Sabtu, 16 Jun 2012

Sesiapa yang melihat kemungkaran....

terjemahan petikan hadis Rasulullah....
"sesiapa yang melihat kemungkaran,hendaklah dicegah dengan tangan, sekiranya tidak mampu,cegahlah dengan lidah dan sekiranya tidak mampu juga hendaklah dicegah dengan hati, yang demikian itu adalah selemah-lemah iman"

Tolong lah undi saya,sama-sama kita tanggung dosanya ?

"ta 'awanu 'alal birri wattaqwa wala ta'awanu 'alal ismi wal udwan...." tolong menolong dalam perkara kebajikan dan taqwa dan jangan menolong dalam dosa dan permusuhan...


Mahukah kita sebagai pengundi share dosa kerana tolong undi pemimpin yang nak kepada dosa ?


tolong,tolong,tolonglah undi saya untuk menang dalam Pilihanraya,dapat jadi YB.
lepas tu saya akan sokong semua dasar yang dibuat dan dilaksanakan oleh parti saya. 
kalau parti saya nak lulus lesen judi ,lesen pub,lesen rumah urut dan apa sahaja parti saya usulkan di Dewan Rakyat, saya akan sokong,bukannya susahpun,angkat tangan saja,tak perlu kata apa-apa, saya tahu berdosa,tapi dosa saya bukan saya sorang tanggung,saya share dengan orang yang tolong undi saya juga...

saya dapat duit peruntukan untuk disalurkan kepada rakyat, saya juga kena tolong perut saya,apa salahnya saya ambil 10, 20 persen,tak salahkan? saya bekerja untuk rakyat,rakyat kena fahamla. lagipun kamu yang tolong undi untuk menangkan saya,tak gitu?

Saya dah jadi YB,saya kaya,saya pasang banyak kroni,ada projek saya akan bagi kepada kroni,kroni akan bantu saya beli gula-gula untuk ditabur kepada rakyat. baiknya saya,gula-gula baik untuk tenaga,rakyat kena kerja kuat untuk menangkan saya lagi selepas ni. 

Saya penat bekerja,saya juga perlu hiburan,saya akan pergi bercuti luar negara,saya akan berkaraoke,saya pergi kasino main judi,suka-suka saja,saya perlu ada pelayan wanita untuk tenangkan hati saya, saya buat semua tu dengan niat baik,untuk rehatkan badan,sihatkan otak,lepas ni saya balik dari bercuti saya akan bekerja lagi untuk rakyat. Lagipun rakyat bukannya tahu dan tak perlu tahu apa yang saya buat,bukan saya guna duit rakyat, ada syarikat kroni yang sponser.

Rakyat kena tolong kerajaan,kerajaan dah banyak bantu rakyat,buat pembangunan yang hebat,gah dimata dunia, kalau tak tolong ertinya tak bersyukur dengan kerajaan yang memerintah. Rakyat tak perlu tanya berapa kos sesuatu pembangunan yang dibuat. Rakyat perlu rasa hebat bila kerajaan umum kos untuk bina dewan badminton untuk satu kampung tu 10juta walaupun tengok dari segi kos banggunan yang sepatutnya tak sampai satu juta, itu biasala,berniagakan? yang penting tolong undi

Pengundi-pengundi saya tak perlu risau,kalau apa yang dibuat itu berdosa,kita sama-sama tanggung dosanya, kalau dosanya 10%,baru berapa saja ditanggung oleh kita semua,sikit saja tu,jangan risau Allah Maha Pengampun,jadi kita minta ampunla selepas ni,kita buat majlis solat Taubat beramai-ramai, saya akan salurkan peruntukan RM100 ribu,amacam,ok tak? dapat lagi duit,kaya tu....

Allah beri akal supaya kita berfikir, fikirlah dengan berpandukan kepada Al-Quran dan Sunnah. Jangan mencari dosa kerana kegagalan menggunakan akal secara betul....

Selasa, 5 Jun 2012

Fajar shadiq: Tuhan dilangit dan tuhan dibumi

Fajar shadiq: Tuhan dilangit dan tuhan dibumi:  Bismillahirrahmanirrahim Al-Baihaqi meriwayatkan dengan sanad yang hasan bahwa –ketika Nabi menyampaikan da’wah kepada orang-orang s...

Sabtu, 2 Jun 2012

Hijau Bakal Warnai Putra Jaya...

Salam Perjuangan.....
Tahniah dan syabas kepada PAS atas kejayaan menghimpunkan para pejuang dalam Himpunan Hijau Menuju Putra Jaya.
Secara jujurnya,lebih dari 50,000 orang membanjiri Stadium Darulaman untuk turut serta merasai nikmat perjuangan bersama PAS yang meletakkan Al-Quran dan Sunnah sebagai dasar perjuangannya dalam iklim politik Malaysia.
Stadium yang menyediakan lebih 40,000ribu tempat duduk telah dipenuhi hadirin hingga selesai program malam tadi.Limpahan manusia juga memenuhi ruang tengah padang termasuk juga mereka yang berada diluar kerana ruang dalam stadium dilimpahi ribuan orang turut mengikuti acara melalui skrin yang disediakan penganjur.
Tanpa K-Pop, tanpa artis glamour,seksi,terkenal,ianya tetap mampu mewarnai seluruh wajah stadium dengan Hijau. Kehadiran penceramah tersohor Ustaz Azhar Idrus yang sentiasa dinanti-nanti lebih memeriahkan suasana Hijau. Tahniah dan Syabas.... terus berjuang.