Isnin, 29 Ogos 2011

Selamat Hari Raya Fitrah

Penyimpan mohor besar Majlis Raja-Raja dah istihar hari selasa 30 ogos Raya.
Ramalan cuaca dah bagi tau esok hari raya,hujan akan turun di beberapa negeri terutama di Utara Semenanjung.
Tok Jib dan Bikmama dah ucap selamat hari raya untuk rakyat Malaysia,minta supaya berjimat cermat,ziarah menziarahi sanak saudara.
KM Pulau Pinang,Lim Guan Eng juga ada ucapan khas hari raya
Presiden PAS ucap selamat hari raya
Tn Guru Nik Aziz ucap selamat hari raya
aku pun sama juga nak ucap SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Apa kata Mat Sabu tentang Bukit Kepong Tahun 1950


.....Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pegawai kerajaan, ketuanya MaT Indra, Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu UMNO, cerita bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Inda ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering Taiping, begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan British, tapi sebelum British nak..nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengishtiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila ishtihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan. Semua sejarah negara kita bohong....

Maksud keseluruhannya, sepatutnya yang melawan British adalah hero, tetapi sejarah di Malaysia, yang melawan British adalah penderhaka dan yang mempertahankan British adalah hero. Itulah yang dimaksudkan Mat Sabu secara umum. Dia bercerita tentang menentang British tetapi Utusan Malaysia menambah dengan 'komunis'. Barulah gempak!! UM memang pandai dan itulah kerja Utusan

Rabu, 24 Ogos 2011

Sennnngal...

YB Kinabatangan yang sengal satu badan, lancar berbicara,berhujah,menghantam siapa saja terutama soal moral,soal mempertahankan ajaran Islam.

lu fikirlah sendiri bila tengok gambar bini dia dengan Islamik Fesyen terkini

lu fikirlah sendiri...

"Ulama Muda UMNO, Fathul berkata, usaha dakwah memerlukan masa dan tempoh sebelum membuahkan hasil."(MK)

aku pula kata:lu fikirlah sendiri, dah berapa ramai manusia yang bercita-cita nak mengislamkan UMNO,semuanya kecundang.

Lu fikirlah sendiri; apa yang Datuk Dr.Yusof Noor buat dalam isu duit zakat 2juta diguna untuk beli saham semasa jadi Menteri agama?

apa Datuk Dr. Hamid Osman buat dalam isu murtad,janji yang tinggal janji sehingga hari ini.

apa yang Datuk Hamid Zainal Abidin buat?
apa yang Datuk Dr. Mashitah boleh buat,tambah menyulitkan lagi bila dia berfatwa wanita boleh melacur kerana terdesak.

apa yang Jamil Khir buat sekarang ni dalam isu murtad yang sedang hangat?

lu fikirlah sendiri, apa Nakhie Hj Ahmad boleh buat bila masuk UMNO
apa yang Ust. Mohd Nor Idris al-kasyaf buat bila masuk UMNO,sedangkan sewaktu dalam PAS dia orang yang paling kuat mengharamkan dan mengkafirkan UMNO,sekarang ?

lu fikirlah sendiri, apa yang bekas Presiden ABIM Anuar Ibrahim boleh buat setelah masuk UMNO, akhirnya kena tohmahan dengan berbagai isu.

sebelum lu masuk UMNO,orang lain yang lebih cerdik geliga dah cuba Islam kan UMNO, lu tak payah cakap la dakwah tu ambil masa panjang untuk membuahkan hasil kalau lu nak berdakwah dari dalam lubang tahi,akhirnya akan kena najis tahi sama lu, kasi sengal sama lu, gua cakap lu.

lu fikirlah sendiri, PAS merupakan satu platform yang baik dan berpengalaman luas dengan berbagai mehnah dan tribulasi telah pun tersedia sejak sebelum merdeka, lu fikirlah sendiri, mempunyai dasar perjuangan yang jelas ke arah Islam,kenapa nak dibasuh lubang tahi (UMNO) dari dalam lubang itu sendiri? tidakkah nanti pasti akan terkena bau busuk dari kotoran kalaupun tidak tepalit najis yang sama

lu fikirlah sendiri, kenapa tidak sahaja menggilap lampu (PAS) yang telah bersinar supaya orang lain nampak dan menikmati sinaran cahayanya bersama.

lu fikirlah sendiri kenapa Imam Abu Hanifah sendiri sanggup dipenjara dan disebat hanya kerana enggan menerima jawatan jurutulis rasmi khalifah,hanya kerana tidak mahu menjadi kadi di kufah, hanya kerana tidak mahu menjadi hakim di Bagdad di zaman kegemilangan kerajaan Islam Bani Umaiyyah. adakah kerana kerajaan Bani Umaiyak tidak Islamik? lu fikirlah sendiri.

andai Imam Abu Hanifah masih hidup hingga kini,pasti seribu kali beliau tidak akan menerima tawaran dari kerajaan yang ada hari ini, kenapa? lu fikirlah sendiri.


"KERANA ISLAM AKU SOKONG PAS, KERANA MELAYU AKU SOKONG PAS, KERANA AKU SEORANG MELAYU ISLAM AKU AKAN SOKONG PAS DAN KERANA PAS PERJUANG ISLAM SEBAGAI DASAR AKU AKAN SOKONG PAS BIARPUN AKU DILAHIR SEBAGAI BUKAN MELAYU"

Gempar; Kelantan Upah Media Asing

Aku dengar berita TV1 malam tadi ada sebut Kerajaan Pulau Pinang upah media asing untuk menyiarkan berita-berita positif kedudukan ekonomi Pulau Pinang.kah kah kah, dahsyat Lim Guan Eng.

Kerajaan Kelantan pun dengar khabar anginnya upah media asing juga untuk bagi tau kerajaan UMNO Pusat tak nak bagi royalti minyak. kah kah kah

Kerajaan PAS Kedah pun ikut sama bayar majalah ekonomi antarabangsa untuk promosi buah muktan/rambutan dari kebun JKKK UMNO yang tak laku, kah kah kah, kaya la lepas ni JKKK UMNO

Penasihat PKR bayar kepada kerajaan Perancis supaya siasat isu pembelian kapal selam, kah kah kah.

Nampaknya PAKATAN RAKYAT terpaksa bayar berjuta-juta lemon kepada media asing untuk sebar berita kebaikan dia orang...hebat.

Satu lagi best punya cerita, media KOMPAS Indonesia dah minta maaf kat Najib dan bini kerana sebar cerita cincin. kah kah kah, kena bayar juga kot atau bagi duit raya?

Pak Rais kata,media baru tempatan kena ikut contoh KOMPAS yang dah minta maaf.

Peguam Perancis minta maaf kepada kerajaan Malaysia sebab salah naik kapal terbang,sepatutnya dia nak pi Monggolia, sebab tu kena hantar balik, kah kah kah.

Minta maaf cepat kalau nak dapat duit raya, siapa yang tak minta maaf tak dapat duit raya, kah kah kah.
Setiausaha Agong PAS, Cikgu Pa tak mau minta maaf, dia dah kena saman 10 juta. kah kah kah

Kerajaan Najib dan Bini dapat siaran percuma dari BBC,kah kah kah, editor BBC kata, beliau simpati dengan Tok Jib dan bini asyik kena kutuk saja, sebab tu depa kasi siaran free, tapi atas tekanan MB Kelantan,Datuk Nik Aziz, BBC tarik balik siaran free kepada Tok Jib, kah kah kah

Ahmad Maslan kata SKMM kena disiplinkan blogger pro pembangkang, kah kah kah, yang pro kerajaan tak berdisiplin tak apa,sebab depa dibayar oleh kerajaan untuk tidak berdisiplin. kah kah kah

Isnin, 22 Ogos 2011

Murtad: Pemuda PAS sokong Mufti Perak


Kalau betul niat UMNO ikhlas untuk mempertahankan akidah umat Islam,gubal segera akta murtad. Isu yang sejak sekian lama disuarakan oleh berbagai pihak dan cuba di bawa ke Parlimen oleh PAS, namun sehingga kini belum ada satu kata putus dari Kerajaan.

Akta yang pernah dijanjikan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk dibincangkan sejak dari Datuk Dr. Yusuf Nor, diganti oleh Datuk Hamid Osman, kemudian Datuk Hamid Zainal Abidin dan hingga kini masih belum nampak kerajan UMNO ikhlas membela akidah umat Islam.
Sebaliknya setiap kali timbul isu berkaitan,UMNO akan mengambil kesempatan menyerang PAS yang konon tidak peka dalam memperjuangkan Islam yang sebenar, hanya UMNO sahaja kononnya pembela Islam.
Tetapi bila diajak untuk melaksanakan akta berkaitan murtad,UMNO diam sejuta bahasa,terus menzahirkan sifat munafik,pengecut dengan berbagai alasan yang tidak munasabah.

Ahad, 21 Ogos 2011

Gambar Bulan di atas Ka'abah


Gambar satelit, 98.6 % rakaman gambar bulan berada di atas kedudukan Ka'abah pada Selasa 16 Ramadhan jam 11.32.02 pm,jarak 370115.5 km.

Sabtu, 20 Ogos 2011

aku dah kata dah

Panglima ATM menafikan wujud salh guna kuasa tentera dalam proses undi pos.
Memang dah agak dah akan keluar kenyataan macam ni,cuma dalam post sebelum ni aku tak sebut Panglima Keris Bersilang ni la.
Malaysia dah jadi milik UMNO, semua agensi di UMNO kan.hancusss

Rabu, 17 Ogos 2011

BBC akui siarkan propaganda k'jaan Pakatan Rakyat?


Ogos 17, 11 7:14pm
Stesen penyiaran antarabangsa BBC mengakui bahawa ia telah menyiarkan rancangan yang diterbit oleh sebuah syarikat perhubungan awam yang diupah oleh kerajaan Malaysia kepada jutaan penonton di seluruh dunia.

Walau bagaimanapun semua rancangan yang dibekalkan oleh syarikat perhubungan awam yang berpangkalan di London itu, FBC Media Ltd telah digantung. Sejak 2009, syarikat itu telah menerbitkan sekurang-kurangnya empat dokumentari mengenai Malaysia.

Menurut akhbar The Independent, BBC dalam satu kenyataan berkata bahawa "FBC telah mengaku kepada BBC bahawa ia bekerja untuk kerajaan Malaysia".

"Maklumat itu tidak didedahkan kepada BBC seperti sepatutnya apabila BBC memberikan kontrak kepada FBC bagi membeklakan program atau rancangan kepadanya. Berikutan perkembangan ini, BBC telah membuat keputusan untuk tidak lagi menyiarkan rancangan daripada FBC sementara ia mengkaji semula hubungan dengan syarikat itu," kata BBC dipetik akhbar itu.

The Independent juga sedang menjalankan siasatan sama ada mana-mana bahan yang dibekalkan oleh FBC itu melanggar garis panduan BBC berhubung laporan tidak berat sebelah

Kalam Nurani : kah kah kah, hebat gila macam nak mampuih, boleh la pula Lim Guan Eng dengan Nik Aziz upah BBC, banyak duit hampa. Najib Razak mana mengaku dia yang upah

Bekas tentera dakwa mengundi 'sampai lenguh'

Kalau Menteri di Jabatan Perdana Menteri kata "saya tak kenal BERSIH".

dan mungkin :-

Lepas ni Menteri Pertahanan mungkin akan kata "saya tidak kenal mereka yang mengaku bekas tentera,nama mereka tidak ada dalam senarai bekas tentera Malaysia'

Timbalan Pengarah SPR pula akan komen : " mereka juga pangkah undi untuk parti pembangkang contohnya PAS, jadi tidak timbul penyelewengan undi POS, sebab sama-sama dapat undi"

Hisyamuddin pula akan kata "kita akan siasat identiti mereka samaada benar bekas tentera atau menyamar,kalau didapati menyamar,kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ISA"
Rais Yatim dengan muka selamba pula akan kata : "mereka telah diupah RM50 hinggit untuk berlakon"

kah kah kah, macam hampeh,sial la, tuihhh....

Nazri: Saya tak tau siapa BERSIH?

Satu Malaysia kenal BERSIH, budak baru belajar membaca pun tahu BERSIH, tetiba Menteri ni kata tak kenal BERSIH. Nampak sangat UMNO lebih pentingkan kuasa sendiri daripada membuat reformasi terhadap sistem pilihanraya yang bersih.

Beratus malah beribu "pengundi hantu" dikesan dalam daftar SPR, beratus ribu warga asing dipermudah menjadi rakyat Malaysia yang dikehendaki mengundi BN sebagai syarat untuk mendapat kerakyatan. Tetiba MENTERI Kabinet Najib buat pekak badak,buat tak kenal siapa BERSIH.
Selepas ni boleh la mengaku Kerajaan mewujudkan Jawatankuasa Khas Parlimen atas rasa tanggungjawab untuk memastikan bahawa kerajaan barisan nasional adalah adil dan telus, tidak timbul isu kerajaan nak tipu rakyat,cuma kerajaan BN nak tipu pembangkang saja....

"antara tanda-tanda kiamat semakin hampir apabila orang jahil/bodoh dilantik menjadi pemimpin".

Selasa, 16 Ogos 2011

Tukar Cuti Ahad ke Jumaat

PERKASA, EZAM,ZUL KULIM, PEKIDA dan semua yang ada kuasa,ada suara dalam Kerajaan, bagi tau Najib supaya tukar cuti hari minggu Ahad kepada hari Jumaat,hari kebesaran Islam.

Kalau betul nak tegakkan Islam, buat pindaan benda tu dulu,pasti ramai akan sokong Najib, PAS akan sokong,tak percaya cuba buat. Kalau PAS tak sokong pasti undi UMNO akan meningkat, tak perlu pemain import lagi untuk pertahan kedudukan liga..

dan aku rasa yang tak akan sokong ialah juak-juak UMNO BN sendiri...

Isnin, 15 Ogos 2011

Dari kepala hotak Ezam


"kita bakar" tapi tak bakar....apa hang "menghepek" macam orang "mamai" saja

" kita UMNO pertahan akidah umat Islam, tapi kes murtad yang serius dah lebih 20 tahun berlalu tanpa ada tindakan

kita UMNO berjuang menegak Islam, tapi tak pernahpun dalam kepala hotak berkarat nak laksana hukum Islam malah menentang draf undang-undang jenayah Hudud Kelantan.

kita UMNO menentang pemberian duit hasil judi kepada warga emas di Pulau Pinang, tapi di negeri lain yang kita perintah,kita balun duit judi cukup-cukup,jangan kasi rakyat tahu

Kita UMNO benci arak, tapi kita sokong MCA saman kerajaan Kelantan dalam isu premis arak.
kita marah kerajaan Selangor melaksanakan akta pengharaman orang Islam bekerja di premis arak.Kita lantik MENTERI UMNO jadi orang kuat dalam syarikat arak.

Inilah kerajaan Islam UMNO,kita akan tegakkan Islam cara UMNO,kita menentang Islam PAS yang bersekongkol dengan DAP, kita menetang PAS yang menjadi hamba DAP sanggup buang perjuangan menegak Islam."

Kepala Hotak hang Ezam, jangan jadi munafik,jangan buat lawak bahlul hanya kerana sedikit jawatan keduniaan.....

Sabtu, 13 Ogos 2011

Isu Pembesar Suara Sebelum Subuh

bagi aku benda ni kecik saja, hampa nak pasang kaset tak pa,tak pasang pun tak pa,bukan boleh rosak akidah pun. Cuma kalau masyarakat sekeliling tu ada Islam dan kapiaq, hormat la sikit kat depa yang kapiaq tu.
kena pikiaq juga pasai pa tetiba bawak keluaq isu pasang kaset quran sebelum subuh sampai kena ada fatwa? fatwa tu baguih, tapi yang nak kena sembur dengan budak2 UMNO bodoh piang tu kerajaan PR Pulau Pinang,ada modal besaq depa macam isu serbu gereja di Selangor juga la.

dulu-dulu waktu aku kecik-kecik, sebelum masuk waktu magrib ada jawatankuasa masjid suka pasang kaset lagu arab nyanyian "Umi Kalsom", boleh kata tiap-tiap hari ada saja lagu arab tu, depa dok sangka lagu nasyid. sekali mai,bila aku dah besaq, aku "qhosek" la juga siapa Umi Kalsom tu, rupanya penyanyi pop macam Saloma juga la. nah ambik hang....

lepas tu time aku besaq sikit dah masuk sekolah menengah, ada juga depa pasang kaset lagu " Pak Ku Shadat"; lagu popular dia "husin pak man telo,dua kati tiga kilo".
mangkuk hayun betoi, boleh pasang benda "lagha" di masjid sebelum magrib,bukannya boleh teguq depa ni,pandai mengalahkan profesor.

Nasib baik depa tak pasang lagu pak ku shadat sebelum subuh,kalau tidak mesti penuh masjid time subuh.puak-puak kapiaq pun seqhonok dengaq, silap hari bulan,siap mai lepak ditangga masjid lagi. kalau pasang kaset "tahrim" sebelum subuh mana depa mau. JKKK lagi la tak mau dengaq konon ganggu orang bukan Islam nak tidoq, padahal puak-puak dia yang dok lentok dalam sentung kain sampai matahari naik menggalah.


GERAKAN CEGAH MURTAD?

Nama tu sedap didengar, tapi apa niat sebenar? ikhlaskan depa ni semua?
tunggu dan lihat saja la apa gerakkerja yang bakal dilakukan oleh NGO ni,
Kalau niat depa ikhlas dan tidak ada tujuan politik dibelakang, secara ilmiah dan survival akidah tauhid,aku sokong.

SOROTAN ISU:

Sekali air bah sekali pantai berubah,inilah minda melayu UMNO, bila timbul isu dalam negeri PR,riuh rendah macam ayam baru lepas bertelur. pada hal isu murtad ni dah lama dan paling aktif berlaku sejak awal 90an lagi, ramai budak-budak U diserang demam tidak boleh mengucap kalimah syahadah gara-gara diberi "minum holly water" di dewan makan kolej kediaman dan kafe di Universiti. malah ada Universiti yang dapat peruntukan bina gereja dalam kampus, MB Selangor Tan Sri Khalid ka yang lulus tapak dan bagi dana kat depa?UMNO.

zaman UMNO tengah mabuk kuasa,tak ada sekor pun NGO UMNO yang meroyan nak tangani isu ni.
dah berjela cadangan rang undang-undang murtad dicadangkan oleh PAS di parlimen, menteri dah silih berganti,bekas Menteri di JPM,Hamid Zainal Abdin, Hamid Osman, Zahid Hamidi, Dr.Mashitah dan la ni Jamil Khir, semua pakat diam saja,MP UMNO tolak usul dari dibincang di parlimen.
Siapa menteri-menteri tu semua,dari PAS PR ka?bahlul la kalau ada yang kata depa tu orang kuat PAS.

tapi bila isu tu heboh dinegeri PR hari ni, depa sibuk macam haram jadah, baguih tu memang baguih, tapi kalau sebab nak jadi "munafik" baik tak payah.

Kalau UMNO serius,kenapa tak buat siasatan sejak didedahkan oleh Mufti Perak lebih 100ribu Islam dah murtad, NAzri Aziz siap menafikan lagi kenyataan Mufti ni suatu ketika dulu.
Kelantan saja yang PAS pegang waktu tu, lain-lain negeri semua bawah UMNO termasuk negeri Gereja Methodits yang kena serbu Hasan Ali PAS dan JAIS.
lepas tu pakat jadi munafik,pakat sokong Hasan Ali sebab ada peluang nak belasah kerajaan Selangor.

Persoalannya;
Kenapa hanya gereja methodits tu saja yang jadi isu?
Kenapa media UMNO, Utusan Melayu tak cuba dedahkan gereja-gereja lain lagi?
Kenapa tak siasat gereja mana yang jadi master mind dalam memurtadkan orang Islam?
Kenapa tak siasat di negeri mana gereja tu?
Kenapa tak siasat siapa ketua gereja yang murtadkan orang Islam?
Kenapa tak siasat siapa di belakang gereja tu?
Kenapa tak siasat siapa penyumbang dana untuk memurtadkan orang Islam? sehingga ada agen murtad yang dibayar RM1000 - RM5000 satu kepala orang Islam yang murtad...

Kenapa tak ada kenyataan Menteri Besar dan Ketua Menteri kerajaan UMNO akan memantau gereja negeri masing-masing dalam menangani isu murtad?

BERSIH kan tujuan politik dalam GERAKAN CEGAH MURTAD ini. IKHLAS dan PERBETUL kan niat dalam melaksanakan gerak kerja basmi murtad. Buang sifat nak cari "publisiti murahan" atau kata lain "takbur".

Kalau HIMPUNAN BERSIH dapat sokongan kerana tidak mempunyai agenda politik satu pihak.
Kenapa pula GERAKAN CEGAH MURTAD yang BERSIH tidak bisa mendapat sokongan.

Jumaat, 12 Ogos 2011

Surat Khabar star MCA ajak makan babi masa berbuka

tajuk dah jelas, jenis hidangan daging dah jelas, tetamu dia sapa? mesti kekewan dia juga selain dari MCA,pasti UMNO,MIC, GERAKAN dan seangkatan dengannya. Tak kan nak ajak parti lawan kot, nanti jadi isu MCA nak join pakatan pulak.

pasai apa boleh jadi isu cacamerba banyak sangat sejak dua menjak ni?
bagi aku,benda ni jadi :
1. sengaja timbul isu sensitif, lepas tu ada pihak "NGO" penyokong kerajaan membantah dan buat demontrasi, kesannya akan nampak konon "kamilah pembela maruah Islam"
2. Sengaja nak bagi orang Islam marah dan akan bertindak, lepas tu buat ulasan macam haram jadah, konon kena selesai cara baik, kami dah minta maaf sebab tak sengaja,tapi ada golongan Islam yang fanatik asyik nak memberontak saja.
3. KDN pun panggil star, star minta maaf. lepas tu ulas, Kerajaan prihatin dalam menjaga kebajikan dan maruah umat Islam, PAS yang nama berjuang Islam tak kata apa-apa.
4. nak jaga survival politik yang sedia ada. MCA nak tarik balik sokongan cina kat depa sebabnya DAP bela melayu dan tindas cina. UMNO pula nak tarik sokongan Melayu kat depa juga, konon UMNO bela Melayu Islam,DAP anti Melayu. dalam tak sedaq depa melalut macam orang gila meroyan.
5. Isu buka puasa di Gereja : UMNO ambil kesempatan kononya menyokong Hassan Ali dan JAIS, kamilah pembela Islam.Munafik macam haram jadah, selama ni depa letak dalam bakui sampah saja cadangan "rang undang-undang murtad" yang dikemukakan oleh YB Presiden PAS Datuk Sri HAdi Awang dan YB Solahhudin Ayub, tadak sorangpun YB UMNO yang sokong.
Tapi bila PAS ambil kaedah mendengar isu sebenar dari kedua belah pihak, terus depa hentam PAS konon :"jadi bisu kerana holly water".
Isu murtad dah lama berlaku,gereja besar yang "baptis" melayu murtad ni di Johor,negeri TPM, paderi dia Jawa, pengikut murtad dia Melayu Jawa, kalau PAS dikatakan "bisu", UMNO pula memang "bisu, pekak, buta, bahlul".
Isu yang sama juga, gereja ni sejak dari tahun 90an lagi dah buat kerja "sulit" macam ni, ramai budak-budak U kena " holy water", waktu tu UMNO yang pegang Selangor,kalau undang-undang dah ada,pasai apa tak ada tindakan kerajaan dan JAIS waktu tu? "sperma" PERKASA tak wujud lagi pun.

Sebab tu aku kata, UMNO dan MCA main politik untuk tarik sokongan, depa tau depa dah lemah dan nak kalah, jadi jalan singkat depa kena main isu sensitif, isu agama, isu bangsa, isu babi. ni perangai YAHUDI....

Rabu, 10 Ogos 2011

Kg.Baru Bertukar Nama

Baghal punya SPR, dah terang lagi bersuluh,kalau dah baghal tu tetap banghal juga la, orang kata apa pun tak peduli.

Hasil dari nasihat "APCO Yahudi" yang sememangnya bertujuan nak provok rakyat supaya marah, bila dah marah akan ada tindakan hasil kemarahan,terjadi tangkapan ke atas pemimpin politik pembangkang dan orang ramai, boleh istihar darurat, boleh sumbat macam-macam berita dalam utusan meloya, orang yang tak tau asal usul jadi percaya bahawa pembangkang suka buat kacau, jadi senangla depa nah kekal kuasa. Selamat la isu cincin US24juta, selamat la kapal selam altantuya, selamat beg tangan berjuta-juta, selamat semua kes rasuah salah guna kuasa.
Depa ingat boleh selamat macam kasim selamat ka, dah selamat lepas tu kena cucuk dengan garpu bagi buta mata, selamat la sementara di dunia, di akhirat Allah Maha Kuasa,silap hari bulan masuk Neraka....

Kg.Baru Binti Kg.Lama

ada juga mak bapak yang bengong main letak nama anak depa ikut suka hati UMNO SPR, perempuan pulak tu; Kg.Baru Binti Kg.Lama, cucu Kg.Buruk bersebelahan Kg. Beruk. Laki dia pula nama Umno Lama Bin Umno Baru, sepupu SPR Binti JPN

Isnin, 8 Ogos 2011

Duit Raya atau duit Pulih Semangat


Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

KN : Terima kasih kerana pulangkan semula duit cukai rakyat kepada penjawat awam walaupun setengah bulan gaji dan minimun RM500.
Kesatuan minta dua bulan gaji tak boleh nak bagi, depa dok makan setengah abad punya gaji senang-senang saja lulus.
Cuma PM kena ubah niat, bagi bonus bukan kerana nak pulih semangat tetapi kerana Allah nak tolong penjawat awam...

Gambaq budak betina yang hina Islam



aku copy gambaq betina ni sebijik dari blog Briged Al-Khodor LR2.
Gambaq betina yang menghina Islam,menghina Rasulullah, menghina Allah.
Inilah kesan kalau Islam tak diamalkan oleh pemimpin, rakyat akan iut pemimpin,kalau akhlak pemimpin teruk, akhlak rakyat juga akan teruk.
Kalau jumpa budak pelaq ni,pakat tampaq sorang 15 kali, nak jatuh hukuman bunuh tak boleh sebab kerajaan la ni bukan kerajaan yang laksana hukum Islam

Ahad, 7 Ogos 2011

SAPS ; Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

07.08.2011,6.00am, Ahad seawal 6 pagi guru-guru telah masuk bekerja bagi menyiapkan markah peperiksaan secara on-line. Kesibukan mengisi markah dari lewat tengah malam hingga kewaktu sahur dan bersambung hingga sesudah subuh disebabkan masalah sistem SAPS yang lembab menyebabkan para guru terpaksa bersengkang mata demi menyiapkan arahan dari pihak Kementerian Pelajaran.
Sistem yang baru diperkenalkan dan terus diberi arahan perlaksanaan telah menampakkan kelemahan yang amat ketara sehingga tempoh masa terakhir penghantaran markah telah ditunda ke tarikh yang baru sebanyak tiga kali.
Walaubagaimanapun,atas nama tugasan dan tanggungjawab,para guru tetap menjalankan tugas dengan penuh dedikasi biarpun sibuk dengan persiapan berbuka puasa, bersahur, sibuk dengan kerenah anak-anak, malah sibuk dengan talian internet yang kurang memuaskan terutama di kawasan luar bandar dan pendalaman, malah mungkin ada yang tidak pernah melayari internet disebabkan tiada "liputan"

Rabu, 3 Ogos 2011

Sabah dilanda Krisis Minyak Masak Lagi


Susahnya nak beli minyak masak khusus di Tawau dan Semporna sejak sebelum puasa lagi. Apa dah jadi dengan kelapa sawit Sabah sehingga minyak masakpun susah nak dapat dan kalau adapun boleh dibeli dengan pembelian terhad satu bungkus sahaja.
Orang politik Sabah tak pakai minyak ka nak masak makanan untuk berbuka puasa?

Pengundi baru: Pagi tadi PR, petang ini warganegara


Kerana gila kuasa dan nak kekalkan kegilaan atas kuasa yang ada sanggup jual negara. Sudahlan harta milik negara dijual,diserah kepada negara lain,kuasa politik juga nak dijual dan dilelong sewenang-wenangnya.

Selasa, 2 Ogos 2011

Kelantan Contoh Kata Dr.MAZA

"Sebagai sebuah kerajaan, kepimpinan Kelantan telah mengambil jalan yang yang sederhana. Kelantan –melalui program seperti ini- memberikan pendidikan secara langsung dan tidak langsung untuk activist muslim berinteraksi dengan dunia hiburan. Sekaligus mendekati anak-anak muda. Jalannya bukan memerangi hiburan, sebaliknya mencari ruang untuk dimanfaatkan; maka rakyat dapat berhibur secara terarah dan tidak melampai batas. Dengan itu Kelantan tidak menjadi kerajaan yang tidak bertanggungjawab yang membiarkan rakyat bebas lepas dengan hiburan tanpa bimbingan, tidak juga menjadi jumud sehingga mengharamkan segala bentuk hiburan; nyanyian, muzik dan filem."

Kalam Nurani : Tahniah kepada Kerajaan Kelantan atas usah gigih dalam menseimbangkan minat kepada hiburan yang merupakan naluri semulajadi manusia dengan tuntutan agama yang menjadi kewajipan setiap manusia.
Berbagai cabaran pasti mengundang dalam menegak sunnatullah.
Tahniah juga kepada Dr.MAZA atas keterbukaan dan keikhlasan dalam memberi pandangan

Isnin, 1 Ogos 2011

ANTARA MENYENTUH BABI DENGAN MENYENTUH LORONG YANG DILALUI BABI

Cerita ceritit bab memburu, bagi yang pernah pergi memburu binatang hutan pasti pernah mengelami situasi sebegini.

Pernah dalam satu situasi aku dan member2 pergi memburu, kami masuk hutan jam 6 petang, sebelum masuk hutan tu aku dah berwuduk untuk solat magrib di hutan nanti, sesampai sahaja di hutan hampir jan 7.00 malam,magrib dah nak habis, kami solat berjemaah.

Selepas selesai solat,kami pun memulakan langkah mengikut jejak payau/rusa yang macam baru petang tadi melalui jalan tersebut, sampai satu tempat tapak kaki payau tu masuk satu lorong babi, kami pun ikut, lebih kurang 2 jam ikut tapi masih juga tak jumpa payau yang diburu.

Berbekalkan wuduk yang masih selamat, aku mencari arah kiblat dalam kepekatan malam, merenung bintang kiblat dilangit, aku pun solat isyak sorang-sorang dengan pakaian yang sama,ada kotoran tanah di seluar, bersejadahkan lantai hutan,cuma tempat sujud sahaja berlapikkan kain pengikat kepala aku yang dah basah berpeluh.

Rupanya sembahyang aku tu jadi perhatian dua orang member memburu, selesai sembahyang, dia orang tanya aku:

1. Boleh ka sembahyang pakai pakaian kotor dengan lumpur tanah?
2. Tadi kita ikut lorong bekas babi, pokok-pokok kiri dan kanan dah disentuh badan babi, tak najis ka?
3. Kau yakinkan arah kiblat sembahyang tadi,sah ka tidak sembahyang kalau salah kiblat?

Jawapan aku :

1. Aku tanya balik, tanah tu najis ka? Jawapannya bukan. Kalau bukan ertinya sembahyang kita dengan pakaian yang kotor dengan tanah tetap sah,lagipun kalau tak ada air,kena tayammum dengan tanah juga.
2. Soalan kedua berkaitan dengan lorong babi. Jawapan aku macam biasa,timbul semula soalan. Kita sentuh pokok-pokok dilaluan babi tu atau kita sentuh babinya?
Jawapannya ialah sentuh pokok-pokok, jadi kalau dah sentuh pokok boleh la sembahyang kerana pokok bukannya najis, lain la kalau kita gi peluk babi kat lorong dia tu, itu baru najis.

3. Arah kiblat boleh kita berpandukan kedudukan 7 bintang tertentu, bintang tersebut membentu imam dan makmum,kedudukan imam tu la kiblat.
Kalau tak ada bintang,kita boleh tebang pokok sebesar lengan, dalam batang pokok tu ada bentuk bulatan tidak sekata,satu bahagian bulatan membentuk garisan yang rapat dan kembar, manakala bahagian lain berjarak, nak tahu kiblat sembahyang kena tengok arah mana garisan bulatan yang rapat dan berkembar tu tunjuk, jadi dari situlah menunjukka arah kiblat.

Kalau tak ada juga, tengok pula pokok-pokok renek dibawah pokok besar, kea rah mana pokok renek tersebut membengkok. Kalau pokok tersebut membengkok arah kanan,kiblat pasti sebelah yang berlawanan, kenapa? Pokok “makan cahaya matahari pagi”. Kiblat sebelah matahari terbenam.

Senang cerita, tak ada alasan untuk kita tak sembahyang,dalam apa jua keadaanpun, hukum sembahyang tetap wajib dilaksanakan, cuma caranya sahaja boleh berbeza dalam situasi yang tertentu.