Ahad, 24 Januari 2010

Ibu Bapa Ku Juga Guru

Minggu ketiga persekolahan dah mula sibuk para guru dan pelajar. Biasala awal-awal tahun cenggini,sibuk P&P,sibuk gi daftar anak ke sekolah,sibuk tulis buku rekod ngajar dan yang paling sibuk ialah bermula episod kejohanan sukan sekolah. Sabtu 23/01/2010 baru ni sekolah aku telah menganjurkan kejohanan mini marathon,semua pelajar wajib hadir dan mengambil bahagian kecuali yang mempunyai penyakit tak boleh berlari saja tak ambil bahagian.

Bila sebut pasal sibuk daftar anak ke sekolah,mungkin ramai dikalangan ibu bapa dan guru tidak perasan atau mungkin ketua jabatan ada yang tidak berperasaan bahawa para guru juga adalah ibu bapa.

Maka apabila mereka adalah ibu bapa,pastinya tanggungjawab itu perlu ditunaikan terutama dalam mengatur dan mengurus sekolah anak-anak, dan pasti mungkin dalam sesuatu keadaan,mereka ini kekadang perlu meninggalkan tempat mengajar untuk seketika untuk hadir ke sekolah anak-anak mereka atas sesuatu hal.

Apa yang mendukacitakan,kekadang ada pengetua/guru besar yang tidak berperasaan dengan tidak membenarkan guru-guru ini meninggalkan sekolah dengan alasan urusan peribadi hendaklah dibuat diluar waktu persekolahan. Suatu perintah yang agak ganjil bagi saya. Kalau nak dikatakan bodoh,mereka itu dilantik jadi ketua jabatan dan pastinya tidak bodoh,mungkin bangang kot.mungkin saja laa...

Andai guru selaku ibu bapa itu mengikut arahan ketua jabatan,pastinya saya juga akan katakan guru itu bangang. Kalau berurusan berkaitan dengan sekolah anak diluar waktu persekolahan,sama juga la dengan cikgu-cikgu di sekolah tempat anak-anak kita belajar,jadi macam mana nak berurusan?

Satu lagi masalah pengetua/guru besar yang bangang,ada yang tidak membenarkan para gurunya hadir ke sekolah anak-anak untuk tujuan seperti hari anugerah pelajar cemerlang,tandatangan buku rekod kemajuan,mesyuarat PIBG dan yang berkaitan dengannya sedangkan guru-gurunya juga adalah ibu bapa.Yang pelik dan ajaibnya pula, bila sekolah sendiri mengadakan program atau majlis yang seumpama dengannya,pengetua/guru besar sering merungut kerana kurang mendapat sambutan ibu bapa,ibu bapa tidak hadir dan tidak mengambil berat hal ehwal sekolah anak-anak, maka itu menjadi punca kenapa pelajar-pelajar sekolah hari ini meliar?

Sekolah sendiri suruh orang hadir,sekolah orang tak benarkan ibu bapa yang jadi guru hadir???

Ini hanyalah secebis kisah nasib guru-guru di Malaysia dan secebis dari pengetua/guru besar yang bangang tak ada hati dan perasaan.

Sesungguhnya kisah ini hanya rekaan semata-mata,tidak ada kaitan samada yang telah mati atau masih hidup dan bukan bertujuan untuk menyakitkan hati mana-mana pihak...