Sabtu, 9 November 2013

Panji Rasulullah dan Kalimah Allah; Jangan Sampai Kita Yang Tersesat

Kerana jahil manusia menjadi sesat dan kufur.Ada dikalangan sesetengah golongan manusia yang menyangka diri mereka bijak lalu menuduh,memberi komen tentang orang lain yang konon tidak bijak atau salah.

Isu bendera dan panji hitam yang tertera kalimah tauhid dimainkan dengan menuduh golongan yang membawa bendera tersebut sebagai Syiah malah ada yang menuduh ianya adalah bendera pengganas.

Tanpa sedar tuduhan tersebut kembali kepada diri si penuduh; menghina Kalimah Tauhid,menghina bendera dan panji Rasulullah S.A.W. Orang yang menghina Rasulullah sama seperti menghina Allah,KUFUR. Segeralah bertaubat.

Group Anti Syiah dalam FaceBook ;tanpa sedar dan terlalu ghairah menentang Syiah kekadang menjerumus kepada perbuatan menghina Ahlil Bait.
Asal ada sahaja perkataan yang menyebut "Ahlil Bait" maka akan ada komen yang akan menuduh mereka ini Syiah. Sedangkan dalam al-Quran sendiri Allah memuliakan Ahlil Bait,bagaimana mungkin kita manusia yang tidak tahu hujung pangkal lagi ini dengan berani menghina Ahlil Bait?
Surah al-ahzab ayat 33 bermaksud :"Sesungguhnya Allah hanya bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu wahai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih bersihnya".
Jangan hanya kerana kita menetang golongan Syiah Rafidah yang sesat dan menyesatkan tanpa sedar kita juga termasuk di dalam golongan mereka dengan menghina Ahlil Bait. Maka Iblis dan konco-konconya akan bertepuk tangan keriangan.

Isu penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam; Iblis dan konco-konconya telah berpesta keseronokan kerana telah berjaya merosakkan akidah umat Islam yang kuat menentang penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam terutama Kristian.
Ada ulasan-ulasan yang jahil dan melampau terhadap isu ini dan tanpa sedar orang yang mengaku mempertahan Kalimat Allah itu juga sedang melakukan perbuatan merosakkan akidah sendiri.
Persoalannya Bagaimana ?
1. Islam mewajibkan kita beriman dengan Kitab-kitab iaitu Taurat Nabi Musa a.s, Zabur Nabi Daud a.s, Injil Nabi Isa a.s dan Al-Quran Nabi Muhammad s.a.w.
Menafikan Allah dalam kitab Injil yang kini dinamakan dengan "Bible" bererti kita cuba menafikan salah satu daripada rukun Iman PERCAYA DENGAN KITAB AGAMA SAMAWI iaitu Allah yang menurunkan kitab-kitab tersebut.

2. Rukun Iman juga wajib percaya 25 Rasul,salah seorang Rasul tersebut ialah Isa a.s atau dalam bahasa yang digunakan oleh pengganut Kristian ialah Jesus, Kristian itu dinisbahkan daripada Jesus Crist atau Jesus penyelamat yang bermaksu Nabi Isa itu Penyelamat kepada pengganut agamanya.
Menafikan kalimah Allah digunakan oleh mereka seolah menafikan Nabi Isa itu dilantik oleh Allah sebagai Rasul.
Jangan sampai kerana mempertahan Kalimah Allah tanpa sedar kita jadi kufur kepada Allah. Perkara yang wajib dipertahankan ialah Akidah, bila akidah terjaga,Syariah akan terlaksana,undang Islam akan diguna, tiada lagi manusia durjana yang akan berani mempermainkan "Kalimah Allah"

3. Konsep asas ilmu Tauhid terbahagi kepada dua iaitu Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah. Semua makhluk termasuk bukan Islam percaya bahawa Allah yang mencipta dan mentadbir alam ini tetapi ada segolongan yang tidak mendapat hidayah Allah menafikan bahawa hanya Allah yang layak disembah,ditaati dan dipatuhi. Jadi tidak timbul persoalan orang lain tidak boleh menggunakan kalimah Allah.
Perlu difahami bahawa kita hanya menetang penyalahgunaan kalimah Allah oleh golongan manusia yang kufur termasuk sebahagian dikalangan dukun,bomoh dan ajaran sesat yang jelas mensyirikkan Allah

4. Perkara pelik bin ajaib yang berlaku,ada sebahagain NGO Melayu dengan penuh semangat berkonvoi dengan motosikal ke sana sini memenuhi jalanraya dan menggangu kelancaran kenderaan di jalanraya. Memakai T-Shirt tertera "Pertahan Kalimat Allah".
Tanpa sedar mereka itu sebenarnya menghina Allah dan Syariah Islam, apa tidaknya,dari segi pakaian gadisnya tidak menutup aurat,rambut terdedah dan diwarnakan,pakai seluar jeans ketat menampakkan susuk tubuh badan, hanya ber T-Shirt sedangkan aurat wanita dari hujung rambut hingga ke kaki, membonceng motosikal dengan "jantan" bukan mahram.

Kerana kebodohan,dungu,jahil kalimah A L L A H yang zahir diperjuangkan,akidah dan perintah Allah yang terkandung dalam al-Quran tidak dipraktikskan. Golongan sebegini yang kita nak harapakan?

5. Siapa "Ahlil Kitab" yang mana Islam membolehkan memakan sembelihan mereka dan mengahwini mereka? Tidakkah mereka ini "bukan beragama Islam" yang "tidak dibenarkan" menggunakan kalimah Allah.

6. Siapa pula "as-sobi iina" yang disebut dengan jelas dalam Al-Quran yang mana Allah juga akan memasukkan mereka ke dalam Syurga, tidakkan mereka juga "bukan beragama Islam" tetapi kenapa Allah janjikan syurga juga untuk mereka?

JANGAN SAMPAI KITA MEMBENCI MEREKA TANPA SEDAR KITA TERMASUK DALAM GOLONGAN MEREKA.

UMAT ISLAM PERLU KEKUATAN AKIDAH,KEKUATAN ILMU,KEKUATAN JEMAAH ISLAM.

BUKAN KEKUATAN JEMAAH BANGSA SAHAJA TETAPI JAHIL ILMU DAN KAYA FANATIK KEBANGSAAN.

Wallahu a'lam....



Isnin, 14 Oktober 2013

Teka-Teki Imam Al Ghazali

Kami SokongTokguru: Teka-Teki Imam Al Ghazali: Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini? Murid 1 : Orang tua Murid 2 : Guru Murid 3 : Teman Murid 4 : ...

Isnin, 2 September 2013

10 Golongan yang dilaknat kerana Arak

Pemimpin Parti Islam  1Malaysia Endless Possibilities dengan penuh bangga dan riaknya menyampaikan Anugerah Pencapaian Terbaik Syarikat Arak yang menjadi pilihan rakyat 1Malaysia 15 tahun berturut-turut.

10 golongan yang dilaknat kerana Arak :
1.  Orang yang memerahnya (pembuatnya)
2.  Orang yang meminta diperahkan arak (pengedarnya/ promosi arak)
3.  Orang yang meminum
4.  Orang yang membawa
5.  Orang yang meminta dihantarkan arak
6.  Orang yang menuang arak
7.  Orang yang menjual arak
8.  Orang yang membeli arak
9.  Orang yang makan hasil jualan arak
10.Orang yang minta di belikan arak

Surah al-Baqarah ayat :219 bermaksud :
” Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya”. Dan mereka bertanya pula kepadamu: apakah yang yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: “(Dermakanlah apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu)”. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir.”

” Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” (Surah Al-Maidah : 90)

Hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib r.a :
“Rasulullah s.a.w telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebat, dan Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40 kali sebat juga, dan Saidina Umar menyebat sebanyak 80 kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulullah s.a.w. dan inilah yang paling aku suka”


Jumaat, 23 Ogos 2013

Altantuya Tak Pernah Wujud ? Tipah tertipu lagi kerana satu Undi

malas mahu tulis banyak2, senang cakap
Altantuya tak wujud maaa,lu orang semua kena tipu sampai tujuh tahun,siutt betul...

Gila khinzir punya,tujuh tahun tipah tertipu,rupanya dia tu hanya watak utama cerita wayang kulit Sri Asun.
Abis yang meletup tu hapa? itu mercun Ah Chai punya maa,dah expired jenama Altantuya,Ah Chai gi hapus sisa buangan mercun haram di Puncak Alam takut kena cekup bapa polisi, tetiba saja mercun tu meletup sendiri, kebetulan ada mamat Bangla tengah cari tapak nak buat rumah kongsi dekat situ,sekali dengan dia la meletup,hancur lebur urat tulang kah kah kah....

kalau tak percaya,jangan duduk dalam ini negara la,pegi pindah Monggolia,ini negara semua barang ajaib-ajaib belaka,macam cerita seribu satu malam punya....kah kah kah

ada yang tumbuk biji mata sendiri,ada yang gantung diri sendiri,ada yang gari diri sendiri,ada yang tak sedar pistol kena curi sebab tidur waktu kerja tak sedar diri, ada yang bawa tentera masuk sebab mengaku nak ambil tanah hak sendiri...kah kah kah macam2 ada.

yang best lagi,kereta buatan sendiri,jual kat rakyat mahal ngeri,jual kat luar murah tak terperi, ngeri ngeri...
ada yang tak nak yuran free,nak hutang juga walaupun ngaji masuk universiti yuran tinggi tinggi, ada yang tak mau tol free, abis duit banyak nak simpan kat mana lagi?bagus kasi kat tabung negeri... kah kah kah ajaib ajaib.

Hikayat Seribu Satu Malam Versi 1Malaysia Endless Possibilities

Sabtu, 22 Jun 2013

AL FATIHAH buat HABIB SYECH BIN MUHAMMAD AL AYDRUS Surabaya

اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْن
أعظم الله اجركم واحسن أعزاكم وغفر لميتكم

Surabaya kehilangan permata yang berharga dari zuriat yang suci dari keturunan Rasulullah ﷺ
..telah kembali ke Rahmatullah, Al Habib Syech (Syekh) bin Habib Muhammad bin Husein Alaydrus (putra Habib Neon), Penggerak Majelis Burdah Ketapang Kecil.. pada petang semalam ( Rabu 19.6.2013  lebih kurang jam 4.30 petang waktu Malaysia) di Jakarta..Subuh Insha Allah tiba di Surabaya, Selepas Asar(Hari ini Khamis 20 .6.2013) jenazah mulia Al Habib dimakamkan.. Al Fatihah Khususan al Marhum


SUMBER BERITA

Jumaat, 24 Mei 2013

Najis Mukhaffafah : Rahsia di Sebalik Air Kencing Bayi Lelaki

"Air kencing bayi lelaki (dibersihkan dengan) disiram / dipercikkan air dan air kencing bayi perempuan dicuci." Qatadah rahimahullah berkata: "Ini kalau keduanya belum memakan makanan, sedangkan jika sudah memakan makanan maka dicuci air kencing dari keduanya." (HR . Ahmad dalam Musnad beliau no. 563, dan sanadnya dinyatakan shahih oleh Syu'aib al-Arna'uth dalam Ta'liq beliau terhadap al-Musnad).

Tentang air kencing bayi lelaki dan perempuan, satu eksperimen saintifik moden telah mendedahkan rahsia di balik perbezaan antara air kencing bayi lelaki dan bayi perempuan, dan menetapkan bahawasanya di sana ada perbezaan di antara keduanya.

Kajian ilmiah moden yang dilakukan di bidang ini menemui adanya perbezaan antara air kencing (air kencing) bayi lelaki dan bayi perempuan. Salah satu kajian tersebut adalah kajian yang dilakukan oleh Ashil Muhammad Ali dan Ahmad Muhammad Shalih dari Universiti Dohuk, Iraq. Kesimpulan kajian tersebut adalah sebagai berikut:

Telah selesai proses pengkajian peratusan kewujudan bakteria dalam air kencing / air kencing bayi dalam masa menyusu dan bayi yang baru lahir, di mana mereka mengumpulkan sampel air kencing bayi secara rawak yang berjumlah 73 bayi (35 perempuan dan 38 lelaki) . Mereka mengklasifikasikan / mengelompokkannya ke dalam empat kumpulan umur; umur di bawah satu bulan, umur satu bulan hingga dua bulan, kemudian (dari dua bulan) hingga tiga bulan dan kemudian lebih daripada tiga bulan dengan kemungkinan meningkatnya pengambilan makanan.

Sampel dikumpulkan dan terus di bawa untuk diperiksa secara makmal dan proses itu berlanjutan selama beberapa bulan dengan mempertimbangkan tahap maksimum pensterilan dan mengelakkan pencemaran.

Kajian tersebut menggunakan kaedah yang digunakan Dr. Hans Christian Gram, yang ditemui pada tahun 1884 dalam pewarnaan bakteria (kaedah Gram staining), yang mana warna ungu menunjukkan bakteria Gram positif dan warna merah untuk negative. Semua sampel yang diuji dengan memilih bidang bakteria mikroskopik untuk mengira jumlah bakteria dengan menggunakan standard pembesaraan 100 kali ganda. Didapati bahawa semua Gram negatif, dan diklasifikasikan bahawa ia masuk sebagai bakteria Escherichia Coli.

Hasilnya adalah seperti berikut:

Pertama: Pada kumpulan usia sifar hingga 30 hari, peratus kewujudan bakteria dalam air kencing bayi perempuan 95,44% lebih banyak berbanding pada air kencing bayi lelaki di mana jumlah bakteria di bidang mikroskopik untuk air kencing bayi perempuan mencapai 41.9 sedangkan pada bidang yang sama untuk bayi lelaki hanya berjumlah 2 saja.

Kedua: Pada kumpulan umur (dari satu bulan hingga dua bulan) peratus kewujudan bakteria dalam air kencing bayi perempuan 91,48% lebih banyak berbanding pada air kencing bayi lelaki di mana jumlah bakteria di bidang mikroskopik untuk air kencing bayi perempuan mencapai 24.1 sementara jumlah dalam bayi laki-laki hanya 2,25.

Ketiga: Pada kumpulan umur 2-3 bulan, peratusan kewujudan bakteria dalam air kencing bayi perempuan 93,69% lebih banyak berbanding pada air kencing bayi lelaki, di mana jumlah bakteria di bidang mikroskopik untuk air kencing bayi perempuan mencapai 24.1 sementara jumlah pada kes bayi lelaki hanya 1.6.

Keempat: Pada kumpulan usia lebih dari 3 bulan, peratusan bakteria dalam air kencing bayi perempuan 69% lebih banyak berbanding pada air kencing bayi lelaki di mana jumlah bakteria di bidang mikroskopik untuk air kencing bayi perempuan 13,9 sementara dalam kes air kencing bayi lelaki jumlahnya 6.8.


Najis Mukhaffafah

Najis Mukhaffafah ialah kencing kanak-kanak lelaki yang belum makan makanan selain daripada susu ibu. Untuk membersihkan benda yang terkena najis ini, memadai dengan memercikkan air atas benda itu meskipun tidak mengalir. Adapun kencing kanak-kanak perempuan yang belum makan selain susu hendaklah dibasuh sampai mengalir air di atas benda yang kena najis itu dan hilang zat dan sifat-sifat nya sebagaimana mensuci kencing orang dewasa. Ali ra menyatakan bahawa nabi SAW bersabda :


“Air kencing kanak-kanak lelaki memadai direnjis dan air kencing kanak-kanak perempuan dibasuh”.
 (Riwayat Ibnu Majah)

Cara Bersuci


Cara membersihkan najis mukhaffafah ialah dengan cara hilangkan ain najis, setelah itu basuh bahagian yang terkena najis dan dilapkan, kemudian percikkan air di atas tempat yang terkena najis, Akhir sekali lapkan dengan kain bersih sehingga kering.



Tambahan


Pada zaman sekarang, ramai ibu-ibu yang memberikan susu formula kepada anak mereka. Ini semua adalah disebabkan faktor pekerjaan yang membuatkan si ibu tiada kesempatan untuk menyusukan anak mereka, situasi seperti ini akan menyebabkan susu ibu tersebut kering dari payudaranya dan terpaksalah mereka memberikan susu formula kepada anak-anak mereka. Air kencing yang dikeluarkan oleh anak mereka ini tidak dikira sebagai najis mukhaffafah walaupun umur anak mereka tidak sampai dua tahun. Najis anak mereka hendaklah dibasuh sepertimana najis mutawassitah.


Ketika membasuh pakaian di dalam mesin basuh jangan mencampurkan pakaian anak-anak, kerana dikuatiri pakaian mereka mempunyai najis. Apabila pakaian dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai najis dicampurkan akan menyebabkan pakaian dewasa juga mempunyai najis kerana mesin basuh tidak dapat membasuh dengan cara mencucurkan air dari hujung ke pangkal pakaian tersebut. Cara untuk membasuh pakaian ialah dengan cara mengasingkan pakaian dewasa dan kanak-kanak supaya najis yang terlekat dipakaian kanak-kanak tidak terkena kepada pakaian dewasa. Lebih baik lagi setelah dibasuh dengan mesin, hendaklah dicucurkan pula dengan air mutlak ke pakaian tersebut sehingga bersih. Teknik ini lebih baik dan lebih diyakini kebersihannya.


Sabtu, 4 Mei 2013

Gambar Kempen Dengan Lori...

03.05.13,5.40pm,Semporna
Jentera Pakatan Rakyat dengan penuh semangat berarak mengibarkan panji-panji Keadilan ke seluruh pekan Semporna









Rabu, 1 Mei 2013

Dakwat Kekal Kena Goncang Dulu Macam Ubat Klinik Kerajaan...

Jawapan bodoh Suruhanjaya Pilihanraya; petugas SPR tidak goncang dulu dakwat sebelum digunakan adalah punca dakwat menjadi tidak kekal.

Tahap kualiti dakwat menjadi persoalan sekarang. Berapa kos yang digunakan untuk membeli dakwat yang rendah kualiti ini?
Syarikat siapa yang dapat kontrak membekal dakwat ini?
Adakah mereka membeli dakwat yang rendah kualiti tetapi membuat tuntutan harga barang yang berkualiti tinggi?
Menurut SPR,hanya tiga orang sahaja yang tahu tentang dakwat kekal ini,dedahkan siapa mereka?
Kenapa tidak dipanggil wakil parti yang bertanding untuk membuat ujikaji berkaitan dakwat?
Kenapa jaminan dakwat akan kekal sehingga lima hingga tujuh hari dan UNDI AWAL dibuat lima hari sebelum proses pengundian sebenar?

Gaji,elaun semua kakitangan SPR dibayar melalui hasil cukai rakyat, mereka diamanah oleh rakyat supaya bertugas dengan jujur. Andai mereka mengkhianati amanah,sesungguhnya azab Allah amat pedih....







Isnin, 29 April 2013

PEJABAT PAS SEMPORNA DISERANG TENTERA TIRAM? GANAS NI !!!


Memalukan....yang pergi menyerang tu ada yang dah tua-tua,kubur kata mari rumah kata pergi, tapi akal masih di kepala lutut,tak sedar diri bahawa Malaysia negara demokrasi bukan milik peribadi.
Modal dah tabur keliling kampung pun masih takut lagi dengan PAS ka?

Inilah hasil tuaian UMNO bila modal kempen yang digunakan penuh dengan rasa benci dan provokasi terhadap parti lawan kononnya PAS itu "PARTI AJARAN SESAT",  PAS ialah PARTI ISLAM SEMALAYSIA,realiti yang tidak berani diucapkan oleh UMNO termasuk UMNO Semporna.

Dari mana timbulnya barang mainan sebegini? Ceritanya begini; pada suatu hari rombongan UMNO telah pergi hendak meminang PAS untuk hidup dibawah satu bumbung atas nama Kerajaan Perpaduan, malangnya,pinangan tersebut tidak diterima. Oleh kerana kecewa pinangan ditolak maka timbul rasa tidak puas hati,maka keluarlah segala macam sumpah seranah,muka dah la hudoh sombong pula,ingat dia sorangka aku boleh meminang dan macam-macam lagi, oleh kerana terlalu kecewa hingga UMNO menjadi gila talak yang tidak pernah terjadi melainkan biasanya hanya dalam kes bercerai sahaja bukan dalam kes meminang, akhirnya dibawalah cerita jangan dekati mereka, mereka adalah Parti Ajaran Sesat, hahahhaha biasala kan, orang kecewa. Gegar gempitalah seluruh alam maya oleh yang cerdik,yang bijak,yang tolol, yang buta membuang bertongkat,yang berakal malas yang amat,maka diterima lah sahaja apa yang datang dari alam maya...kah kah kah,tak dak akai ka

Soalan untuk UMNO
Anggap PAS sesat,tapi ajak bersatu, gila ka apa?
Anggap PAS sesat,tapi provok sana-sini sebab nak seorang ulama Tuan Guru Harun Din masuk UMNO, Ustaz Harun Din sesat ka bila bertanding atas tiket PAS?
Kerajaan Kelantan buat solat Hajat mohon hajat keselamatan Negara, sesat ka?
UMNO Najib buat konsert K-Pop, Gangnam Style bayar berjuta2 rial tak sesat.
Majoriti pimpinan PAS adalah ulama,ustaz ustazah,dan orang-orang yang cintakan agama, sesatka?
Isteri-isteri pimpinan PAS dan ahli PAS semua tutup aurat sebab perintah Allah dalam al-Quran surah al-Hujurat,sesat ka?
Sesat tak sesat,tapi realitinya ialah ada yang fanatik UMNO sanggup meletak petikan ayat surah al-Fatihah "maaliki yaumiddin" dibonet depan kereta bersama bendera UMNO,seolah-olah merekalah yang "memiliki hari kemudian(HAri Kiamat)"

Teringat zaman sekolah dulu-dulu suka main-main macam ni la,gula-gula HACKS = Hanya Aku Cinta Kau Sayang
Permainan inilah yang sedang dimainkan di seluruh Semporna dalam kempen PRU13 kali ini...


Sabtu, 27 April 2013

Kenapa Tidak Istiqarah Sebelum Mengundi ?

ADAKAH ANDA SUDAH LAYAK MENGUNDI ? ANDA SUKAR MEMILIH UNTUK UNDI SIAPA DAN PARTI APA? KEMBALILAH KEPADA AL-QURAN DAN HADIS.....

Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami BERISTIKHARAH dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".
(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).

Tidak akan menyesal sesiapa yang bertanyakan penciptanya dan berbincang dengan orang-orang mukmin kemudian berhati-hati dalam menangani persoalannya.
Allah telah berfirman:

"Dan berbincanglah dengan mereka (para sahabat) dalam urusan itu (peperangan, ekonomi, politik dll). Apabila kamu telah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah".

Khamis, 25 April 2013

PRU13; "MOOD" pi mana tak tau...

Apasal lah kali ini,orang lain "ini kali lah". Parlimen dan bubar,penamaan calon sudah diumumkan, kempen tengah "speed". aku macam ni juga,tak ada "mood" untuk menulis isu politik walaupun banyak isu yang sepatutnya di analisis dan perlu dikomen.

Terkini isu letupan "BOOOM" ...opocot omak kau jatuh" sedang dipergunakan dengan selayaknya walaupun mungkin sekadar letupan bekas tin racun Nyamuk Aerosol Fumakilla yang tersembunyi dalam longgokan sampah yang "disengajakan" ?

Ada mangsa yang mengalami cedera parah tahap nazak sakaratul maut walaupun sekadar luka di betis. Kesian mangsa tu,macam "daqhai", tengok ke badan mangsa tu kalah juara tinju dunia Mohamad Ali, luka sikit pun heboh 1Malaysia kami kena BOOOMMMMM,kahkahkah, tahap mental yang lemah sangat.
Macam-macam ada,kalau Video pun orang boleh buat,tak kan meletup dalam sampah tak boleh buat,kan kan,kan?

Lepas tu ada juga calon2 yang bertanding keluar kenyataan cerdik tak boleh pakai, "tentera tidak teragak-agak akan digunakan untuk mengawal keadaan jika insiden letupan masih berlaku".
Tengok muka macam cerdik, sekali dah bercakap nampak sangat dia nak bagi tau orang dia sendiri yang cuba buat kecoh.

Bak kata mantan Perdana Menteri Sementara "kita akan mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekalipun hingga titisan darah terakhir", begitulah lebih kurangnya.. Apa makna semua ni? kalau ada otak fikir sendiri la....

Ada lagi isu yang malas aku tulis,tapi dah tak tau nak tulis apa,aku tulis juga la,lantak la.
Satu pihak tu berkeras macam besi waja dalam bab "janji taat setia" atau depa panggil "baia'h". Keras-keras besi pun,kalau diketuk jadi parang juga.

Gara-gara ada sorang dua tak mau bai'ah kerana nak dapatkan sesuatu,habis keluar segala ayat yang kurang cerdik walaupun dah cerdik sebelum tu. Nampak macam depa la yang berjuang sungguh-sungguh,orang lain tidak,jadi hangpa jangan komen,kritik apa-apa,hangpa tau apa.... kahkahkah,itu la pasal,waktu Tok Guru terang pasai bai'ah hangpa dok tidok celah pintu,bila keluar isu ni baru la kelam kabut...
Kahkahkah...kita kena berjihad,kahkahkah.... baru dengar orang bertembak sikit,sunyi sepi tempat berjihad,habis pakat cabut balik kampung,jihad apa ka nama macam tu...

Cukup la takat ni,sekadar layan keyboard....

Khamis, 4 April 2013

Bunga Raya Lambang Calon BEBAS PRU13


Wajah sugul calon-calon BEBAS yang melompat dan dipecat Parti dengan lambang Bunga Raya untuk PRU 13,ramai yang menunggu di kerusi mana mereka akan bertanding,adakah masih di Kerusi yang sama dalam PRU 12?

Selasa, 12 Mac 2013

INSIDEN LAHAD DATU : ANGGOTA TENTERA PERTAMA TERKORBAN

SEORANG LAGI ANGGOTA KESELAMATAN KITA TERKORBAN DALAM INSIDEN LAHAD DATU : AL FATIHAH KEPADA PBT MOHD HURAIRAH T/1163468 DR 7MD,KEM KUKUSAN TAWAU YG TERBUNUH DLM PERTEMPURAN DI KG TANJUNG BATU LAHAD DATU..BERASAL DR KELANTAN.[VAT 69]

Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Datuk Zulkifeli Mohd Zain berkata, pasukan keselamatan bertembung dengan lima anggota penceroboh pada jam 7.45 pagi ini ketika melakukan operasi pembersihan di kawasan sekitar Sungai Nyamuk, dekat Tanjung Batu.

Zulkifeli (kiri) berkata penceroboh berundur ke bahagian atas Sungai Nyamuk dan anggota mengekori mereka dan diikuti dengan pertempuran pada kira-kira jam 10.45 pagi. 


Dalam pertempuran tersebut tiga penceroboh terbunuh dan seorang lagi anggota tentera mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Sandakan dengan helikopter PDRM

Allahyarham berasal dari Kelantan dan jenazahnya dijanga akan tiba pagi esok di Pengkalan Chepa. Semoga Allah SWT mengurniakan ganjaran yang besar kepada Allahyarham yg terkorban mempertahankan kedaulatan negara...

Ahad, 10 Mac 2013

Gambar Operasi Mengesan Pengganas Di Lahad Datu
































2 Anggota PGA Cedera Dalam Pertempuran Dengan Pengganas



LAHAD DATU: Dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera dalam kejadian tembak menembak dengan pengganas Sulu di Kampung Tanjung Batu kira-kira pukul 8 malam Sabtu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata dalam pertempuran selama enam jam itu itu, dua anggota dari PGA Miri cedera di bahagian betis dan peha.

Mereka dibawa ke Hospital Dutchess Of Kent, Sandakan.

Bagaimanapun menerusi sidang media pada Ahad, Hamza tidak dapat mengesahkan sama ada terdapat musuh yang berjaya ditembak atau tidak dalam pertempuran tersebut

Polis Semporna Tahan 33 Suspek Pengganas

SEMPORNA: Polis menahan 33 suspek yang dipercayai terlibat secara langsung dengan pengganas Sulu dan turut disyaki menyalurkan maklumat keselamatan kepada mereka.

Ketua Polis Daerah Semporna, DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata kesemua suspek yang ditahan di kampung pinggir bakau di sini merupakan warga asing dan mereka dihantar ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Lahad Datu untuk soal siasat.

"Mereka dihantar ke IPD Lahad Datu untuk soal siasat kerana ia berkaitan dengan Op Daulat," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Beliau berkata operasi yang bermula pada 6.30 pagi dan berakhir pada 9 pagi memfokuskan pemeriksaan dari rumah ke rumah dan turut menahan empat suspek wanita.

Katanya, kesemua suspek yang berusia 18 tahun ke atas itu, disiasat kerana dipercayai mempunyai kaitan dan melindungi pengganas Sulu.

Tinjauan Bernama ke lokasi operasi mendapati kira-kira 100 anggota polis dari IPD Semporna, VAT 69 dan Pasukan Gerakan Am melakukan pemeriksaan ke setiap rumah bagi mencari dan mengesan suspek pengganas Sulu.

Op Daulat yang dilancar bagi memburu saki-baki penceroboh bersenjata dari selatan Filipina itu masuk hari keenam hari ini dengan 53 penceroboh militan dilaporkan ditembak mati.

Sejak pencerobohan militan pada 12 Feb lepas, lapan anggota polis terkorban iaitu dua maut dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Simunul di sini sehari kemudian. BERNAMA





Sabtu, 9 Mac 2013

Semporna : 29 April 1954



Hari itu, 29 April, 1954, hari yang paling malang bagi penduduk Semporna. Hari yang paling celaka, yang mengorbankan nyawa dan harta benda. Malah ada yang dicabul kehormatan, dirogol dan diperkosa.

Tarikh hitam itu masih kekal dalam ingatan penduduk yang menyaksikan peristiwa berdarah akibat perbuatan ganas mundu-mundu (lanun-lanun) yang datangnya entah dari mana.
Pekan Semporna yang terletak di pinggir laut itu sepertimana biasa, aman dan damai. Petang itu, udara menghembus nyaman dari laut yang biru yang tenang itu.

Padang bola sepak yang terletak berhampiran dengan Balai Polis Semporna itu telahpun dipenuhi oleh peminat-peminat bolasepak yang saban petang punya pengunjungnya. Mereka bermain dengan begitu seronok sekali. Beberapa anggota polis juga turut bermain untuk mengeluarkan peluh di samping memupuk hubungan baik dengan masyarakat setempat.

Balai Polis Semporna yang terletak di bawah Kawalan Ketua Polis Daerah (OCPD) Lahad Datu mempunyai keanggotaan 7 orang sahaja. Ketua Polis Balai (OCS)- nya ialah Sarjan Sagar Singh. Perhubungan antara Balai Polis Semporna dengan ibu pejabat daerahnya di Lahad Datu hanya menerusi radio wireless dan jalan laut sahaja yang memakan masa lebih kurang 10 jam perjalanan.

Peristiwa berdarah itu masih segar dalam ingatan Encik Bullah Ganggal, bekas pegawai polis yang baru bersara dengan pangkat Penolong Penguasa Polis (ASP). En.Bullah, keturunan Kadazan, semasa kejadian itu bertugas di balai polis tersebut dengan pangkat Detektif Lans Koperal.

“ Segala-galanya bermula pada jam 5.30 petang. Pada masa itu penduduk-penduduk Semporna sedang berehat setelah kembali dari menangkap ikan. ” En.Bullah Ganggal memulakan ceritanya.
“ Para pemuda pula sedang seronok bermain bola. Ia turut berada berhampiran padang bola itu. Tiba-tiba bunyi tembak bertalu-talu dari arah jeti yang tidak jauh dari situ ”, katanya.
“ Orang di pekan dan di padang itu lari bercempera sambil berteriak, mundu! mundu ! (lanun ! Lanun !) cepat lari. Masing-masing mencari tempat perlindungan ".

“ Melihatkan keadaan kelam-kabut dan serangan mengejut lanun itu, Sarjan Sagar Singh segera memerintahkan orang-orangnya bersiap sedia. Ia memerintahkan saya membawa isteri dan anak-anak anggota polis Semporna berlindung di balai. Ini disebabkan keadaan di balai itu lebih selamat kerana adanya pagar berduri dan segala senjatapi serta peluru ada di sana ".

L/Kpl Bullah Ganggal segera bertindak dengan menjerit memanggil semua isteri dan anak-anak polis untuk mengikutnya ke balai.
“ Belum sempat isteri-isteri dan anak-anak polis itu saya lindungkan di balai, saya lihat dari celah-celah lubang berek kami, lanun-lanun yang ramainya tidak kurang 50 hingga 70 orang itu telahpun hampir dengan Balai Polis Semporna. Mereka berpecah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan mara ke balai polis satu lagi ke arah bot jabatan hutan ”.

Sementara itu di balai polis, Sarjan Sagar Singh dengan dibantu oleh orang-orangnya iaitu PC 442 Sulaiman dan PC Jambuan memuntahkan peluru ke arah lanun-lanun yang begitu ramai itu. Sarjan Sagar Singh dan orang-orangnya sekali-kali tidak mahu menyerah kalah kepada lanun-lanun itu sekalipun terpaksa mengorbankan nyawa mereka.

Sambil memuntahkan peluru ke arah balai yang dipertahankan bermati-matian oleh Sarjan Sagar Singh itu, lanun itu memusnahkan alat-alat hubungan wireless di luar balai itu. Dengan itu hubungan Balai Polis Semporna dengan Ibu Pejabat Daerah Polis Lahad Datu TERPUTUS.

“ Kita mesti pertahankan balai ini hingga ke titisan darah terakhir. Biar putih tulang, jangan putih mata ”, kata Sagar Singh kepada dua orang anggotanya dengan penuh semangat. Mereka terus melawan dengan beraninya.

En.Bullah Ganggal yang ditugaskan melindungi isteri dan anak-anak polis tidak dapat berbuat apa-apa kerana pada masa itu senjata tiada di tangannya. Kalau dia keluar tanpa senjata tentu seperti menyerah diri tanpa berlawan. Ia melihat bagaimana rakannya PC Jambuan yang kehabisan peluru ditikam dengan barung (parang) oleh lanun-lanun itu. Ia dibunuh dengan kejam sekali di mana perutnya diburaikan.

Akhirnya kerana kehabisan peluru dan lanun-lanun yang ramai itu bersenjatakan senjata-senjata automatik, maka Sarjan Sagar Singh dan dua orang anggotanya terkorban. L/Kpl Bullah Ganggal cuba untuk keluar dari tempat persembunyian untuk memberi bantuan tetapi dihalang oleh permintaan isteri Sjn.Sagar dan isteri-isteri anggota polis yang lain supaya jangan pergi dan melindungi mereka di situ.

Bila saja lanun-lanun itu mendapati Sjn Sagar dan orang-orangnya terkorban , mereka lalu merempuh ke dalam balai polis. Bilik radio polis dipecah dan alat-alatnya dimusnahkan. Mereka juga memecahkan bilik besi tempat menyimpan senjatapi dan peluru lalu merampasnya.

Lanun-lanun itu semakin menganas. Senjatapi mereka ditembak ke sana ke mari. Mereka terus menggeledah seluruh rumah dan kedai di pekan Semporna.

“ Apa yang saya dengar lepas itu ialah teriakan dan jeritan minta tolong oleh mangsa-mangsa lanun-lanun yang jahat itu. Mereka bukan sahaja merompak, mengambil apa sahaja barang-barang berharga, makanan, malah mereka juga merogol wanita dan anak dara. Mereka sungguh kejam dan tidak berkeperimanusiaan langsung”, Kata En.Bullah dengan perasaan amat geram. “ Apakan daya masa itu saya tidak bersenjata dan memikirkan pula keselamatan anak isteri anggota-anggota polis. Saya kesal tidak dapat membantu kawan-kawan saya yang gugur sebagai perwira negara ".

“ Lanun-lanun celaka itu telah bermaharajalela selama 3 jam iaitu dari jam 5.30 hingga 8.30 malam di pekan Semporna. Mereka melakukan pelbagai dosa yang tidak dapat diampun ", terang beliau lagi.

Menurut En.Bullah ia tidak tahu dari mana datangnya lanun-lanun itu tetapi ia mengagakkan dari percakapannya adalah dari Seberang (Filipina).

Selama 3 jam Semporna telah menjadi neraka. Lanun-lanun bertindak sewenang-wenangnya kerana tiada siapa berani melawannya. Akibatnya, Semporna musnah semacam diserang garuda, menjadi padang jarak padang tekukur. Setelah lanun-lanun itu puas memuaskan hawa nasfu, mereka segera menghilangkan diri di lautan luas dengan kumpit-kumpit (perahu) yang dilengkapi dengan motosangkut laju.

“ Bila mendapati lanun-lanun itu berlalu, saya dan anak isteri anggota-anggota polis keluar dari tempat persembunyian di berek polis itu. Betapa sedih hati saya melihatkan rakan-rakan saya, Sjn Sagar, PC Jambuan, PC Gimun terkorban. Mayat mereka yang berlumuran darah itu dipeluk dan ditangisi oleh anak dan isteri masing-masing. Saya turut menitiskan air mata melihatkan peristiwa itu. Hingga hari ini ianya kekal dalam ingatan saya, ” ceritanya lagi.

L/Kpl Bullah segera mengambilalih tugas Ketua Polis Balai. Didapatinya dua orang anggotanya masih hidup. Mereka itu sedang bermain bola ketika lanun menyerang. Oleh kerana tidak sempat lari ke balai, mereka terpaksa bersembunyi.

Setelah menguruskan mayat empat orang rakannya L/Kpl Bullah terus berbincang dengan Ketua Anak Negeri (Penghulu) Semporna, Panglima Jakarullah yang telahpun tiba di balai bersama-sama orangnya.

Dengan bantuan mereka, dia membuat rondaan di sekitar bandar Semporna untuk mengumpul mayat dan memberi pertolongan kepada orang yang cedera akibat kekejaman lanun-lanun tadi. Hasilnya mereka menemui mayat seorang pegawai hutan British, seorang pekedai Cina (tukang jahit) dan seorang pemuda Bajau Semonul. Mayat -mayat itu dibawa ke balai polis untuk diuruskan.

L/Kpl Bullah seterusnya mengadakan perbincangan dengan Panglima Jakarullah dan orang-orangnya pada malam kejadian itu. Mereka mengambil keputusan untuk menhantar dua orang awam ke Lahad Datu bagi membawa pembantu hospital Harry Chew dan Lian Chap Yit yang luka parah mendapat rawatan. Di samping itu mereka juga diarahkan meminta bantuan segera dari KPD Lahad Datu yang tidak dapat dihubungi menerusi wireless radio.

Pada malam itu L/Kpl, Bullah dan Panglima Jakarullan serta orang-orangnya mengambil keputusan untuk berjaga dan berwaspada bagi menentang lanun-lanun yang mungkin datang sekali lagi.
Petang esoknya, 30hb, Mac barulah rombongan yang diketuai oleh Pegawai Daerah Lahad Datu, Mr.Dalimore dan Ketua Polis Daerah (OCPD), Mr.W.R.H. Roberts tiba untuk menyaksikan pekan Semporna yang hampir menjadi padang jarak padang tekukur itu.

Peristiwa ngeri itu amat menakutkan penduduk-penduduk Semporna. Ada di antara mereka yang lari bersembunyi tidak mahu balik ke rumah beberapa hari kerana takutkan lanun mengganas lagi. Seorang kakitangan kerajaan yang bertugas di Semporna, ketika kejadian itu terus jadi ' gagap ' hingga ke hari ini kerana terlampau terkejut, gamam dan ketakutan





Jumaat, 8 Mac 2013

Insiden Semporna : Mayat Anggota Polis Diperlaku Dengan Kejam



Ditawan kemudian dipenggal kepala merupakan antara kekejaman yang tiada tara dilakukan pengganas Sulu ke atas anggota keselamatan negara.
Bukan itu sahaja, seorang anggota pasukan keselamatan yang turut ditawan dirodok perutnya menggunakan parang Sulu atau barong sebelum dadanya dibelah dan dikeluarkan segala organ dalaman.
Badan wira negara juga ditetak sehingga bercerai beberapa anggota badan sebelum dicampak ke laut manakala ada antara mereka maut kerana kedua biji mata mereka dicungkil menggunakan senjata tajam.
Seorang lagi anggota pasukan keselamatan walaupun terselamat menjadi cacat apabila kedua-dua belah tangannya kudung akibat ditetak dan kepalanya dikelar menggunakan kerambit.
Kesemua wira negara itu diperlakukan sedemikian selepas diserang hendap pada 2 Mac lalu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna.

Perbuatan yang sangat sadis dan tidak berperikemanusiaan itu menimbulkan tanda tanya apakah mereka ini di bawah pengaruh dadah atau ilmu hitam.
Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga menyatakan beliau amat dukacita apabila niat suci Malaysia untuk tidak membenarkan setitik darah tumpah di bumi Sabah dibalas dengan kekejaman oleh pengganas Sulu terhadap anggota keselamatan.

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Facebook hari ini mengesahkan, selepas operasi menyelamat dibuat anggota komando VAT 69, mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan penuh kejam.

"Apabila tiba di Kampung Simunul, pasukan polis diserang hendap oleh penceroboh. Enam anggota polis terkorban manakala dua yang lain cedera. Enam penceroboh bersenjata telah dibunuh pihak polis.
"Polis menghantar pasukan penyelamat untuk membawa keluar mayat wira-wira kita. Mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan kejam oleh penceroboh bersenjata tersebut," katanya.

Dalam serangan itu, enam anggota polis maut iaitu Supritendan Ibrahim Lebar, Asisten Supritendan Micheal Padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Aziz Sarikun, Koperal Salam Togiron dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran.
Semua mereka yang maut itu kemudian diberi kenaikan pangkat berkuat kuasa serta-merta sebagai menghargai jasa dan pengorbanan wira yang diumumkan sendiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Terdahulu, pada 1 Mac lalu, pengganas Sulu juga bertindak keji apabila berpura-pura menyerah diri dengan mengangkat bendera putih sebelum menembak mati dua anggota komando VAT 69 dan mencederakan tiga yang lain di Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Allahyarham Asisten Supritendan Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46, yang menyangka pengganas Sulu ikhlas kemudian bangkit daripada posisi meniarap menyebabkan kedua-dua mangsa maut ditembak di kepala.








Khamis, 7 Mac 2013

Insiden Lahad Datu : 52 Penceroboh Termasuk Seorang Jeneral Terbunuh

LAHAD DATU, 7 Mac — Seramai 32 pemberontak Sulu telah dibunuh sejak semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kematian dikalangan penceroboh bersenjata warga Filipina di Sabah sebanyak 52 orang, kata pihak berkuasa hari ini.

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin juga berkata serangan udara pada Selasa lalu ke atas kawasan persembunyian penceroboh Sulu di Kampung Tanduo bukan bertujuan untuk membunuh sesiapa, sebaliknya untuk “meneutralkan” pihak musuh supaya pasukan keselamatan dalam masuk tanpa sebarang tentangan.

“Serangan udara bukan bertujuan untuk membunuh,” kata Zulkifeli semasa sidang media bersama dengan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar hari ini.“Jumlah keseluruhan musuh yang telah terkorban adalah sebanyak 52,” kata Ismail.

Ismail menambah pasukan keselamatan telah menembak 31 penceroboh Sulu bersenjata di Kampung Tanjung Batu semalam dan seorang di kampung Tanduo pagi tadi.

Lapan anggota polis Malaysia terkorban awal minggu ini disini dan Semporna, menjadikan jumlah kematian keseluruhan 60 orang pada ketika ini.Ismail juga berkata jeneral Sulu antara individu yang terkorban.

Namun, beliau menambah tidak dapat mengesahkan sama ada ketua kumpulan penceroboh Agbimuddin Kiram antara mereka yang terkorban.

Ismail berkata penceroboh Sulu juga telah bergerak ke Kampung Tanjung Batu, yang mana jaraknya antara empat ke lima kilometer persegi.Beliau juga berkata terdapat “sebilangan” penceroboh Sulu juga menghilangkan diri.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menolak gencatan senjatan hari ini untuk menghentikan pertempuran yang hampir masuk sebulan dengan penceroboh.


Insiden Lahad Datu : Operasi Ketenteraan Diteruskan[bergambar]
















Kejadian tembak-menembak kembali tercetus hari ini di kawasan operasi Kg Tanduo ketika pasukan keselamatan kita meneruskan operasi menggeledah untuk mencari saki baki kumpulan penceroboh.Laman Utusan Onlinemelaporkan, kejadian berkenaan berlaku pada kira-kira jam 9.15 pagi.


Ia turut melaporkan, pasukan keselamatan turut melepaskan tembakan dari kereta perisai pada jam 8.30 pagi.Sementara itu, pesawat udara tentera juga dilaporkan berlegar di udara pada jam 7.30 pagi di kawasan operasi itu.

Kosmo pula melaporkan Pasukan keselamatan mengadakan kepungan di laut dan darat bagi mengekang kemasukan bekalan makanan dan persenjataan kepada kumpulan pengganas bersenjata di Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, pihak keselamatan turut menangkap pengganas yang cuba masuk dan keluar daripada Kampung Tanduo serta Tanjung Batu bagi mendapatkan bekalan makanan.

"Kita telah mengadakan kepungan setakat ini, jika mengikut jalan laut, kita telah mengadakan kerjasama erat dengan pasukan seperti ATM (Angkatan Tentera Malaysia dan TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia). Kita telah mengadakan kepungan di lautan dan di darat.

"Saya rasa bekalan makanan itu tidak dapat masuk, kerana banyak juga cubaan yang kita dapati yang mereka nak masuk dan nak keluar, kita berjaya menangkap mereka,” katanya ketika ditemu bual menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 yang disiar secara langsung, di sini hari ini.

Mengenai kumpulan pengganas yang dipercayai menyamar sebagai orang awam susulan tindakan ofensif pihak keselamatan kelmarin, Hamza berkata, pihaknya mengadakan kepungan di Kampung Tanjung Batu bagi memastikan tiada orang awam di situ sebelum serangan dilakukan. – BERNAMA

Dalam perkembangan berkaitan laporan Malaysian Insider menyebut pemimpin militan Agbimuddin Kiram tidak menghubungi rumah dalam masa 24 jam, kata abangnya, lelaki yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, Jamalul Kiram III, pagi ini, dikala jet pejuang Malaysia turun sekali lagi di Sabah untuk mencari pemberontak Sulu.

Siaran televisyen Filipina ABS-CBN News Channel mengatakan pagi ini, keluarga Kiram semakin bimbang berhubung keselamatan tentera mereka di Lahad Datu, dimana tentera Malaysia telah masuk melalui darat dan udara, dalam operasi untuk membentras kumpulan militan tersebut.

“Menurut Sultan Jamalul Kiram, sehingga kini, beliau masih belum mendapatkan perkembangan dari Datuk Raja Muda Kiram yang sekarang ini berada di Sabah,” kata wartawan siaran tersebut Jerome Lantin jam 8.00 pagi tadi.

“Sultan mengatakan semakin sukar untuk berhubung dengan tentera Di Raja sekarang kerana mereka terpisah-pisah.”

Wartawan itu melaporkan tentang perkembangan terbaru keluarga Kiram, yang kini menetap di Taguig City, Filipina, dan dianggarkan 40 orang tentera “Di Raja” telah gugur semenjak pertempuran pertama minggu lalu.

Sementara Mstar melaporkan Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu mengumumkan gencatan senjata segera terhadap pencerobohan di Sabah berikutan gesaan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB Ban Ki-moon bagi menamatkan keganasan di Sabah dan mengadakan dialog.

"Sultan (Jamalul Kiram III) mengumumkan gencatan senjata sebelah pihak bagi pihak Kesultanan Sulu bermula pukul 12.30 tengahari Khamis," kata jurucakap Ibrahim Idjirani, menurut ABS-CBNnews.com. Beliau berkata tindakan ini dibuat sebagai menghormati gesaan setiausaha agung PBB untuk menamatkan keganasan di sana.

Beliau berkata ini adalah "untuk membalas seruan PBB bagi memelihara nyawa."Ketua PBB juga menyatakan kebimbangan pencerobohan terhadap penduduk awam, termasuk pendatang di rantau ini.

Dalam pada itu beliau turut berharap Malaysia juga akan mengisytiharkan gencatan senjata bagi mengelakkan lebih banyak kehilangan nyawa.Kompilasi



SUMBER BERITA DI SINI




Nama-nama Allah Yang Indah


No.
Nama
Arab
Maksud
1
al-Rahman
الرحمن
 Maha Pengasih
2
al-Rahim
الرحيم
Maha Penyayang
3
al-Malik
الملك
Maha Merajai/Memerintah
4
al-Quddus
القدوس
Maha Suci
5
al-Salam
السلام
Maha Memberi Kesejahteraan
6
al-Mukmin
المؤمن
Yang Memberi Keamanan
7
al-Muhaimin
المهيمن
Maha Pemelihara
8
al-Aziz
العزيز
Maha Gagah
9
al-Jabbar
الجبار
Maha Perkasa
10
al-Mutakabbir
المتكبر
Maha Megah, Yang Memiliki Kebesaran
11
al-Khaliq
الخالق
Maha Pencipta
12
al-Barik
البارئ
Yang Melepaskan (Membuat, Membentuk, Menyeimbangkan)
13
al-Musawwir
المصور
Yang Membentuk Rupa (makhluknya)
14
al-Ghaffar
الغفار
Maha Pengampun
15
al-Qahhar
القهار
Yang Memaksa
16
al-Wahhab
الوهاب
Maha Pemberi Kurnia
17
al-Razzaq
الرزاق
Maha Pemberi Rejeki
18
al-Fattah
الفتاح
Maha Pembuka Rahmat
19
al-Alim
العليم
Maha Mengetahui (Memiliki Ilmu)
20
al-Qabid
القابض
Yang Menyempitkan (makhluknya)
21
al-Basit
الباسط
Yang Melapangkan (makhluknya)
22
al-Khafid
الخافض
Yang Merendahkan (makhluknya)
23
al-Rafik
الرافع
Yang Meninggikan (makhluknya)
24
al-Muiz
المعز
Yang Memuliakan (makhluknya)
25
al-Muzil
المذل
Yang Menghinakan (makhluknya)
26
al-Samik
السميع
Maha Mendengar
27
al-Basir
البصير
Maha Melihat
28
al-Hakam
الحكم
Maha Menetapkan
29
al-Adl
العدل
Maha Adil
30
al-Latif
اللطيف
Maha Lembut
31
al-Khabir
الخبير
Maha Mengetahui Rahasia
32
al-Halim
الحليم
Maha Penyantun
33
al-Azim
العظيم
Maha Agung
34
al-Ghafur
الغفور
Maha Pengampun
35
al-Syakur
الشكور
Maha Pembalas Budi (Menghargai)
36
al-Ali
العلى
Maha Tinggi
37
al-Kabir
الكبير
Maha Besar
38
al-Hafiz
الحفيظ
Maha Menjaga
39
al-Muqit
المقيت
Maha Pemberi Kecukupan
40
al-Hasib
الحسيب
Maha Membuat Perhitungan
41
al-Jalil
الجليل
Maha Mulia
42
al-Karim
الكريم
Maha Pemurah
43
al-Raqib
الرقيب
Maha Mengawasi
44
al-Mujib
المجيب
Maha Mengabulkan
45
al-Wasik
الواسع
Maha Luas
46
al-Hakim
الحكيم
Maka Bijaksana
47
al-Wadud
الودود
Maha Pencinta
48
al-Majid
المجيد
Maha Mulia
49
al-Bais
الباعث
Maha Membangkitkan
50
al-Syahid
الشهيد
Maha Menyaksikan
51
al-Haq
الحق
Maha Benar
52
al-Wakil
الوكيل
Maha Memelihara
53
al-Qawi
القوى
Maha Kuat
54
al-Matin
المتين
Maha Teguh
55
al-Wali
الولى
Maha Melindungi
56
al-Hamid
الحميد
Maha Terpuji
57
al Muhsi
المحصى
Maha Menghitung
58
al-Mubdik
المبدئ
Maha Memulai
59
al-Muid
المعيد
Maha Mengembalikan Kehidupan
60
al-Muhyi
المحيى
Maha Menghidupkan
61
al-Mumit
المميت
Maha Mematikan
62
al-Hai
الحي
Maha Hidup
63
al-Qayyum
القيوم
Maha Mandiri
64
al-Wajid
الواجد
Maha Penemu
65
al-Majid
الماجد
Maha Mulia
66
al-Wahid
الواحد
Maha Esa
67
al-Ahad
الاحد
Maha Esa
68
al-Samad
الصمد
Tempat Meminta
69
al-Qadir
القادر
Maha Menentukan, Maha Menyeimbangkan
70
al-Muqtadir
المقتدر
Maha Berkuasa
71
al-Muqaddim
المقدم
Maha Mendahulukan
72
al-Muakhir
المؤخر
Maha Mengakhirkan
73
al-Awwal
الأول
Maha Awal
74
al-Akhir
الأخر
Maha Akhir
75
al-Zahir
الظاهر
Maha Nyata
76
al-Batin
الباطن
Maha Ghaib
77
al-Wali
الوالي
Maha Memerintah
78
al-Mutaali
المتعالي
Maha Tinggi
79
al-Bar
البر
Maha Penderma
80
al-Tawwab
التواب
Maha Penerima Taubat
81
al-Muntaqim
المنتقم
Maha Penyiksa
82
al-Afu
العفو
Maha Pemaaf
83
al-Rauf
الرؤوف
Maha Pengasih
84
Malik al-Mulk
مالك الملك
Penguasa Kerajaan (Semesta)
85
Zu al-Jalal wa al-Ikram
ذو الجلال و الإكرام
Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan
86
al-Muqsit
المقسط
Maha Adil
87
al-Jamik
الجامع
Maha Mengumpulkan
88
al-Ghani
الغنى
Maha Berkecukupan
89
al-Mughni
المغنى
Maha Memberi Kekayaan
90
al-Manik
المانع
Maha Mencegah
91
al-Dar
الضار
Maha Memberi Derita
92
al-Nafik
النافع
Maha Memberi Manfaat
93
al-Nur
النور
Maha Bercahaya (Menerangi, Memberi Cahaya)
94
al-Hadi
الهادئ
Maha Pemberi Petunjuk
95
al-Badik
البديع
Maha Pencipta
96
al-Baqi
الباقي
Maha Kekal
97
al-Waris
الوارث
Maha Pewaris
98
al-Rasyid
الرشيد
Maha Pandai
99
al-Sabur
الصبور
Maha Sabar




JUGA DISINI