Jumaat, 19 September 2014

Andai Anda Adalah Mereka ?

Pelancong Luar : oh my god, very beautiful, amazing....bla bla bla...

Pelancong dalam : masyaallah,cantik sungguh pemandangan, tenangnya kehidupan dia orang,tak sibuk dengan trafik jem, rasa macam nak duduk lama di sini bla bla bla....

pihak berkuasa : ini orang menyusahkan,tidak tahu undang-undang, bom ikan saja kerja dia orang bla bla bla....

pegawai agama : dia orang ni tiada agama,pagan,hidup di laut saja,kawin sesama dia orang saja...bla bla bla.....

orang laut/palaut :
1. Cantik,itu pandangan mata kamu,kamu tidak tahu, hidup kami sengsara. itu semua Tuhan yang cipta....

2. kamu saja kata kami tenang,sebenarnya tidak,kami nak cari makan susah,semua laut ada orang mengaku dia punya,sejak bila Tuhan suruh bahagi laut untuk dia orang pun tak tahu, nenek moyang kami dari dulu
tak pernah disekat untuk cari makan.
nak tinggal disini? kami dah beratus tahun tinggal di sini,kamu tidak tahu bagaimana rasanya, sehari dua kamu datang memang rasa gembira

3. memang kerja kami cari ikan,dulu pakai pancing dan jaring senang dapat ikan, sekarang susah,banyak saingan. kalau tak bom macam mana anak-anak kami nak makan ?
memang kami tak tahu undang-undang, macam mana kami nak tahu,kami tak pernah diberi peluang ke sekolah kerajaan,hidup kami dianggap macam pelarian oleh orang kerajaan, tidak bernegara hanya dianggap sebagai orang asli lautan. semua hak kami sebagai manusia dipinggirkan,sedangkan kami bukan ikan....

4. orang kata kami tiada Tuhan,sedangkan kami sentiasa minta doa pada Tuhan untuk mudah cari makan, nenek moyang kami asal semuanya Islam,kerana terpinggir dan tinggal dalam perahu di lautan,terpisah dengan ilmu pengetahuan,kami jadi tidak keruan,lama-lama kami hilang pedoman,tapi doa kami tidak pernah lupakan,cuma solat puasa dan ibadat lain mungkin ada yang dah lupa cara nak kerjakan.
orang agama hanya tuduh kami bukan-bukan, sedangkan mereka tak pernah datang kepada kami untuk beri kami pedoman. ada orang luar datang ajar tapi bahasanya kami tidak ada kefahaman....

berilah kami penempatan,nescaya kami akan indahkan lagi pemandangan
agar lebih memberi ketenangan
berilah kami pelajaran, nescaya kami akan patuh undang-undang
berilah kami rawatan, nescaya kami akan lebih menjaga kesihatan
berilah kami kemudahan,nescaya kami akan ada kaedah untuk cari makan dan tidak lagi akan bom ikan
berilah kami pengiktirafan kerakyatan, nescaya kami akan cintakan kedamaian
berilah kami pedoman,nescaya kami akan jadi Islam sebagai warisan dan amalan...

[kredit gambar dari blog : Gambar Menarik di Sini dan  Di Sini ]


Khamis, 31 Julai 2014

(Satira) : Kasturi Untuk Mu Gaza

" Bersabarlah wahai penduduk Gaza,kami sentiasa dibelakang anda. 
Kerana apa? kerana kami bermazhab Syafie, Ghaza adalah tempat kelahiran Imam Mazhab kami,kami menyanjung tinggi Imam Syafie dan tempat kelahirannya walaupun kami tidak mengikut sepenuhnya nasihat dan tunjuk ajar Imam Syafie dan kami sedari, itu adalah sebahagian sifat Yahudi yang sedang memerangi kamu.
Ketahuilah bahawa kami membuat hubungan dagang dengan Israel, kapal dagang Israel berlabuh dipelabuhan kami dengan barangan bernilai jutaan dolar.
Barangan kami juga dibeli oleh Israel,kami mengambil pakar-pakar Israel sebagai penasihat perniagaan kami, bukannya kerana apa, semua keuntungan ini nanti bakal disalurkan kepada anda semua di Gaza.
Kami tidak perlu menyiasat ke mana Israel membelanjakan wang mereka hasil keuntungan berniaga dengan kami,itu bukan urusan kami.
yang kami tahu,kami perlu kumpulkan sebanyak mungkin wang dan harta, sebahagiannya untuk membantu anda juga.
Kami mengambil pakar-pakar dari Israel sebagai penasihat kami supaya kami mengetahui rahsia kekuatan dan kelemahan mereka,dan hasilnya nanti akan disalurkan kepada pejuang anda.
Bersabar dan redhalah apa yang berlaku kepada anda,jangan kamu sentiasa memikirkan harta dunia kerana ianya tidak akan membawa ke akhirat, biarkan sahaja kami yang mencari dan mengumpul kekayaan dunia itu dengan cara apa sekalipun,halal atau haram itu bukan persoalan, yang penting kami dapat berbuat kebajikan kepada anda.
Kami sentiasa menyokong anda dan Kami juga menyokong pemimpin-pemimpin kami yang meluluskan lesen perniagaan dengan Israel. Semuanya untuk anda kerana kami memikirkan tidak ada cara lain untuk membantu anda..... "
Kami mengucapkan Salam Aidil Fitri kepada anda semua, siang malam kami bergembira,berkaraoke merayakan Aidil Fitri bukannya tidak ambil kisah tentang anda,kami juga perlu bergembira sebab kami aman bahagia. Makanan yang kami sediakan sangat banyak,andai tidak kami habiskan nanti dikatakan kami kawan syaitan....
Kesedihan yang anda rasai hari ini tetap tiba jua,jadi tidak perlulah kami ikut bersedih dengan mengabaikan kegembiraan hari raya, itu hak kami, kamu tidak perlu pertikaikan,cukuplah dengan bantuan yang kami hulurkan...."
Eid Mubarak... Taqabballahu minna wa minkum....