangan mata kamu,kamu tidak tahu, hidup kami sengsara. itu semua Tuhan yang cipta....

2. kamu saja kata kami tenang,sebenarnya tidak,kami nak cari makan susah,semua laut ada orang mengaku dia punya,sejak bila Tuhan suruh bahagi laut untuk dia orang pun tak tahu, nenek moyang kami dari dulu
tak pernah disekat untuk cari makan.
nak tinggal disini? kami dah beratus tahun tinggal di sini,kamu tidak tahu bagaimana rasanya, sehari dua kamu datang memang rasa gembira

3. memang kerja kami cari ikan,dulu pakai pancing dan jaring senang dapat ikan, sekarang susah,banyak saingan. kalau tak bom macam mana anak-anak kami nak makan ?
memang kami tak tahu undang-undang, macam mana kami nak tahu,kami tak pernah diberi peluang ke sekolah kerajaan,hidup kami dianggap macam pelarian oleh orang kerajaan, tidak bernegara hanya dianggap sebagai orang asli lautan. semua hak kami sebagai manusia dipinggirkan,sedangkan kami bukan ikan....

4. orang kata kami tiada Tuhan,sedangkan kami sentiasa minta doa pada Tuhan untuk mudah cari makan, nenek moyang kami asal semuanya Islam,kerana terpinggir dan tinggal dalam perahu di lautan,terpisah dengan ilmu pengetahuan,kami jadi tidak keruan,lama-lama kami hilang pedoman,tapi doa kami tidak pernah lupakan,cuma solat puasa dan ibadat lain mungkin ada yang dah lupa cara nak kerjakan.
orang agama hanya tuduh kami bukan-bukan, sedangkan mereka tak pernah datang kepada kami untuk beri kami pedoman. ada orang luar datang ajar tapi bahasanya kami tidak ada kefahaman....

berilah kami penempatan,nescaya kami akan indahkan lagi pemandangan
agar lebih memberi ketenangan
berilah kami pelajaran, nescaya kami akan patuh undang-undang
berilah kami rawatan, nescaya kami akan lebih menjaga kesihatan
berilah kami kemudahan,nescaya kami akan ada kaedah untuk cari makan dan tidak lagi akan bom ikan
berilah kami pengiktirafan kerakyatan, nescaya kami akan cintakan kedamaian
berilah kami pedoman,nescaya kami akan jadi Islam sebagai warisan dan amalan...

[kredit gambar dari blog : Gambar Menarik di Sini dan  Di Sini ]


Khamis, 31 Julai 2014

(Satira) : Kasturi Untuk Mu Gaza

" Bersabarlah wahai penduduk Gaza,kami sentiasa dibelakang anda. 
Kerana apa? kerana kami bermazhab Syafie, Ghaza adalah tempat kelahiran Imam Mazhab kami,kami menyanjung tinggi Imam Syafie dan tempat kelahirannya walaupun kami tidak mengikut sepenuhnya nasihat dan tunjuk ajar Imam Syafie dan kami sedari, itu adalah sebahagian sifat Yahudi yang sedang memerangi kamu.
Ketahuilah bahawa kami membuat hubungan dagang dengan Israel, kapal dagang Israel berlabuh dipelabuhan kami dengan barangan bernilai jutaan dolar.
Barangan kami juga dibeli oleh Israel,kami mengambil pakar-pakar Israel sebagai penasihat perniagaan kami, bukannya kerana apa, semua keuntungan ini nanti bakal disalurkan kepada anda semua di Gaza.
Kami tidak perlu menyiasat ke mana Israel membelanjakan wang mereka hasil keuntungan berniaga dengan kami,itu bukan urusan kami.
yang kami tahu,kami perlu kumpulkan sebanyak mungkin wang dan harta, sebahagiannya untuk membantu anda juga.
Kami mengambil pakar-pakar dari Israel sebagai penasihat kami supaya kami mengetahui rahsia kekuatan dan kelemahan mereka,dan hasilnya nanti akan disalurkan kepada pejuang anda.
Bersabar dan redhalah apa yang berlaku kepada anda,jangan kamu sentiasa memikirkan harta dunia kerana ianya tidak akan membawa ke akhirat, biarkan sahaja kami yang mencari dan mengumpul kekayaan dunia itu dengan cara apa sekalipun,halal atau haram itu bukan persoalan, yang penting kami dapat berbuat kebajikan kepada anda.
Kami sentiasa menyokong anda dan Kami juga menyokong pemimpin-pemimpin kami yang meluluskan lesen perniagaan dengan Israel. Semuanya untuk anda kerana kami memikirkan tidak ada cara lain untuk membantu anda..... "
Kami mengucapkan Salam Aidil Fitri kepada anda semua, siang malam kami bergembira,berkaraoke merayakan Aidil Fitri bukannya tidak ambil kisah tentang anda,kami juga perlu bergembira sebab kami aman bahagia. Makanan yang kami sediakan sangat banyak,andai tidak kami habiskan nanti dikatakan kami kawan syaitan....
Kesedihan yang anda rasai hari ini tetap tiba jua,jadi tidak perlulah kami ikut bersedih dengan mengabaikan kegembiraan hari raya, itu hak kami, kamu tidak perlu pertikaikan,cukuplah dengan bantuan yang kami hulurkan...."
Eid Mubarak... Taqabballahu minna wa minkum....