Jumaat, 29 Julai 2011

MP DAH MULA PUASA 4 HARI SEBELUM RAMADAN

Jul 28, 11 4:32pm

Ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar dipercayai melancarkan mogok lapar kerana kecewa dan hampa dengan penahanan tanpa bicaranya yang berpanjangan mengikut Ordinan Darurat.

Menurut isterinya, R Mohanarani, Jeyakumar memberitahunya berhubung mogok lapar itu semasa beliau melawat suaminya semalam.

Awal Dr Jeyakumar puasa,anak bulan baru nak tengok ahad nanti,dia dah puasa awal, teruskan puasa sampai 1 syawal,baru ada baik punya

Selasa, 26 Julai 2011

Surat Dr.MAZA Kepada Anggota Polis

Assalamualaikum warahmatuAllahi wabarakatuhu,

Terlebih dahulu, pohon kemaafan jika warkah ini terbuka. Saya harap ia dapat dibaca oleh semua. Jika ada kebaikan, ambillah darinya. Jika tidak, campaklah ia ke tepi dan lupakan sahaja.

Ia hanya satu coretan dari seorang rakyat bawahan. Tanda cinta dan kasih kepada saudara yang saya lihat tercegat di segala penjuru negara atas tanggungjawab menjaga keamanan kita semua. Mata memandang, hati merintih dan berdoa agar tugasan saudara benar-benar diberikan pahala di sisi Tuhan dan diiktiraf di sisi rakyat.

Saudaraku anggota polis,

Kerja polis adalah satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan dalam negara. Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita aman dan adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika pengamalnya jujur dan ikhlas.

Sepatutnya, tiada seorang pun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan akan membenci polis. Sebaliknya, perasaan fitrah; sayang dan menghargai akan tertanam dan mekar sebaik sahaja mendengar nama polis, melihat anggota atau apa sahaja perlambangan polis. Itulah perkara sewajarnya berlaku.
Cegah kemungkaran

Saudaraku anggota polis,

Tugas seorang anggota polis - sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu 'Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran'.

Itu moto asal pasukan polis. Sekalipun, tumpuan terbanyaknya kepada bahagian kedua iaitu 'Mencegah Kemungkaran'. Hakikatnya, polis berperanan menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah dengan dipastikan setiap penzalim akan dihalang, dicegah dan dihukum.

Jika itu tidak berlaku, masyarakat akan porak peranda dan menerima hukuman dari Allah. Allah berfirman: (maksudnya): “Telah dilaknat mereka yang kufur daripada Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka kerjakan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah, ayat 78-79).

Nabi s.a.w pula bersabda: “Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).

Kami sebagai rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis yang telah menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah, kezaliman dan kerosakan.

Bahaya kuasa

Saudaraku anggota polis,

Namun, dalam masa yang sama, bidang tugas dan kuasa saudara yang menghalang kezaliman itu jika disalahgunakan boleh memberikan kesan yang sebaliknya.

Ia boleh bertukar dari melindungi yang tidak bersalah kepada menginayainya, menghalang yang zalim kepada memberi peluang kepadanya, memberi hak kepada yang berhak kepada merampas hak dari tuannya.

Jika itu berlaku, rosaklah masyarakat, hilanglah neraca keadilan, bermegah si zalim, kesakitanlah yang ditindas. Lantas, kebencian akan merebak, kepercayaan akan hilang dan saudaraku polis yang sepatutnya disayangi menjadi pihak dimusuhi, dibenci dan diragui.

Saudaraku anggota polis,

Ingin saya sebut di sini suatu tazkirah yang harapnya boleh memberikan manfaat kepada semua, khususnya mereka yang berkuasa seperti saudara.

Saudaraku, kezaliman itu adalah suatu racun. Ia bukan sahaja menyakitkan yang dizalimi, tetapi suatu hari akan membawa sengsara, bahkan mengorbankan si zalim itu sendiri.

Pada hari kita memukul orang yang tidak bersalah, melukai atau menfitnahnya, kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada. Mungkin juga rasa selamat di balik pakaian lengkap kita yang mungkin gagal mangsa mengenali pelakunya.

Namun Tuhan tidak lupa. Akan ada harinya yang menanti kita di hadapan. Tangan yang memukul orang lain dan kaki yang menendang mangsa itu tidak akan terpadam catatannya sehingga kemaafan diberikan.

Ketika saudara pulang ke rumah berjumpa keluarga, si mangsa mendongak ke langit mengadu kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Doa orang dizalimi

Dengarlah baik-baik apa yang yang disabdakan Nabi SAW: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya" (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Dalam riwayat Ahmad yang lain: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Saudaraku anggota polis,

Tiada siapa antara kita yang dapat menyelamatkan dirinya dari hukuman Tuhan. Seseorang mungkin telah melupai orang yang dizaliminya, atau si mangsa juga mungkin terlupa, atau pergi menemui Ilahi terlebih dahulu.

Namun doanya tetap hidup. Akan ada waktu, ia tetap datang bertandang dalam kehidupan si zalim; meragut kebahagiaannya, ketenteraman hidupnya dan mencampakkan derita dalam pelbagai warna dan rupa.

Mungkin si zalim ketika itu terpinga dan bertanya 'apakah salah saya?'. Dia terlupa bahawa Tuhan tidak lupa atas kezalimannya, di dunia dan akhirat sana.

Saudaraku anggota polis,

Dunia ini sementara. Setiap kita akan ada hari akhirnya. Akan berakhirlah sebuah kehidupan dan bermulalah mahkamah keadilan Tuhan.

Tunggu balasan

Tiada kuasa yang dapat membela, tiada pembesar yang dapat berkata. Semua tunduk menunggu balasan. Firman Allah (maksudnya): “Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang ketika itu terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar), mereka terburu-buru (menyahut panggilan) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata yang tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)”. (Surah Ibrahim 42-43).

Saudaraku anggota polis,

Sekali lagi pada hari itu si zalim akan bertemu dengan semua mereka yang telah dimangsakan, di hadapan mahkamah yang Maha Adil.

Tiada bukti yang dapat disembunyikan, diputarbelit dan ditipu kepada masyarakat manusia yang berkumpul ketika itu. Tiada media yang boleh diperguna dan tiada kuasa kerajaan yang boleh melindunginya.

Adil seadil-adilnya. Bak kata Nabi s.a.w: "Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk" (Riwayat Muslim).

Sabda baginda juga: "Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tiada dinar dan dirham (tiada harta iaitu pada Hari Kiamat).

Arahan atasan

Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya" (Riwayat al-Bukhari).

Saudaraku anggota polis,

Saya tahu, kadang-kala ada keadaan yang sukar sebagai anggota polis yang terpaksa melaksanakan arahan 'atasan'. Maka, mungkin ada yang berkata 'kami hanya menjalankan tugas'.

Sudilah saudara mendengar nasihat tokoh Islam yang agung al-Imam Hasan al-Basri r.a. kepada Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu 'Umar bin Hubairah. Ketika itu zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik.

Kata 'Umar bin Hubairah: “Sesungguhnya khalifah Yazid bin Abdul Malik kadang-kala menyuruhku melaksanakan perkara yang aku rasa tidak puas hati dari segi keadilan. Apakah jika aku melaksanakannya menjadi sutu kesalahan di sisi agama?

Kata Hasan al-Basri: “Wahai Umar bin Hubairah! Takutlah Allah mengenai Yazid, jangan engkau takutkan Yazid mengenai Allah. Ketahuilah sesungguhnya Allah azza wajalla dapat menghalang Yazid daripada bertindak ke atasmu, tetapi Yazid tidak dapat menghalang Allah daripada bertindak ke atasmu.

Wahai 'Umar bin Hubairah! Sesungguhnya akan turun kepadamu malaikat yang bengis dan keras, dia tidak akan menderhakai apa yang Allah perintahkannya. Dia akan mengambil engkau dari tempat dudukmu ini, dan memindahkan engkau dari istanamu yang luas, ke kubur yang sempit.

Tanggungjawab kepada Allah

Di sana tiada Yazid, hanya yang ada amalanmu yang menyanggahi Tuhan Yazid. Wahai 'Umar bin Hubairah! Sekiranya engkau bersama Allah dan ketaatan kepadaNya, ia boleh menghalangmu dari kejahatan Yazid di dunia dan akhirat.

Jika engkau bersama Yazid dengan menderhakai Allah, sesungguhnya Allah akan menyerahkanmu kepada Yazid. Ketahuilah wahai 'Umar bin bin Hubairah! Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Pencipta”. Maka menangislah Gabenor 'Umar bin Hubairah”. (rujukan: Mir at al-Jinan wa 'Ibrah al-Yaqzan)

Saudaraku anggota polis,

Kita boleh bertugas kepada sesiapa pun, tetapi jangan lupa tanggungjawab kita di hadapan Allah. Tiada cacatnya menjadi anggota polis. Saudara bukan musuh rakyat. Sebaliknya, saudara diperlukan rakyat.

Apa yang cacat dan menimbulkan kebencian awam adalah tindakan kita sendiri jika menyalahi prinsip-prinsip keadilan dan keamanan. Jika itu tidak berlaku, sayang dan cinta rakyat tertumpah kepada saudara.

Ingatlah kata-kata Abu Bakar al-Siddiq: “Benar adalah amanah, bohong adalah khianat”. Jika saudara benar, rakyat sayang, Allah juga sayang. Kedamaian jiwa pun menjelang. Jika saudara bohong rakyat benci, Allah juga benci. Rezeki tidak halal, hidup tidak bahagia.

Saudaraku anggota polis,

Inilah pandangan seorang rakyat marhaen awam seperti saya. Tiada kebencian antara rakyat dan saudara jika keadilan itu tertegak.

Rakyat awam bukan sahaja mahukan keadilan yang ditafsirkan oleh pihak saudara, tetapi keadilan yang dapat difahami oleh semua. Bukan sahaja adil dari segi bicaranya, tetapi hendaklah kelihatannya juga adil.

Semoga Allah merahmati saudara dan tugas saudara. Diberikan rezeki yang halal. Bebas dari kezaliman dan rasuah. Kami akan bersama menyanjungi saudara! Selamat bertugas!


Kalam Nurani : Tahniah Dr atas keberanian menegak kebenaran dan mencegah kemungkaran walau berbagai tohmahan dilontarkan. Sejarah pernah melakarkan bahawa ramai para ulama termasuk Imam Hanafi,Iman Hanbali, Iman Malik, Imam Syafie menerima tekanan dan ujian yang amat berat dari pemerintah yang zalim walaupun dari aspek pembangunan kemanusia dan keilmuan ketika itu amat dititik berat oleh pemerintah.
Mereka didera,dipenjara kerana menegak kebenaran. Perjuangan tanpa ujian dan dugaan bukanlah dinamakan perjuangan menegak kebenaran....

PERANG SALIB DILANCAR DI NORWAY ?

Tuesday, July 26, 2011
Pembunuhan Yang Membunuh Lebih 90 Nyawa Di Oslo Mengaku Membunuh Kerana Takut Dengan Perkembangan Islam Yang Hebat Di Eropah.

UNDVOLLEN (Norway): Lelaki yang dituduh menembak mati 85 remaja di perkhemahan belia dan membunuh tujuh yang lain dengan bom kereta di Oslo, menyiarkan rakaman video di YouTube, menyeru golongan konservatif melancarkan perang salib, enam jam sebelum serangan itu.

Anders Behring Breivik memuat turun rakaman video itu menyeru serangan terhadap umat Islam, dengan rakaman menunjukkan dia memakai pakaian selam tentera laut sambil mengacu senjata automatik, beberapa jam sebelum melakukan pembunuhan yang mengejutkan itu.
Breivik adalah anggota kumpulan Freemason di Oslo dan mempunyai hubungan dengan Liga Pertahanan Inggeris (EDL).Dalam satu tulisan, dia menulis: “Saya sudah berbincang dengan EDL dan menyarankan mereka memengutamakan strategi dalam berdepan dengan kebangkitan Islam. “Taktik EDL adalah untuk menarik reaksi berlebihan pergerakan jihad Islam dan pelampau fahaman Marxis.

KALAM NURANI : atas alasan takutkan perkembangan Islam yang hebat di Eropah, golongan pengganas Freemason kristian atau dalam istilah lain "golongan penyokong Yahudi" tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan drastik melakukan pembunuhan secara membuta tuli demi mempertahankan anutan mereka.
...dan apa kurangnya golongan fremason di Malaysia sendiri yang sentiasa mencari peluang melabel dan melagakan orang Islam dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas terhadap tokoh-tokoh ulama tajdid...

Isnin, 25 Julai 2011

MARHABAN YA RAMADAN

Berbagai persoalan,amalan,kepercayaan,adat tradisi,petua dan sebagainya dalam perkara berkaitan bulan yang penuh keberkatan dan keampunan Ilahi,bulan yang lebih baik dari seribu bulan, bulan yang diturunkan al-Quran.

KENDURI SAMBUT PUASA?

Terdapat satu amalan tradisi dalam sesetengah masyarakat apabila menjelang ketibaan Ramadan al-Mubarak ini dengan melakukan amalan yang dianggap “wajib” iaitu membuat “kenduri sambut puasa”, “kenduri nenek moyang”, atau dalam istilah lain “kenduri arwah”.

Mengadakan kenduri sebegini dianggap mesti “wajib”,sekiranyanya tidak dilakukan ditakuti akan terkena ketulahan oleh nenek moyang. Proses membuat kenduri sebegini ada sesetengah kelompok masyarakat yang fanatik dari aspek cara memasak,nenek moyang dahulu memasak menggunakan dapur kayu,maka dapur kayu juga akan diguna pakai oleh generasi seterusnya walaupun kekadang tiada lagi dapur kayu api untuk memasak, namun disebabkan pegangan yang kukuh atas kepecayaan menghormati nenek moyang yang telah mati atau atas ketakutan yang teramat sangat pada “ketulahan” maka tradisi yang hanya kebetulan itu terus dianggap satu kemestian “wajib”.

Malahan,ada sekelompok pemegang tradisi ini membuat kelainan dalam mengadakan kenduri sambut puasa iaitu dengan mengadakan kenduri di siang hari pada hari pertama puasa. Melucukan,orang yang membacakan doa selamat adalah imam dan turut makan bersama tetamu yang dijemput.

MANDI SUNAT PUASA?

Setiap kali puasa hampir tiba,pasti akan ada nada soalan yang sama dari budak-budak yang berbeza dalam komuniti masyrakat di daerah yang sama.

Soalan mudah, kalau tidak mandi sunat puasa pada malam puasa pertama,boleh ka kita puasa? Sah ka tidak puasa kita? Nenek ku kata kena mandi,kalau tak mandi,besok tak boleh puasa…

Saya memberi jawapan dalam bentuk soalan balas yang teramat mudah untuk difahami:
1. Nenek kamu ada ijazah Phd Universiti mana?
2. Kalau tak ada phd, dia belajar di sekolah pondok mana?
3. Kalau tak ada juga, kitab mana jadi rujukan dia?
4. Kalau tak ada juga,tak payah percaya dan tak payah ikut, senang cerita.

Menjawab soalan berkaitan amalan adat tradisi yang dihubung kait dengan amalan agama amat payah bagi yang tidak mahu mendengar dan memahami, jadi, kena main kasar sikit biar faham,kalau tak nak faham juga,kau punya hal la.

Satu pegangan yang menjadi kepercayaan dalam sesetengah masyarakat dari amalan nenek moyang turun temurun bahawa perbuatan mandi pada malam puasa pertama itu mesti dilakukan sudah sebati dalam masyarakat di pendalaman yang hanya bergantung kepada sumber yang terhad iaitu amalan nenek moyang.

Pegangan sebegini sukar untuk diubah kerana terdapat satu lagi perkara atau pegangan iaitu “ketulahan” nenek moyang sekiranya tidak diikuti.
Bagaimana hebat sekalipun seseorang guru,ustaz,pakar agama dalam member penjelasan yang benar, mungkin hanya anggukan tanda faham sahaja yang kelihatan.
Disebalik anggukan itu tedapat perasaan takut “ketulahan” yang akhirnya kita akan tetap menyaksikan perbuatan “karut” yang sama berulang sehingga keanak cucu di zaman moden.


TIDAK BERSAHUR TIDAK BOLEH BERPUASA?

Soalan yang sama seperti mandi sunat puasa,ramai juga yang masih keliru dengan amalan bersahur disebabkan kelainan amalan nenek moyang dengan bukti dan dalil dari apa yang dipelajari di sekolah.

Ramai yang masih berpeganga dengan ‘fatwa” nenek moyang yang mengatakan bahawa orang yang tidak bersahur tidak boleh berpuasa. “Fatwa” wajib bersahur sudah tersemat kemas dalam amalan tradisi walaupun diberi berbagai hujah menafikan kewajipan bersahur. Namun “fatwa” nenek moyang tetap diikuti demi menjaga kesinambungan generasi demi generasi.

PUASA SEBULAN DIRINGKAS JADI TIGA HARI?

Sakit kepala otak bila cuba mengatasi masalah sebegini. Diajar,dijelas dalam berbagai bentuk,namun tetap ini diikuti.
Mungkin antara perkara pelik bin ajaib bagi yang tidak pernah mengikuti, tetapi inilah realiti dalam amalan sesetengah masyarakat Islam terutama majoriti dari Filipina.
Amalan yang menjadi kepercayaan “sufi” bahawa puasa boleh dilengkapi dengan hanya berpuasa selama tiga hari. Awal puasa,pertengahan dan penutup.
Aku pun keliru samaada tradisi “sufi sesat” atau lahir dari sifat malas dalam mengingkari puasa sebulan. Inilah cabaran yang terpaksa dihadapi, cerita macam lawak,tetapi realiti.

MKN kaitkan Asri, ulama Umno dengan Wahabi

Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini menimbulkan kebimbangannya terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme.

Menurut sumber, dalam taklimat tertutupnya yang antaranya disertai mufti dan wakil majlis agama Islam negeri di Putrajaya hari ini, seramai 40 ulama muda Umno turut dikaitkan sama...(sumber MK)

KN : Wahabi? adakah apabila dikaitkan dengan Wahabi terus akan dianggap pengganas, kalau begitu hukumnya,maka hubungan diplomatik dengan Kerajaan Arab Saudi,Iran (Syiah) dan negara-negara Komunis hendaklah ditamatkan dengan serta merta.Keluarkan fatwa bahawa menunaikan haji di Mekah untuk sementara adalah tidak wajib dengan alasan tiada "kemampuan" kerana kerajaan Saudi Wahabi yang mentadbir wilayah Mekah. Batalkan Kontrak Syarikat Kroni Tabung Haji yang beroperasi di sana kerana turut menyokong gerakan Wahabi.

Lebih seribu tahun terbentuk aliran pemikiran Syafie yang menjadi anutan masyarakat Malaysia hari ini,berbagai cerita suka duka, pernah berlaku peperangan antara pengikut Mazhab Syafie dan Hanafi kerana wujud pemikiran tidak rasional dan ilmiah sebegini,adakah aliran Syafie dan Hanafi juga dianggap terorisme?

Jika pemikiran survival periuk nasi, pemikiran tidak mahu melihat umat Islam bersatu. pemikiran yang disatukan dengan idealisme Yahudi dijadikan ukuran,sampai bilapun kebenaran tidak dapat ditegakkan,pasti akan ada sahaja idea untuk memecahbelahkan.
Jika Yahudi APCO menyandang kerusi penasihat,mana mungkin mereka inginkan Islam disatukan biar ulama yang menyokong kerajaan lebih-lebih lagilah yang membangkang.

Ahad, 24 Julai 2011

Pemburu dan Pemancing

Baru balik memburu payau/rusa di hutan jam 10.00pm tadi,namun rezeki di tangan Tuhan, tiada sebutir mata menjelma,malahan bertembung dengan kumpulan pemburu Cina dalam lokasi yang sama, mencari makanan "halal mereka". Terpaksa pulang tanpa letupan belerang ke udara...

Menjadi pemburu mengajar kita erti berusaha tanpa penat,tanpa leka,mengajar erti berserah setelah berusaha, bersyukur jika ada hasilnya,tetap lega walau tidak mendapat apa-apa walau sekelip biasan mata dari pancaran lampu pelita.
Indahnya menjadi seorang "pemburu"; ia akan sentiasa berusaha untuk mendapat apa yang dicita-cita.Sekali gagal bukan beerti gagal selamanya,masih ingin mencuba dan terus mencuba,tanpa menunggu ianya datang ke riba, tanpa umpan hiasan semata-mata, tetapi mengejar tanpa penat,tanpa kecewa.Namun tetap berharap ianya dimiliki dengan sempurna

Berbeza dengan jiwa "kaki pancing"; hidup penuh dengan helah dan tipu daya,memberi umpan yang hanya indah dimata,tetapi realitinya berbeza. Menunggu dan mengharap hasil yang lumayan berbanding hanya dengan sedikit usaha,penuh angan-angan dan khayalan atas nama tawakkal dan usaha,tanpa lelehan peluh keringat,rezeki datang kekadang suka, kekadang hampa kecewa. Sedang yang memberi itu adalah Maha Kuasa, mana mungkin kita bisa mempertikaikannya.
Jadilah seorang pemburu yang sentiasa mengejar cita-cita tanpa rasa kecewa.
Jauhi sifat pemacing yang sentiasa menabur umpan dan mengambil kesempatan atas kelemahan orang....(tulisan tak ada kaitan dengan mana-mana pemburu atau kaki pancing)

Rabu, 20 Julai 2011

'Pertemuan Najib-Pope, cari sokongan Kristian?'

Sekumpulan 365 rakyat Malaysia yang beragama Kristian, termasuk penganut Katolik telah menandatangani sepucuk surat kepada Pope Benedict XVI, bagi mengadu tindakan keras Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada perhimpunan aman BERSIH 2.0 9 Julai lalu.

Mereka juga melahirkan kebimbangan Najib mempolitikkan lawatannya ke Vatican.
Mereka juga khuatir bahawa lawatan Najib ke Vatican pada masa ini dilihat sebagai usaha mencari sokongan popular menjelang pilihan raya umum ke-13 yang mesti diadakan sebelum pertengahan 2013 dan boleh menyaksikan beliau terus berkuasa.

Surat itu juga menyampaikan rasa hati penganut Katolik yang risau kemungkinan kerajaan dan pemimpin asing terpengaruh dengan Najib yang ghairah menyebarkan mesej kesederhanaan di luar negara sedangkan kerajaan BN pimpinan Najib sendiri berulang kali menggunakan kekerasan terhadap rakyat di negara ini.(malaysiakini)

Kalam Nurani: Apa cerita sampai tulis surat mengadu pada Pope? Masalah dalam negara tidak perlu campurtangan luar, selesai dengan cara sendiri.Dimana semangat cintakan negara sekiranya semua masalah nak diadu kepada dunia luar apatah lagi perkara yang melibatkan agama? Kalau rasa di Malaysia sendiri dah tak selamat,pindah saja ke Vatican.
Persoalan samaada Perdana Menteri ingin mencari sokongan popular atau tidak terpulang pada dia,itu strategi politik PM, orang luar tidak boleh mengundi dalam pilihanraya di Malaysia. Buat apa nak risaukan tindakan PM, tidak pula dipersoalkan diri sendiri yang menulis surat mengadu kepada orang yang tidak ada kaitan dengan negara Malaysia, kenapa tidak menulis surat kepada Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja Melayu?
Apakah ada agenda lain yang tersirat disebalik surat tersebut?
Jangan hanya kerana rakyat berbilang kaum menyokong agenda BERSIH, ada pihak yang ingin mengambil kesempatan dengan menjual negara sendiri....

Selasa, 19 Julai 2011

Isnin, 18 Julai 2011

APA DAH JADI DENGAN KERAJAAN ISLAM MELAKA

Kerajaan Kedah sibuk mempertahankan penguatkuasaan larangan hiburan di bulan puasa, tetiba Ketua Menteri Melaka nak lanjutkan masa kelab malam beroperasi termasuk dalam bulan puasa atas dasar Melaka telah berkembang maju.
Orang UMNO tak rasa malu ka dengan tindakan ini?Kalau masih ada iman dalam hati,pasti akan rasa malu dan perlu diubah, kecuali Iman telah mati...

TAHNIAH KERAJAAN DAN MB KEDAH

Tahniah atas kebijaksanaan dalam melaksanakan larang pusat hiburan dari beroperasi pada bulan puasa, tindakan awal melarang akan menampakkan penentangan. Hasilnya akan wujud perbincangan dengan pengusaha pusat hiburan,secara tidak lansung undang-undang berkaitan dan Islam akan dapat dijelaskan dengan lebih mendalam.
Kesannya secara tidak lansung peraturan sedia ada iaitu melarang orang Islam dari mengunjungi tempat maksiat mendapat kerjasama dari pengusaha pusat hiburan walaupun niat mereka hanya untuk mengelak lesen ditarik balik, tetapi secara tidak lansung mereka turut membantu Kerajaan Kedah dan umat Islam dalam mencegah orang Islam dari melakukan maksiat di bulan puasa dan seterusnya berlanjutan pada bulan-bulan berikutnya.
Kebijaksanaan mengatasi emosi nafsu serakah Kerajaan UMNO/Barisan Nasional sebelum ini yang hanya pandai membuat undang-undang tetapi tidak mahu menguatkuasakannya....

PASPB: Allahyarhamah Dr Lo'Lo selamat dikebumikan

PASPB: Allahyarhamah Dr Lo'Lo selamat dikebumikan: "KUALA LUMPUR 18 JULAI : Jenazah Allahyarhamah Dr Lo'Lo Mohd Ghazali selamat disemadikan kira-kira jam 11 pagi ini. Presiden PAS, ..."

Sabtu, 9 Julai 2011

PELUDAH WARNA

PELUDAH WARNA

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

SASTERAWAN NEGARA DATUK A. SAMAD SAID

Gambar paling cool ......

Gambar paling cool ......

Adakah Ini Rangka Manusia Di Zaman Nabi Adam A.S? Mengapa Penemuan Ini Dirahsiakan???

Adakah Ini Rangka Manusia Di Zaman Nabi Adam A.S? Mengapa Penemuan Ini Dirahsiakan???

[Gambar] BERSIH 2.0 di Melbourne Australia

[Gambar] BERSIH 2.0 di Melbourne Australia

Selasa, 5 Julai 2011

Masalah kanak-kanak dalam saf

Masalah kanak-kanak dalam saf

Syeikh Muhammad bin Utsaimin berpesan mengenai keberadaan kanak-kanak dalam saf solat berjamaah. Katanya:

Demikian juga saya pesan kepada pengurus masjid agar berlapang dada dan tidak menghalangi anak-anak datang ke masjid selagi tidak bertentangan dengan syariat. Dan tidak mengusir mereka dari tempatnya, kerana siapa saja yang lebih dahulu mengambil tempat, maka dialah yang paling berhak mendapatkannya, baik anak-anak atau orang dewasa. Kerana itu, mengusir anak-anak dari tempat solat mereka mengandungi unsur.
[1]. Perampasan hak, kerana siapa pun yang mendahului orang lain dari kalangan muslimin, maka dia orang yang paling berhak meraihnya.
[2]. Menyebabkan trauma pada anak untuk kembali mendatangi masjid.
[3]. Akan menanamkan rasa dengki anak terhadap orang yang mengusirnya dari tempatnya semula.
[4]. Anak-anak akan berkumpul menjadi satu, sehingga terjadilah permainan di antara mereka dan menyebabkan gangguan terhadap jamaah yang sebenarnya hal itu tidak akan terjadi manakala anak-anak berbaris dalam saf orang-orang dewasa.

Adapun pendapat yang disebutkan oleh sebahagian ulama, bahwa anak kecil boleh dipindahkan dari tempatnya semula sehingga berada di belakang saf atau di saf paling akhir, dengan dalil bahwa Nabi pernah bersabda. “Ertinya : Hendaknya berada didekatKu, orang-orang dewasa dan berakal,” adalah pendapat marjuh (lemah) yang bertentangan dengan sabda Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang lain.

“Ertinya : Barangsiapa lebih dulu mendapatkan sesuatu yang belum ada seorangpun yang mendahuluinya maka dialah orang yang paling berhak mendapatkkannya”

Istidlal (penggunaan dalil) mereka dengan sabda Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam : “Hendaknya berada didekatku, orang-orang dewasa dan berakal,” dalam masalah ini tidak tepat.

Kerana kandungan hadis ini adalah anjuran kepada orang-orang dewasa dan berakal agar maju mendekati Nabi. Mereka adalah orang-orang yang lebih faham mengenai solat daripada anak kecil. Dan lebih kuat pengetahuan terhadap apa-apa yang dilihat atau didengar dari Nabi. Baginda tidak mengatakan : “Tidak boleh berada didekatku kecuali orang dewasa lagi berakal.”

Seandainya demikian ucapan Baginda, tentu pendapat yang membolehkan pemindahan anak-anak dari barisan depan dapat diterima. Tetapi redaksi hadis ini berisi perintah bagi orang-orang dewasa dan berakal untuk mencari saf-saf awal agar berada di dekat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam.


[Syeikh Ibnu Utsaimin, Fatawa Islamiyah 2/8]
[Disalin dari kitab Fatawa Ath-Thiflul Muslim, edisi Indonesia 150 Fatwa Seputar Anak Muslim, Penulis Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin, Penerjemah Ashim, Penerbit Griya Ilmu]

Astora Jabat Tewas Dalam Pilihanraya Di Thailand

Astora Jabat Tewas Dalam Pilihanraya Di Thailand

subhanallah

http://static.arrahmah.net/images/stories/2011/06/Subhanallah3.jpg

Perang terhadap Islam telah melemahkan ekonomi AS

Perang terhadap Islam telah melemahkan ekonomi AS

Israel bangun ratusan rumah di tanah pribadi milik warga Palestina

Israel bangun ratusan rumah di tanah pribadi milik warga Palestina