Jumaat, 30 Mac 2012

Kesalahan Moral MELAYU : Denda RM 25,Pecat Mufti dan Imam dipenjara setahun

Kes 1 : 1 Malaysia semakin menggila, tiga gadis MELAYU "penari tiang" hanya didenda RM25 sahaja. Dengan rasa geli hati dan mungkin "gila" punya hukuman, dengan mudah duit RM100 dihulur untuk membayar denda, dan bakinya ambik kat "hakim" la???
Mereka ini mungkin memperolehi pendapatan lumayan sebagai penari tiang di kelab malam,jadi soal duit tidak menjadi masalah kepada mereka.

Kes 2 : Sebelum itu, seorang imam dipenjara SETAHUN atas kesalahan dituduh menghina mahkamah kerana membaling kasut kepada hakim akibat tidak puas hati setelah pihak berkenaan menolak "kes salah guna duit masjid" yang dilaporkan oleh imam berkenaan. Kes sebelumnya dibicarakan atas kesalah menduduki rumah milik masjid secara tidak sah setelah dipecat dari jawatan imam.
Mempunyai anak yang ramai,seorang isteri yang bekerja dengan gaji dibawah RM1000 dan imam berkenaan tidak mempunyai pendapatan tetap setelah dipecat.

Kes 3 : Sebelum dan lama dulu. Bekas Mufti Selangor, allahyarham Sahibus Samahah Ust.Ishak Baharom dipecat atau dalam bahasa yang lain,ditamatkan kontrak perkhidmatan sebagai Mufti Selangor sebelum tamat tempoh atas kesalahan " menangkap dan membicarakan gadis MELAYU ISLAM yang menyertai pertandingan ratu cantik". Kesalahan termaktub dalam undang-undang Syariah Selangor dan boleh diambil tindakan.
Kerana campurtangan politik dan komen pedas dari bekas Perdana Menteri ketika itu ke atas tindakan pihak yang melaksanakan undang-undang, akhirnya yang bersalah ialah MUFTI.

Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud " sekiranya kamu berselisih tentang sesuatu perkara, hendaklah kembali kepada Allah (rujuk al-Quran dan Sunnah) ".

Dalam ayat-ayat  lain :
1.  " sesiapa yang menghukum bukan dengan apa yang diturunkan (diperintah) oleh Allah, mereka  itu adalah orang-orang yang zalim"

2. " sesiapa yang menghukum bukan dengan apa yang diturunkan (diperintah) oleh Allah, mereka  itu adalah orang-orang yang fasiq" 

3. " sesiapa yang menghukum bukan dengan apa yang diturunkan (diperintah) oleh Allah, mereka  itu adalah orang-orang yang kafir "

Kes 1 : MELAYU kah mereka ? ya,berdasar nama mereka.
Mereka ISLAM ? mungkin YA berdasar nama mereka
Mereka BERIMAN ? sebelum ditangkap,semasa ditangkap dan semasa dibicarakan, iman mereka boleh dipertikaikan.
Mereka insaf dengan denda RM25 ? kalau akupun, aku akan ketawa pecah perut,bodo punya denda.

Kes 2 : Setahun kerana "menghina mahkamah", fakta dan pengakuan defenden jelas, beliau seorang yang tidak tahu prosedur undang-undang. bila kes nya tidak mahu didengar,ianya mendatangkan kemarahan dan tindakan luar jangka dilakukan iaitu membaling kasut.

Ketika Saidina Umar al-Khattab dilantik menjadi Khalifah, muncul seorang lelaki dengan pedang terhunus menyatakan sekiranya kamu Umar tidak melaksanakan pemerintahan mengikut hukum Allah,pedang ini akan memancung leher kamu. Khalifah membenarkan kata-kata lelaki tersebut dan tidak ada tindakan "menghina khalifah" diambil ke atas lelaki tersebut.

Moralnya : membaling kasut adalah salah,kesalahan moral perlu di denda dengan hukuman bersifat moral seperti melakukan khidmat awam,dan sememangnya iman itu setiap hari melakukan khidmat awam yang hebat,menjadi iman dan berbakti pada rumah Allah, kenapa dipenjara setahun?

"Penari tiang" melakukan kesalahan moral, dendanya hanya RM25, kenapa tidak setahun penjara? apa kejadahnya "denda bersifat moral RM25"?

Imam pakai serban merah,duduk dimasjid,buat imarah,jadi imam beribu jemaah, baling kasut, hakim marah.
Penari seksi rambut merah,mandi wajib tidak sah,dikelab malam sampai cerah, hakim tengok rasa ghairah ?

dan kesalahan moral yang ketiga iaitu peserta ratu cantik, yang kena tindakan ialah MUFTI , lagi dahsyat. Ramai pemimpin MELAYU ISLAM UMNO komen dan kondem MUFTI.

Senang cerita, sistem dan dasar pemerintahan yang sedia ada, sistem perundangan yang sedia ada, pemimpin  dan penggubal dasar dan undang-undang yang sedia ada "amar mungkar nahi makruf".

Nampak dengan jelas dan nyata,disana ada kecacatan dan kerosakan yang sangat teruk, maka semuanya perlu ditukar kepada yang lebih baik, tidak lain dan tidak bukan, kembali kepada ALLAH DAN RASUL. 

"tolong menolong kearah kebaikan dan taqwa, jangan menolong ke arah keburukan dan permusuhan"



Isnin, 19 Mac 2012

Batu Bangun Berdiri Di Tepi Laut Kuala Perlis Fenomena "Kun fa Yakun" !!!



Kejadian Batu Berdiri Di Kuala Perlis  Pada Khamis 15hb Mac 2012
Kejadian pelik ini berlaku di sepanjang persisir pantai menuju ke Kuala Perlis.. Kejadian 50 biji batu berdiri ini sesuatu fenomena yang pelik berlaku.. Hampir semua orang yang tinggal di kawasan itu tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan fenomena alam yang dikatakan sangat pelik itu...sebagai bukti kejadian pelik ini berlaku ketua polis Negeri Perlis telah meninjau dan memerhati keadaan dan ianya mengesahkan kejadian ini... Batu-batu kat persisir pantai Tok Nadoq pun kena jaga2 nanti yang tu pun bangkit berdiri jugak. dulu tikar sejadah berdiri, habis kalut semalaysia..la ni batu pulak berdiri..lagi kalut

Kalam Nurani:
Satu peringatan dari Allah supaya kembali kepada Hukum Allah. "apabila kamu bertelagah tentang sesuatu perkara,maka kembalilah kepada Allah".

Untuk menjawab fenomena ini,maka kembalilah kepada Allah, Allah boleh melakukan sesuatu dengan hanya "Kun fa Yakun".

Sendiri mau ingat apabila manusia semakin lupa kepada hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu melaksanakannya,maka Allah memberi peringatan dengan "khabar gembira dan khabar menakutkan" supaya manusia itu bersyukur dan beriman.... 

Andai batu yang tidak bernyawa boleh berubah dan berdiri,apatah lagi makhluk bernyawa dan berakal....


AMALAN PENDIDING KESELAMATAN DARI GANGGUAN SIHIR, MAKHLUK HALUS DAN SEBAGAINYA


( Ijazah Amalan Guruku : Hj.Agus Salim / Pak Agus )

1. Mengucap Kalimah Syahadah ( 1 kali dan fahami maksudnya dalam hati )

اَشْـهَـدُ اَنْ لآ اِلَهَ اِلاَّ الله  وَاَشَـهَـدُ اَنَّ مُحَمَّدً رَسُوْلُ الله

2. Istiqfar 3 kali

اَسْـتَغْـفِـرُ اللهَ الْـعَظِيْمِ مِنْ كُلِّ ذَنْبٍ وَاَتُوْبُ إِلَيْهِ

 3. Doa Nabi Yunus :3 kali          

لاَ اِلَهَ اِلاَّ اَنْتَ سُـبْحَانَكَ اِنِّـى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْنَ

4. Baca Laa haula wala quwwata....3 kali

 لاَ حَوْلَ وَلاَ قُـوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَـلِيِّ الْـعَظِيْمِ

 5. Selawat 3 kali
اللَّهُمَّ صَـلِّى عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدْ

6. Baca Surah al-Hasy: 20-24 : 3,5 atau 7 kali

20: لَوْ اَنْزَلْنَا هَذَا الْقُرْآنَ عَلَى جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خَشِعًا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللهِ     

21: وَتِلْكَ اْلأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُوْنَ

22: هُوَ اللهُ الَّذِى لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ, عَلِمُ الْغَيْبِ وَالـشَّهَدَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيْمُ

  23: هُوَ اللهُ الَّذِى لآاِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَمُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيْزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ, سُبْحَانَ اللهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ

24: هُوَ اللهُ الْخَلِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ اْلأَسْمَآءُ الْحُسْنَى, يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِى الْسَّمَوَاتِ وَاْلأَرْضِ, وَهُوَ الْعَزِيْزُ الْحَكِيْمُ

*           Selepas selesai baca ayat,niatkan apa yang dihajati dan tiup dengan lembut pada air
atau orang sakit jika untuk berubat
*           Sila rujuk al-Quran untuk memastikan tiada kesilapan tulisan dan baris pada ayat di atas


Jumaat, 16 Mac 2012

Khasiat Batu Geliga ?




Batu Delima Hijau. Dikeluarkan dari perbendaharaan Istana Jingga Alam Bunian di Gunung Jerai, Kedah dengan kaedah tertentu berserta bayaran mahar tertentu.






Batu Serai Warna Kuning berkhadam. Diambil dari pohon serai yang berbunga. Terdapat 70 biji batu serai dalam satu perdu pokok serai yang berbunga semasa ritual dilakukan untuk mengeluarkannya dan hanya dua biji sahaja yang mempunyai "keindahannya tersendiri" bagi yang mengetahui seperti dalam gambar


Batu Serai Merah Berkhadam,di ambil dari jenis perdu serai yang sama dengan batu serai kuning, hanya dua ini sahaja mempunyai "keindahan" daripada 70 biji yang dikeluarkan.





Geliga Air gred 2,warna putih dan kemerahan. Dikeluarkan dari Gunung Jerai dengan kaedah tertentu beserta mahar tertentu.
Khasiat : direndam dalam air bersih,boleh minum untuk menghilangkan dahaga



Geliga Lipan Jantan (merah) dan betina (putih jernih) pandang tembus dari Gunung Jerai.
Khasiatnya : lipan sahaja yang tahu






Apa kegunaan batu-batu tersebut? 
Hanya sekadar hiasan dan koleksi
Kalau dimakan,keras dan sakit gigi....

Apa khasiat batu-batu tersebut ?
Tiada apa-apa kelebihan pada batu-batu tersebut,menyimpannya harus, mempercayai ianya memberi khasiat tertentu harus, menyakini ianya dapat memberi kebaikan atau keburukan kepada kita adalah perbuatan Khurafat dan membawa kepada Syirik.

Kata orang,ianya boleh buat panggil duit?
Betul kalau ianya dijual dengan harga yang mahal,duit akan datang,batu itu akan pergi

Setakat ini tidak ada bukti nyata berkaitan perkara tersebut, saya pernah didatangi wakil orang yang konon mencari barang berkhasiat yang boleh panggil duit,apabila ditunjukkan koleksi barang yang saya miliki, berbagai jawapan dan alasan,konon "guru sedang berkhalwat", "guru sedang puasa", "guru pulang ke negeri asal sudah".
sehingga hari ini tidak ada yang berani datang lagi.

Kata orang lagi, kalau direndam dalam air,ianya akan jadi penawar kepada penyakit?
Ya betul, sifat air menyejukkan badan,menghilang panas dan dahaga,bila kekurangan air,badan akan mudah terdedah kepada penyakit,sebab itu Allah cipta 70% dalam badan kita mengandungi air, 70% bumi ini ialah air.
Batu-batu itu? tidak memberi kesembuhan kepada sesiapapun, Allah yang menyembuhkan setiap penyakit.

Kata orang lagi........?
Biarlah orang nak kata apa pun, yang penting akidah kena jaga,jangan sampai terbatal iman,jangan sampai khurafat,jangan sampai syirik kepada Allah

Sabtu, 10 Mac 2012

Batal MAS-AirAsia: Lagi bukti transformasi Najib gagal



KUALA LUMPUR, 10 Mac:
 Cadangan menghentikan penggabungan MAS-Air Asia adalah satu lagi bukti kegagalan program transformasi ekonomi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, seperti Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA), penggabungan MAS-Air Asia gagal kerana Najib tidak mengambilkira hasrat dan kemahuan rakyat, iaitu pemegang-pemegang saham dan pengguna.

"Cadangan pembatalan penggabungan MAS-Air Asia itu sekali lagi dengan jelas membuktikan bahawa Najibnomics hakikatnya adalah Najibcomic.

"Apa yang dimegahkan sebagai Najibnomic oleh pembodek-pembodek Perdana Menteri itu hakikatnya adalah polisi-polisi ekonomi separuh masak, flip flop dan tidak ada pemikiran yang jelas sebelum dilaksanakan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz juga menyifatkan apa yang berlaku itu adalah simptom orang yang tidak tahu pengurusan dan kepimpinan yang diangkat oleh Umno untuk menjadi Perdana Menteri.

"Orang yang tidak tahu pengurusan dan kepimpinan tidak layak jadi Perdana Menteri.

"Setakat jadi promoter artis, peragawati atau model mungkin boleh...," kata beliau.

Mahfuz mempersoalkan, apa pelabur asing akan kata dengan "tindakan u-turn itu".

"Selepas tindakan u-turn dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Felda, SBPA, kini u-turn dalam penggabungan MAS-Air Asia pula?" katanya.

Mahfuz menyifatkan semua itu berlaku akibat tidak ada pemikiran yang jelas di pihak Perdana Menteri sendiri dalam apa jua inisiatifnya, sama politik, ekonomi dan sosial.

Perdana Menteri juga, kata beliau, selalu benar dilihat tidak mengambilkira sokongan orang bawahan terhadap sesuatu inisiatifnya.

Malaysian Insider melaporkan, Putrajaya sedang menimbangkan pembatalan penggabungan MAS-Air Asia kerana gagal menunjukkan sebarang pembaikan.

Penggabungan itu juga gagal menaikkan moral 20,000 kakitangan MAS malah mereka dilaporkan diam-diam menentang penggabungan itu dan tidak memberikan sebarang sokongan ke arah itu.

Syarikat penerbangan nasional itu mengalami kerugian RM2.52 bilion dalam tahun 2011.

dipetik terus dari Harakahdaily,10 Mac 2012

Jumaat, 9 Mac 2012

Katanya Guru dibenarkan berpolitik.. jadi apa tujuan surat ini?


Surat yang telah ditandatangani oleh Pegawai Pelajaran Daerah Tawau ini telah diedarkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Tawau kepada semua Pengetua Sekolah Menengah Daerah Tawau.

Surat ini diedarkan dengan tujuan untuk menyenaraikan kakitangan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dengan tiga kategori iaitu ‘Putih’, ‘Kelabu’ dan juga ‘Hitam’.
Dimana ‘Putih’ bagi kakitangan yang akur akan dasar-dasar kerajaan, kritis terhadap dasar kerajaan secara positif dan membina serta bersyukur akan kelebihan yang diberikan kepada kakitangan kerajaan.

Dan bagi warna ‘Kelabu’ pula ianya untuk kakitangan yang mula mengkritik secara negative dan terbuka akan dasar-dasar kerajaan serta mula berjinak-jinak dengan parti pembangkang.

Manakala ‘Hitam’ pula mewakili kakitangan yang merupakan ahli berdaftar dan memegang jawatan dalam parti pembangkang, bergiat cergas dalam aktiviti berkempen menentang kerajaan dan cuba mempengaruhi rakan sejawat yang lain supaya turut serta dalam sebarang aktiviti untuk membenci kerajaan.

Oleh kerana maklumat yang dikumpulkan ini boleh menjejaskan pihak-pihak yang terbabit Pegawai Pelajaran Daerah Tawau telah meminta agar ianya diisi sendiri oleh Pengetua semua Sekolah Menengah Daerah Tawau agar kerahsiaannya adalah terkawal dibawah Akta Rahsia Rasmi Kerajaan..

Sila klik pada image untuk paparan lebih jelas..



Apa perlunya tindakan ini? Adakah ianya diperlukan untuk memberikan ugutan dan tekanan kepada para kakitangan Pejabat Pelajaran termasuk Guru-guru agar menyokong kerajaan atau menghadapi tindakan?

Bukankah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah mengumumkan bermula 1 Ogos 2010 , pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik?

Bagi tujuan itu, beliau berkata pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Di bawah peraturan baru ini, pegawai pendidikan, selain pengetua atau guru besar di institusi pendidikan dan pegawai yang memegang apa-apa jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan, perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu –Malaysiakini

Jika di Semenanjung para Guru-guru diugut untuk ditukarkan kependalaman jika menyokong pembangkang, kemana pula guru-guru di Sabah itu akan ditukarkan?

Tidakkah pihak yang mengeluarkan pekeliling tersebut sedar bahawa gaji mereka dibayar oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira ideology politik melalui cukai pendapatan, bukannya dibayar oleh Barisan Nasional?

Kalau macam ni… apa guna Malaysia mengamalkan system demokrasi??