Selasa, 12 Mac 2013

INSIDEN LAHAD DATU : ANGGOTA TENTERA PERTAMA TERKORBAN

SEORANG LAGI ANGGOTA KESELAMATAN KITA TERKORBAN DALAM INSIDEN LAHAD DATU : AL FATIHAH KEPADA PBT MOHD HURAIRAH T/1163468 DR 7MD,KEM KUKUSAN TAWAU YG TERBUNUH DLM PERTEMPURAN DI KG TANJUNG BATU LAHAD DATU..BERASAL DR KELANTAN.[VAT 69]

Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Datuk Zulkifeli Mohd Zain berkata, pasukan keselamatan bertembung dengan lima anggota penceroboh pada jam 7.45 pagi ini ketika melakukan operasi pembersihan di kawasan sekitar Sungai Nyamuk, dekat Tanjung Batu.

Zulkifeli (kiri) berkata penceroboh berundur ke bahagian atas Sungai Nyamuk dan anggota mengekori mereka dan diikuti dengan pertempuran pada kira-kira jam 10.45 pagi. 


Dalam pertempuran tersebut tiga penceroboh terbunuh dan seorang lagi anggota tentera mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Sandakan dengan helikopter PDRM

Allahyarham berasal dari Kelantan dan jenazahnya dijanga akan tiba pagi esok di Pengkalan Chepa. Semoga Allah SWT mengurniakan ganjaran yang besar kepada Allahyarham yg terkorban mempertahankan kedaulatan negara...

Ahad, 10 Mac 2013

Gambar Operasi Mengesan Pengganas Di Lahad Datu
































2 Anggota PGA Cedera Dalam Pertempuran Dengan Pengganas



LAHAD DATU: Dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera dalam kejadian tembak menembak dengan pengganas Sulu di Kampung Tanjung Batu kira-kira pukul 8 malam Sabtu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata dalam pertempuran selama enam jam itu itu, dua anggota dari PGA Miri cedera di bahagian betis dan peha.

Mereka dibawa ke Hospital Dutchess Of Kent, Sandakan.

Bagaimanapun menerusi sidang media pada Ahad, Hamza tidak dapat mengesahkan sama ada terdapat musuh yang berjaya ditembak atau tidak dalam pertempuran tersebut

Polis Semporna Tahan 33 Suspek Pengganas

SEMPORNA: Polis menahan 33 suspek yang dipercayai terlibat secara langsung dengan pengganas Sulu dan turut disyaki menyalurkan maklumat keselamatan kepada mereka.

Ketua Polis Daerah Semporna, DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata kesemua suspek yang ditahan di kampung pinggir bakau di sini merupakan warga asing dan mereka dihantar ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Lahad Datu untuk soal siasat.

"Mereka dihantar ke IPD Lahad Datu untuk soal siasat kerana ia berkaitan dengan Op Daulat," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Beliau berkata operasi yang bermula pada 6.30 pagi dan berakhir pada 9 pagi memfokuskan pemeriksaan dari rumah ke rumah dan turut menahan empat suspek wanita.

Katanya, kesemua suspek yang berusia 18 tahun ke atas itu, disiasat kerana dipercayai mempunyai kaitan dan melindungi pengganas Sulu.

Tinjauan Bernama ke lokasi operasi mendapati kira-kira 100 anggota polis dari IPD Semporna, VAT 69 dan Pasukan Gerakan Am melakukan pemeriksaan ke setiap rumah bagi mencari dan mengesan suspek pengganas Sulu.

Op Daulat yang dilancar bagi memburu saki-baki penceroboh bersenjata dari selatan Filipina itu masuk hari keenam hari ini dengan 53 penceroboh militan dilaporkan ditembak mati.

Sejak pencerobohan militan pada 12 Feb lepas, lapan anggota polis terkorban iaitu dua maut dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Simunul di sini sehari kemudian. BERNAMA





Sabtu, 9 Mac 2013

Semporna : 29 April 1954



Hari itu, 29 April, 1954, hari yang paling malang bagi penduduk Semporna. Hari yang paling celaka, yang mengorbankan nyawa dan harta benda. Malah ada yang dicabul kehormatan, dirogol dan diperkosa.

Tarikh hitam itu masih kekal dalam ingatan penduduk yang menyaksikan peristiwa berdarah akibat perbuatan ganas mundu-mundu (lanun-lanun) yang datangnya entah dari mana.
Pekan Semporna yang terletak di pinggir laut itu sepertimana biasa, aman dan damai. Petang itu, udara menghembus nyaman dari laut yang biru yang tenang itu.

Padang bola sepak yang terletak berhampiran dengan Balai Polis Semporna itu telahpun dipenuhi oleh peminat-peminat bolasepak yang saban petang punya pengunjungnya. Mereka bermain dengan begitu seronok sekali. Beberapa anggota polis juga turut bermain untuk mengeluarkan peluh di samping memupuk hubungan baik dengan masyarakat setempat.

Balai Polis Semporna yang terletak di bawah Kawalan Ketua Polis Daerah (OCPD) Lahad Datu mempunyai keanggotaan 7 orang sahaja. Ketua Polis Balai (OCS)- nya ialah Sarjan Sagar Singh. Perhubungan antara Balai Polis Semporna dengan ibu pejabat daerahnya di Lahad Datu hanya menerusi radio wireless dan jalan laut sahaja yang memakan masa lebih kurang 10 jam perjalanan.

Peristiwa berdarah itu masih segar dalam ingatan Encik Bullah Ganggal, bekas pegawai polis yang baru bersara dengan pangkat Penolong Penguasa Polis (ASP). En.Bullah, keturunan Kadazan, semasa kejadian itu bertugas di balai polis tersebut dengan pangkat Detektif Lans Koperal.

“ Segala-galanya bermula pada jam 5.30 petang. Pada masa itu penduduk-penduduk Semporna sedang berehat setelah kembali dari menangkap ikan. ” En.Bullah Ganggal memulakan ceritanya.
“ Para pemuda pula sedang seronok bermain bola. Ia turut berada berhampiran padang bola itu. Tiba-tiba bunyi tembak bertalu-talu dari arah jeti yang tidak jauh dari situ ”, katanya.
“ Orang di pekan dan di padang itu lari bercempera sambil berteriak, mundu! mundu ! (lanun ! Lanun !) cepat lari. Masing-masing mencari tempat perlindungan ".

“ Melihatkan keadaan kelam-kabut dan serangan mengejut lanun itu, Sarjan Sagar Singh segera memerintahkan orang-orangnya bersiap sedia. Ia memerintahkan saya membawa isteri dan anak-anak anggota polis Semporna berlindung di balai. Ini disebabkan keadaan di balai itu lebih selamat kerana adanya pagar berduri dan segala senjatapi serta peluru ada di sana ".

L/Kpl Bullah Ganggal segera bertindak dengan menjerit memanggil semua isteri dan anak-anak polis untuk mengikutnya ke balai.
“ Belum sempat isteri-isteri dan anak-anak polis itu saya lindungkan di balai, saya lihat dari celah-celah lubang berek kami, lanun-lanun yang ramainya tidak kurang 50 hingga 70 orang itu telahpun hampir dengan Balai Polis Semporna. Mereka berpecah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan mara ke balai polis satu lagi ke arah bot jabatan hutan ”.

Sementara itu di balai polis, Sarjan Sagar Singh dengan dibantu oleh orang-orangnya iaitu PC 442 Sulaiman dan PC Jambuan memuntahkan peluru ke arah lanun-lanun yang begitu ramai itu. Sarjan Sagar Singh dan orang-orangnya sekali-kali tidak mahu menyerah kalah kepada lanun-lanun itu sekalipun terpaksa mengorbankan nyawa mereka.

Sambil memuntahkan peluru ke arah balai yang dipertahankan bermati-matian oleh Sarjan Sagar Singh itu, lanun itu memusnahkan alat-alat hubungan wireless di luar balai itu. Dengan itu hubungan Balai Polis Semporna dengan Ibu Pejabat Daerah Polis Lahad Datu TERPUTUS.

“ Kita mesti pertahankan balai ini hingga ke titisan darah terakhir. Biar putih tulang, jangan putih mata ”, kata Sagar Singh kepada dua orang anggotanya dengan penuh semangat. Mereka terus melawan dengan beraninya.

En.Bullah Ganggal yang ditugaskan melindungi isteri dan anak-anak polis tidak dapat berbuat apa-apa kerana pada masa itu senjata tiada di tangannya. Kalau dia keluar tanpa senjata tentu seperti menyerah diri tanpa berlawan. Ia melihat bagaimana rakannya PC Jambuan yang kehabisan peluru ditikam dengan barung (parang) oleh lanun-lanun itu. Ia dibunuh dengan kejam sekali di mana perutnya diburaikan.

Akhirnya kerana kehabisan peluru dan lanun-lanun yang ramai itu bersenjatakan senjata-senjata automatik, maka Sarjan Sagar Singh dan dua orang anggotanya terkorban. L/Kpl Bullah Ganggal cuba untuk keluar dari tempat persembunyian untuk memberi bantuan tetapi dihalang oleh permintaan isteri Sjn.Sagar dan isteri-isteri anggota polis yang lain supaya jangan pergi dan melindungi mereka di situ.

Bila saja lanun-lanun itu mendapati Sjn Sagar dan orang-orangnya terkorban , mereka lalu merempuh ke dalam balai polis. Bilik radio polis dipecah dan alat-alatnya dimusnahkan. Mereka juga memecahkan bilik besi tempat menyimpan senjatapi dan peluru lalu merampasnya.

Lanun-lanun itu semakin menganas. Senjatapi mereka ditembak ke sana ke mari. Mereka terus menggeledah seluruh rumah dan kedai di pekan Semporna.

“ Apa yang saya dengar lepas itu ialah teriakan dan jeritan minta tolong oleh mangsa-mangsa lanun-lanun yang jahat itu. Mereka bukan sahaja merompak, mengambil apa sahaja barang-barang berharga, makanan, malah mereka juga merogol wanita dan anak dara. Mereka sungguh kejam dan tidak berkeperimanusiaan langsung”, Kata En.Bullah dengan perasaan amat geram. “ Apakan daya masa itu saya tidak bersenjata dan memikirkan pula keselamatan anak isteri anggota-anggota polis. Saya kesal tidak dapat membantu kawan-kawan saya yang gugur sebagai perwira negara ".

“ Lanun-lanun celaka itu telah bermaharajalela selama 3 jam iaitu dari jam 5.30 hingga 8.30 malam di pekan Semporna. Mereka melakukan pelbagai dosa yang tidak dapat diampun ", terang beliau lagi.

Menurut En.Bullah ia tidak tahu dari mana datangnya lanun-lanun itu tetapi ia mengagakkan dari percakapannya adalah dari Seberang (Filipina).

Selama 3 jam Semporna telah menjadi neraka. Lanun-lanun bertindak sewenang-wenangnya kerana tiada siapa berani melawannya. Akibatnya, Semporna musnah semacam diserang garuda, menjadi padang jarak padang tekukur. Setelah lanun-lanun itu puas memuaskan hawa nasfu, mereka segera menghilangkan diri di lautan luas dengan kumpit-kumpit (perahu) yang dilengkapi dengan motosangkut laju.

“ Bila mendapati lanun-lanun itu berlalu, saya dan anak isteri anggota-anggota polis keluar dari tempat persembunyian di berek polis itu. Betapa sedih hati saya melihatkan rakan-rakan saya, Sjn Sagar, PC Jambuan, PC Gimun terkorban. Mayat mereka yang berlumuran darah itu dipeluk dan ditangisi oleh anak dan isteri masing-masing. Saya turut menitiskan air mata melihatkan peristiwa itu. Hingga hari ini ianya kekal dalam ingatan saya, ” ceritanya lagi.

L/Kpl Bullah segera mengambilalih tugas Ketua Polis Balai. Didapatinya dua orang anggotanya masih hidup. Mereka itu sedang bermain bola ketika lanun menyerang. Oleh kerana tidak sempat lari ke balai, mereka terpaksa bersembunyi.

Setelah menguruskan mayat empat orang rakannya L/Kpl Bullah terus berbincang dengan Ketua Anak Negeri (Penghulu) Semporna, Panglima Jakarullah yang telahpun tiba di balai bersama-sama orangnya.

Dengan bantuan mereka, dia membuat rondaan di sekitar bandar Semporna untuk mengumpul mayat dan memberi pertolongan kepada orang yang cedera akibat kekejaman lanun-lanun tadi. Hasilnya mereka menemui mayat seorang pegawai hutan British, seorang pekedai Cina (tukang jahit) dan seorang pemuda Bajau Semonul. Mayat -mayat itu dibawa ke balai polis untuk diuruskan.

L/Kpl Bullah seterusnya mengadakan perbincangan dengan Panglima Jakarullah dan orang-orangnya pada malam kejadian itu. Mereka mengambil keputusan untuk menhantar dua orang awam ke Lahad Datu bagi membawa pembantu hospital Harry Chew dan Lian Chap Yit yang luka parah mendapat rawatan. Di samping itu mereka juga diarahkan meminta bantuan segera dari KPD Lahad Datu yang tidak dapat dihubungi menerusi wireless radio.

Pada malam itu L/Kpl, Bullah dan Panglima Jakarullan serta orang-orangnya mengambil keputusan untuk berjaga dan berwaspada bagi menentang lanun-lanun yang mungkin datang sekali lagi.
Petang esoknya, 30hb, Mac barulah rombongan yang diketuai oleh Pegawai Daerah Lahad Datu, Mr.Dalimore dan Ketua Polis Daerah (OCPD), Mr.W.R.H. Roberts tiba untuk menyaksikan pekan Semporna yang hampir menjadi padang jarak padang tekukur itu.

Peristiwa ngeri itu amat menakutkan penduduk-penduduk Semporna. Ada di antara mereka yang lari bersembunyi tidak mahu balik ke rumah beberapa hari kerana takutkan lanun mengganas lagi. Seorang kakitangan kerajaan yang bertugas di Semporna, ketika kejadian itu terus jadi ' gagap ' hingga ke hari ini kerana terlampau terkejut, gamam dan ketakutan





Jumaat, 8 Mac 2013

Insiden Semporna : Mayat Anggota Polis Diperlaku Dengan Kejam



Ditawan kemudian dipenggal kepala merupakan antara kekejaman yang tiada tara dilakukan pengganas Sulu ke atas anggota keselamatan negara.
Bukan itu sahaja, seorang anggota pasukan keselamatan yang turut ditawan dirodok perutnya menggunakan parang Sulu atau barong sebelum dadanya dibelah dan dikeluarkan segala organ dalaman.
Badan wira negara juga ditetak sehingga bercerai beberapa anggota badan sebelum dicampak ke laut manakala ada antara mereka maut kerana kedua biji mata mereka dicungkil menggunakan senjata tajam.
Seorang lagi anggota pasukan keselamatan walaupun terselamat menjadi cacat apabila kedua-dua belah tangannya kudung akibat ditetak dan kepalanya dikelar menggunakan kerambit.
Kesemua wira negara itu diperlakukan sedemikian selepas diserang hendap pada 2 Mac lalu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna.

Perbuatan yang sangat sadis dan tidak berperikemanusiaan itu menimbulkan tanda tanya apakah mereka ini di bawah pengaruh dadah atau ilmu hitam.
Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga menyatakan beliau amat dukacita apabila niat suci Malaysia untuk tidak membenarkan setitik darah tumpah di bumi Sabah dibalas dengan kekejaman oleh pengganas Sulu terhadap anggota keselamatan.

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Facebook hari ini mengesahkan, selepas operasi menyelamat dibuat anggota komando VAT 69, mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan penuh kejam.

"Apabila tiba di Kampung Simunul, pasukan polis diserang hendap oleh penceroboh. Enam anggota polis terkorban manakala dua yang lain cedera. Enam penceroboh bersenjata telah dibunuh pihak polis.
"Polis menghantar pasukan penyelamat untuk membawa keluar mayat wira-wira kita. Mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan kejam oleh penceroboh bersenjata tersebut," katanya.

Dalam serangan itu, enam anggota polis maut iaitu Supritendan Ibrahim Lebar, Asisten Supritendan Micheal Padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Aziz Sarikun, Koperal Salam Togiron dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran.
Semua mereka yang maut itu kemudian diberi kenaikan pangkat berkuat kuasa serta-merta sebagai menghargai jasa dan pengorbanan wira yang diumumkan sendiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Terdahulu, pada 1 Mac lalu, pengganas Sulu juga bertindak keji apabila berpura-pura menyerah diri dengan mengangkat bendera putih sebelum menembak mati dua anggota komando VAT 69 dan mencederakan tiga yang lain di Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Allahyarham Asisten Supritendan Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46, yang menyangka pengganas Sulu ikhlas kemudian bangkit daripada posisi meniarap menyebabkan kedua-dua mangsa maut ditembak di kepala.








Khamis, 7 Mac 2013

Insiden Lahad Datu : 52 Penceroboh Termasuk Seorang Jeneral Terbunuh

LAHAD DATU, 7 Mac — Seramai 32 pemberontak Sulu telah dibunuh sejak semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kematian dikalangan penceroboh bersenjata warga Filipina di Sabah sebanyak 52 orang, kata pihak berkuasa hari ini.

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin juga berkata serangan udara pada Selasa lalu ke atas kawasan persembunyian penceroboh Sulu di Kampung Tanduo bukan bertujuan untuk membunuh sesiapa, sebaliknya untuk “meneutralkan” pihak musuh supaya pasukan keselamatan dalam masuk tanpa sebarang tentangan.

“Serangan udara bukan bertujuan untuk membunuh,” kata Zulkifeli semasa sidang media bersama dengan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar hari ini.“Jumlah keseluruhan musuh yang telah terkorban adalah sebanyak 52,” kata Ismail.

Ismail menambah pasukan keselamatan telah menembak 31 penceroboh Sulu bersenjata di Kampung Tanjung Batu semalam dan seorang di kampung Tanduo pagi tadi.

Lapan anggota polis Malaysia terkorban awal minggu ini disini dan Semporna, menjadikan jumlah kematian keseluruhan 60 orang pada ketika ini.Ismail juga berkata jeneral Sulu antara individu yang terkorban.

Namun, beliau menambah tidak dapat mengesahkan sama ada ketua kumpulan penceroboh Agbimuddin Kiram antara mereka yang terkorban.

Ismail berkata penceroboh Sulu juga telah bergerak ke Kampung Tanjung Batu, yang mana jaraknya antara empat ke lima kilometer persegi.Beliau juga berkata terdapat “sebilangan” penceroboh Sulu juga menghilangkan diri.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menolak gencatan senjatan hari ini untuk menghentikan pertempuran yang hampir masuk sebulan dengan penceroboh.


Insiden Lahad Datu : Operasi Ketenteraan Diteruskan[bergambar]
















Kejadian tembak-menembak kembali tercetus hari ini di kawasan operasi Kg Tanduo ketika pasukan keselamatan kita meneruskan operasi menggeledah untuk mencari saki baki kumpulan penceroboh.Laman Utusan Onlinemelaporkan, kejadian berkenaan berlaku pada kira-kira jam 9.15 pagi.


Ia turut melaporkan, pasukan keselamatan turut melepaskan tembakan dari kereta perisai pada jam 8.30 pagi.Sementara itu, pesawat udara tentera juga dilaporkan berlegar di udara pada jam 7.30 pagi di kawasan operasi itu.

Kosmo pula melaporkan Pasukan keselamatan mengadakan kepungan di laut dan darat bagi mengekang kemasukan bekalan makanan dan persenjataan kepada kumpulan pengganas bersenjata di Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, pihak keselamatan turut menangkap pengganas yang cuba masuk dan keluar daripada Kampung Tanduo serta Tanjung Batu bagi mendapatkan bekalan makanan.

"Kita telah mengadakan kepungan setakat ini, jika mengikut jalan laut, kita telah mengadakan kerjasama erat dengan pasukan seperti ATM (Angkatan Tentera Malaysia dan TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia). Kita telah mengadakan kepungan di lautan dan di darat.

"Saya rasa bekalan makanan itu tidak dapat masuk, kerana banyak juga cubaan yang kita dapati yang mereka nak masuk dan nak keluar, kita berjaya menangkap mereka,” katanya ketika ditemu bual menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 yang disiar secara langsung, di sini hari ini.

Mengenai kumpulan pengganas yang dipercayai menyamar sebagai orang awam susulan tindakan ofensif pihak keselamatan kelmarin, Hamza berkata, pihaknya mengadakan kepungan di Kampung Tanjung Batu bagi memastikan tiada orang awam di situ sebelum serangan dilakukan. – BERNAMA

Dalam perkembangan berkaitan laporan Malaysian Insider menyebut pemimpin militan Agbimuddin Kiram tidak menghubungi rumah dalam masa 24 jam, kata abangnya, lelaki yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, Jamalul Kiram III, pagi ini, dikala jet pejuang Malaysia turun sekali lagi di Sabah untuk mencari pemberontak Sulu.

Siaran televisyen Filipina ABS-CBN News Channel mengatakan pagi ini, keluarga Kiram semakin bimbang berhubung keselamatan tentera mereka di Lahad Datu, dimana tentera Malaysia telah masuk melalui darat dan udara, dalam operasi untuk membentras kumpulan militan tersebut.

“Menurut Sultan Jamalul Kiram, sehingga kini, beliau masih belum mendapatkan perkembangan dari Datuk Raja Muda Kiram yang sekarang ini berada di Sabah,” kata wartawan siaran tersebut Jerome Lantin jam 8.00 pagi tadi.

“Sultan mengatakan semakin sukar untuk berhubung dengan tentera Di Raja sekarang kerana mereka terpisah-pisah.”

Wartawan itu melaporkan tentang perkembangan terbaru keluarga Kiram, yang kini menetap di Taguig City, Filipina, dan dianggarkan 40 orang tentera “Di Raja” telah gugur semenjak pertempuran pertama minggu lalu.

Sementara Mstar melaporkan Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu mengumumkan gencatan senjata segera terhadap pencerobohan di Sabah berikutan gesaan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB Ban Ki-moon bagi menamatkan keganasan di Sabah dan mengadakan dialog.

"Sultan (Jamalul Kiram III) mengumumkan gencatan senjata sebelah pihak bagi pihak Kesultanan Sulu bermula pukul 12.30 tengahari Khamis," kata jurucakap Ibrahim Idjirani, menurut ABS-CBNnews.com. Beliau berkata tindakan ini dibuat sebagai menghormati gesaan setiausaha agung PBB untuk menamatkan keganasan di sana.

Beliau berkata ini adalah "untuk membalas seruan PBB bagi memelihara nyawa."Ketua PBB juga menyatakan kebimbangan pencerobohan terhadap penduduk awam, termasuk pendatang di rantau ini.

Dalam pada itu beliau turut berharap Malaysia juga akan mengisytiharkan gencatan senjata bagi mengelakkan lebih banyak kehilangan nyawa.Kompilasi



SUMBER BERITA DI SINI




Nama-nama Allah Yang Indah


No.
Nama
Arab
Maksud
1
al-Rahman
الرحمن
 Maha Pengasih
2
al-Rahim
الرحيم
Maha Penyayang
3
al-Malik
الملك
Maha Merajai/Memerintah
4
al-Quddus
القدوس
Maha Suci
5
al-Salam
السلام
Maha Memberi Kesejahteraan
6
al-Mukmin
المؤمن
Yang Memberi Keamanan
7
al-Muhaimin
المهيمن
Maha Pemelihara
8
al-Aziz
العزيز
Maha Gagah
9
al-Jabbar
الجبار
Maha Perkasa
10
al-Mutakabbir
المتكبر
Maha Megah, Yang Memiliki Kebesaran
11
al-Khaliq
الخالق
Maha Pencipta
12
al-Barik
البارئ
Yang Melepaskan (Membuat, Membentuk, Menyeimbangkan)
13
al-Musawwir
المصور
Yang Membentuk Rupa (makhluknya)
14
al-Ghaffar
الغفار
Maha Pengampun
15
al-Qahhar
القهار
Yang Memaksa
16
al-Wahhab
الوهاب
Maha Pemberi Kurnia
17
al-Razzaq
الرزاق
Maha Pemberi Rejeki
18
al-Fattah
الفتاح
Maha Pembuka Rahmat
19
al-Alim
العليم
Maha Mengetahui (Memiliki Ilmu)
20
al-Qabid
القابض
Yang Menyempitkan (makhluknya)
21
al-Basit
الباسط
Yang Melapangkan (makhluknya)
22
al-Khafid
الخافض
Yang Merendahkan (makhluknya)
23
al-Rafik
الرافع
Yang Meninggikan (makhluknya)
24
al-Muiz
المعز
Yang Memuliakan (makhluknya)
25
al-Muzil
المذل
Yang Menghinakan (makhluknya)
26
al-Samik
السميع
Maha Mendengar
27
al-Basir
البصير
Maha Melihat
28
al-Hakam
الحكم
Maha Menetapkan
29
al-Adl
العدل
Maha Adil
30
al-Latif
اللطيف
Maha Lembut
31
al-Khabir
الخبير
Maha Mengetahui Rahasia
32
al-Halim
الحليم
Maha Penyantun
33
al-Azim
العظيم
Maha Agung
34
al-Ghafur
الغفور
Maha Pengampun
35
al-Syakur
الشكور
Maha Pembalas Budi (Menghargai)
36
al-Ali
العلى
Maha Tinggi
37
al-Kabir
الكبير
Maha Besar
38
al-Hafiz
الحفيظ
Maha Menjaga
39
al-Muqit
المقيت
Maha Pemberi Kecukupan
40
al-Hasib
الحسيب
Maha Membuat Perhitungan
41
al-Jalil
الجليل
Maha Mulia
42
al-Karim
الكريم
Maha Pemurah
43
al-Raqib
الرقيب
Maha Mengawasi
44
al-Mujib
المجيب
Maha Mengabulkan
45
al-Wasik
الواسع
Maha Luas
46
al-Hakim
الحكيم
Maka Bijaksana
47
al-Wadud
الودود
Maha Pencinta
48
al-Majid
المجيد
Maha Mulia
49
al-Bais
الباعث
Maha Membangkitkan
50
al-Syahid
الشهيد
Maha Menyaksikan
51
al-Haq
الحق
Maha Benar
52
al-Wakil
الوكيل
Maha Memelihara
53
al-Qawi
القوى
Maha Kuat
54
al-Matin
المتين
Maha Teguh
55
al-Wali
الولى
Maha Melindungi
56
al-Hamid
الحميد
Maha Terpuji
57
al Muhsi
المحصى
Maha Menghitung
58
al-Mubdik
المبدئ
Maha Memulai
59
al-Muid
المعيد
Maha Mengembalikan Kehidupan
60
al-Muhyi
المحيى
Maha Menghidupkan
61
al-Mumit
المميت
Maha Mematikan
62
al-Hai
الحي
Maha Hidup
63
al-Qayyum
القيوم
Maha Mandiri
64
al-Wajid
الواجد
Maha Penemu
65
al-Majid
الماجد
Maha Mulia
66
al-Wahid
الواحد
Maha Esa
67
al-Ahad
الاحد
Maha Esa
68
al-Samad
الصمد
Tempat Meminta
69
al-Qadir
القادر
Maha Menentukan, Maha Menyeimbangkan
70
al-Muqtadir
المقتدر
Maha Berkuasa
71
al-Muqaddim
المقدم
Maha Mendahulukan
72
al-Muakhir
المؤخر
Maha Mengakhirkan
73
al-Awwal
الأول
Maha Awal
74
al-Akhir
الأخر
Maha Akhir
75
al-Zahir
الظاهر
Maha Nyata
76
al-Batin
الباطن
Maha Ghaib
77
al-Wali
الوالي
Maha Memerintah
78
al-Mutaali
المتعالي
Maha Tinggi
79
al-Bar
البر
Maha Penderma
80
al-Tawwab
التواب
Maha Penerima Taubat
81
al-Muntaqim
المنتقم
Maha Penyiksa
82
al-Afu
العفو
Maha Pemaaf
83
al-Rauf
الرؤوف
Maha Pengasih
84
Malik al-Mulk
مالك الملك
Penguasa Kerajaan (Semesta)
85
Zu al-Jalal wa al-Ikram
ذو الجلال و الإكرام
Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan
86
al-Muqsit
المقسط
Maha Adil
87
al-Jamik
الجامع
Maha Mengumpulkan
88
al-Ghani
الغنى
Maha Berkecukupan
89
al-Mughni
المغنى
Maha Memberi Kekayaan
90
al-Manik
المانع
Maha Mencegah
91
al-Dar
الضار
Maha Memberi Derita
92
al-Nafik
النافع
Maha Memberi Manfaat
93
al-Nur
النور
Maha Bercahaya (Menerangi, Memberi Cahaya)
94
al-Hadi
الهادئ
Maha Pemberi Petunjuk
95
al-Badik
البديع
Maha Pencipta
96
al-Baqi
الباقي
Maha Kekal
97
al-Waris
الوارث
Maha Pewaris
98
al-Rasyid
الرشيد
Maha Pandai
99
al-Sabur
الصبور
Maha Sabar




JUGA DISINI