Sabtu, 31 Disember 2011

cucukwantung: Mengangkat Do”a Khutbah Jumaat

cucukwantung: Mengangkat Do”a Khutbah Jumaat: Perlu diketahui bahwa do’a tidak selamanya mengangkat tangan. Beberapa kondisi ada contoh bagi kita untuk mengangkat tangan, bahkan ini hu...

Selasa, 13 Disember 2011

Tahniah Tuanku Sultan Kedah

lama tak tulis blog atas sebab kesihatan kurang memuaskan dan bercuti di kampung, banyak perkara yang ketinggalan.Apapun ucapan Tahniah ke atas Duli Tuanku Sultan Kedah,Tuanku Abdul Halim Ibni Almarhum Sultan Badlishah atas perlantikan sebagai Yang Di Pertuan Agong untuk kali kedua. Semoga semua rakyat jelata aman makmur dibawah naungan Tuanku, Allahu Akbar...

Khamis, 24 November 2011

PAS tak perlu respon

TPM kata di Kota Bharu " lebih indah jika UMNO dan Pas jadi satu pasukan".
Modal lama yang belum dapat hasil lumayan. Pemuda PAS dan PAS sendiri tak perlu layan, duduk diam-diam, jangan komen apa-apa pasal benda ni. Kalau bagi respon nampak sangat yang bodohnya ialah PAS.

Jangan terlalu kemaruk dengan mikrofon media, ada yang gatal mulut pi layan benda yang tak perlu, macam kerja budak-budak mengejek, kalau dilayan makin menjadi ejekannya.


Rabu, 16 November 2011

Mengapa Rasulullah melarang minum sambil berdiri?


Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum 
sambil berdiri”. Dari segi kesihatan. Air yang 
masuk dengan cara duduk akan disaring oleh 
sfinger. Sfinger adalah suatu struktur muskuler
(berotot) yang boleh membuka (sehingga air 
kencing boleh keluar) dan menutup.
 Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada
‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal. Jika
kita minum sambil berdiri. Air yang kita 
minum otomatik masuk tanpa disaring lagi. 
 
Terus menuju kandungan air kencing. Ketika menuju kandungan air kencing itu
 terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa 
yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.

Benar, penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.
Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit 
demi sedikit tersumbat tadi.

Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil 
berdiri". Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan.
 Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk."

Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan
pada dinding usus dengan perlahan dan lambat. Adapun minum sambil berdiri, maka
 ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya 
dengan keras. 
 
Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar 
dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan. 
Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada 
sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia 
pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan.

Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat
saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada 
tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna. 
 
Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot
secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan
yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum.

Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada 
dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan
sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.
Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada
refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang 
banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus. 
 
Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak 
berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan 
bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak.

Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan 
dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut. Para doktor melihat bahawa 
luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran 
makanan atau minuman yang masuk.

Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot 
pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan 
kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi 
pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan minum.

Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging 
yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk 
seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian 
itu lalu berkata: "Lihatlah orang itu duduk seperti budak." 
 
Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: "Saya seorang hamba, maka duduk seperti 
duduk budak dan makan seperti makan budak." Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan 
wanita itu untuk makan. 
 
Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh 
Rasulullah sebagaimana sabdanya, "Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan
(HR Bukhari).




Selasa, 15 November 2011

Apa beza Isu Kepala Babi dengan Video Seks Dalam Masjid

SATU KETIKA ITU
Suatu ketika dulu sekitar 90an timbul beberapa insiden penemuan kepala babi diletak dalam masjid di beberapa negeri. Salah satu kes tersebut berlaku di Kedah pada tahun 1997 di mana kepala babi di letak ditengah-tengah kubah di dalam dua buah masjid daerah Kota Setar,dijumpai oleh jemaah ketika hendak menunaikan solat subuh.
Riuh rendah,gempar gempita dibuatnya dengan kepala babi tersebut. Maka dalam situasi yang  tegang sebegitu,muncul satu Perguruan Silat yang popular di Utara Tanah Air dengan sepantas kilat berjaya mengumpul ahli tanpa diarah serta mengatur strategi menyerang dan membakar tokong cina untuk bertindak balas atas perbuatan kurang ajar tersebut. Amaran telah diberi kepada Ketua Polis Daerah supaya segera menangkap pihak yang terlibat sebelum zohor, jika tidak pihak "kami" akan bertindak balas.
Mungkin Allah tidak izinkan berlaku ketengangan kaum, lebih kurang jam 11.30pagi pihak polis telah berjaya menahan pihak yang melakukan kerja bodoh tersebut melalui maklumat yang diberi oleh seorang peniaga daging babi.
Hasilnya, dua orang lelaki Melayu Jawa Islam ditangkap,hasil siasatan mendapati kedua lelaki tersebut adalah pengikut kumpulan ajaran sesat yang memerlukan kepala babi untuk dapatkan ilmu kebal....
Kepanasan dan semangat jihad menjadi reda semula.

KINI
Pada suatu ketika pada masa kini, versi kepala babi diganti dengan video lucah yang sama hukum haramnya. Ketika isu panas melibatkan kaum kerana kebimbangan survival politik terancam, terdapat pihak yang tidak menghiraukan hukum Allah, tanpa rasa ragu,tanpa takut,tanpa rasa bersalah, kepingan-kepingan video lucah sengaja ditabur dihambur,diletak dalam surah Yassin merata masjid.

Apa tujuan laknatullah ini buat kerja hina sebegitu? apakah dengan berbuat demikian umat Islam akan beranggapan orang bukan Islam yang melakukannya?

Tidakkan mereka sedar,dalam situasi politik terkini, bukan Islam tidak akan bertindak secara membabi buta,tidak akan bertindak secara terbuka seperti mana PERKASA. Bodoh lah kalau mereka melakukan perkara sedemikian.

Secara sedar atau pun tidak,dengan mudah orang boleh meneka tanpa syak pihak yang melakukannya. Pastinya Parti lawan kepada PR, tidak lain dan tidak bukan UMNO dan sekutunya, jika perkara ini benar, amat malang lah Melayu Islam UMNO PERKASA, malang di dunia dan malang juga di akhirat, hanya yang berperangai YAHUDI sahaja yang akan melakukan perkara terkutuk sebegitu. Tidak mungkin sekutu PR akan melakukan kerja bodoh dan hina macam tu.

Kegagalan MELAYU ISLAM menilai iman melalui amal, gagal amar makruf nahi mungkar tidak seperti garangnya ketika melaung suara jihad, buruknya melaungkan mungkar 'takebeer" menghina seruan membesarkan Allah TAKBIR. Semua perkara tersebut melibatkan persoalan akidah.

Jika dinilai dari aspek akidah,golongan sebegitu telah terkeluar dari akidah ahli sunnah wal jamaah, ertinya KUFUR atau dalam bahasa yang mudah KAFIR, tak perlu pergi gereja untuk kafir.

Isu kepala babi sebab menyeleweng dan salah faham tentang agama, isu vcd lucah dengan sengaja mempermain hukum agama dan masjid sebagai lambang syiar Islam. Ditakdirkan mereka itu mati tidak sempat bertaubat,nescaya mereka mati dalam kekufuran... wallahua'lam...


Selasa, 8 November 2011

Kopi Haram vs Wiski Halal

Kalau dah namanya arak "al-khamar" hukum pokoknya tetap haram sampai bila-bila biarpun dicipta supaya tidak memabukkan.


Kopi sekalipun asalnya halal,tetapi kalau peminumnya kata "stout" waktu order atau waktu minum akan jadi haram, inikan pula wiski.


Fitnah dajjal akhir zaman tak pandai habis terkena kepada umat Islam. Kejangkalan ilmu agama dikalangan umat Isam hari ini menyebabkan mereka dengan mudah menerima sesuatu fitnah itu sebagai indah sepertinya mana indahnya syurga yang tawarkan oleh dajjal di sebelah tangan kirinya dan buruknya neraka di sebelah tangan kanannya.....

Selasa, 1 November 2011

KELAB JUDI HALAL?


Kemarin lebih kurang  jam 11 pagi aku lepak-lepak kedai minum kopi o dengan member aku, budak PGA (Pasukan Gerakan Am ). lebih kurang 10 minit lepas tu datang seorang Sarjan PGA dengan member dia Koperal Trafik, masih dengan pakaian seragam,baru habis shif,time rehat. setelah bersalam dengan aku dan member aku ,dia orang duduk sebelah meja kami.  Seminit dua selepas duduk dan order minuman,keluar  “mesin jackport” panas juga ceritanya,asyik miss saja satu dua nombor,main dah berpuluh kali,duit dah habis berpuluh ratus, penuh bersemangat bercerita  tanpa rasa malu dan berdosa lansung.
Minuman sampai, dia orang minum seteguk,lepas tu sarjan tu pusing kepada member aku, “jom joint sekali, kelab kami ni halal, ada lessen” dengan penuh bangga.
Member aku senyum saja menolak, sambil menyindir “tak apa,kelab tu untuk orang kaya saja, untuk datuk-datuk, aku ni mana layak”. kena sebijik,tapi jenis muka tak tau dosa,dia buat selamba saja.
Member aku ni dulu-dulu pun jenis main belajar matematik bab rumusan  ditepi kedai juga, dia ni kalau nak kaya cara tak halal memang dah lama, dulu waktu kami kerap masuk hutan,selalu terjumpa tokey besar curi balak dalam hutan, bila dah jumpa kami dia orang pun ayat la: “ bos,kita kira la berapa lu mau,perkara kecil saja...” tapi dia tak pernah ambil satu sen pun. waktu tu kami masuk hutan memburu pakai M16 dengan MP5 sekali uniform PGA termasuk aku juga la. Alhamdulillah,sejak joint group aku dia dah berubah.....
Member aku  ni antara polis yang paling lama berkhidmat dikalangan polis-polis yang ada dalam daerah aku bertugas la ni. Tapi baru pegang Koperal tiga empat tahun yang lepas saja, time temuduga naik pangkat,ada saja orang main cantas, bos sendiri pula tu yang tolong cantas sebab tak joint kelab dia orang kot,kelab judi dan mabuk. Sarjan tadi tu muda lagi dah pegang Sarjan. Tapi Allah Maha Kaya, member aku ni lulus PTK dua kali,dapat la lonjakan gaji lebih dari Sarjan.
Inilah hasil didikan Kerajaan UMNO yang ada hari ini,ramai dikalangan anggota polis main judi dengan anggapan dan iktikad “judi halal”. Tiada halangan,tindakan dari ketua jabatan,kenapa? Bos sendiri pun main juga,kalau ada anggota yang kaki sembahyang dan kaki surau,macam-macam tekanan dia orang bagi.
Menghalalkan yang haram hasil didikan Kerajaan UMNO, ertinya menentang hukum Allah, tak payah pi gereja pun,benda macam ni dah boleh terkeluar dari akidah Islam.
Patutla Mufti  al-Azhar Mesir melarang berkahwin dengan penyokong parti pemerintah yang digulingkan pimpinan Husni Mubarak,mereka melakukan kezaliman, melakukan kemungkaran, menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Bila keadaan ini terjadi, sekali dengan penyokong yang mengundi terlibat sama,terkeluar dari akidah Islam.....

Isnin, 31 Oktober 2011

PEMUDA PAS;KENAPA PERLU CEPAT MELATAH

Dr.Asri Zainal Abidin menegur sikap Pemuda PAS jangan tiru Taliban, tetapi teguran tersebut tidak diambil dan diterima secara positif malah dengan respon melenting dan melatah tanpa berfikir panjang terus mengeluar kenyataan menyelar teguran Dr.Asri, "kami bukan Taliban". Menafikan sesuatu yang tidak disentuh, menunjukkan sikap gopoh dan rasa hebat, sedangkan yang ditegur "jangan meniru". Suatu petikan ayat yang amat berbeza.

Dalam situasi "bermimpi" untuk memenangi PRU 13,dalam isu yang semakin banyak dicipta untuk merubah situasi sokongan kepada PR, dalam isu Hudud yang diulang tayang, dalam isu murtad, isu kedaulatan Raja-raja dan berbagai isu lagi, Pemuda PAS sebagai sebuah sayap parti yang penting seharusnya bersikap lebih matang dalam menerima teguran dari golongan non partisme terutamanya mereka yang mempunyai kepakaran,keilmuan dan disegani ramai masyrakat, menerima teguran tidak salah, malah tidak akan melemahkan sokongan terhadap PAS.
Apabila mengambil sikap melenting terhadap teguran yang baik,bukan kutukan, kemungkinan golongan akademik yang meluat dengan kerajaan hari ini juga akan mengambil sikap yang sama dengan PAS. Bagi mereka mungkin tidak ada apa-apa keuntungan ilmiah dari perjuangan PAS khususnya sayap Pemudanya yang tidak panjang akal.
Malah dengan mengambil sikap melenting juga dilihat bahawa PAS bersikap sombong dan bongkak,tidak mahu menerima teguran dari orang lain, orang lain semua salah, kami sahaja yang betul.

Pemuda PAS perlu lebih matang dan menyambut baik sebarang teguran dari pihak luar yang tidak berparti dan sikap ini pastinya akan menampakkan kematangan Pemuda PAS yang menjadi sayap utama parti.
Setidaknya,sambutlah teguran dengan hati yang terbuka dan lemah lembut,bukan dengan kekerasan dan terus menghentam pihak yang menegur, namun sebaliknya pula akan berlaku sekiranya Dr.Asri memuji Pemuda PAS ianya akan disanjung dan dijulang segenap penjuru.

Kepimpinan Pemuda PAS perlu berubah kepada pemikiran yang lebih matang,jangan terikut-ikut dengan gaya kepimpinan PERKASA, Pemuda UMNO yang tidak matang dalam menerajui saf Pemuda.....

Jumaat, 28 Oktober 2011

Kelebihan Berzikir dalam sudut Sains

ZIKIR MENCERDASKAN OTAK
Nukilan Muhammad Arif Haris bin Mohd Suhaimi
Otak sebenarnya ialah satu himpunan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi secara sempurna.
Ketika otak berfungsi, berlaku perubahan kimia di dalamnya yang melibatkan pergerakan ion-ion atau atom-atom yang membawa cas. Setiap hari empat belas juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan enam belas juta saraf tubuh yang lain.
Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Ukuran isyarat otak yang terhasil daripada aktiviti elektrik yang dikenali sebagai elektro-ensefalogram (EEG).
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah S.W.T, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.
Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.
Otak mula memahami perkara baru, melihat daripada perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir otak tidak sebegini. Otak yang segar dan cerdas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalahScientific American, keluaran Disember 1993. Kajian dilakukan di University of Washington dengan menggunakan ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang kali, aktiviti saraf otak merebak ke kawasan-kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.
Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Jika ia mengaitkan tentang kecerdasan otak, maka betullah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Orang yang berzikir kepada Allah S.W.T ditengah-tengah orang yang lalai ibarat sebuah pepohonan yang hijau ditengah-tengah pepohonan yang kering.”
Oleh itu , saudara-saudaraku seislam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini sudah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
Jadi tunggu apa lagi, jom zikir!
Posted @ www.isuhangat.net.

Rabu, 26 Oktober 2011

PERKASA OOOO PERKASA

Presiden Ibrahim Ali : "kita bukan pengecut,tapi ada strategi tersendiri dan perang saraf..." kencing la selagi boleh kencing,kalau tak kencing ko tidur pula nanti...

Naib Presiden baru : Zul Kulim ; " hudud benarkan suami liwat isteri ".jahil murakkab; sudah la jahil malah menyesatkan orang lain pula...

Orang kuat : Bekas Ketua Polis Negara Rahim Noor ; " agama baru human right ". siapa tak kenal polis Malaysia...

lain-lain ahli :

Datuk Eskay tokey kedai video
Datuk Zainuddin Maidin tokey surat khabar lama
.......
Indah nama macam ayam serama, cantik berkokok macam raja dirimba,dengar suara macam guruh gempita, sekali tengok, alahai la la la la  tahi penuh berjela

amat sesuai sangat la lantik Zul Kulim naib presiden Perkasa, sama-sama muka tak tau malu, cakap main belasah saja tak berlapik walaupun soal agama...

Sabtu, 22 Oktober 2011

HIMPUN....!!! apa di sebalik niat

HIMPUN SATU JUTA UMAT..?
Ahli UMNO lebih satu juta, ke mana menghilang,berapa kerat pemimpin UMNO yang hadir?
Ke mana Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom yang begitu gah mewarwakan HIMPUN sebelum PAS menyatakan pendirian tidak akan hadir?
Di mana Khairi Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO ?
PERKASA, Ibrahim Ali bawa berapa kerat saja orang-orang PERKASA,mana yang lain, hebatnya kokokan PERKASA tentang JIHAD, tetapi HIMPUN ?Kenapa tak bawa sama Dr.Mahadhir penasihat PERKASA, mana dia Rahim Noor bekas Ketua Polis Negara,juga orang kuat PERKASA, mana Ali Rustam ? dan tentera JIHAD yang lain....

PEKIDA ?Ayah Awie tak hadir sama ka? bawa sekali la kaki semua pukul PEKIDA,baru puak-puak kristian kecut teloq tengok.

Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W menjelaskan bahawa 'setiap sesutu pekerjaan itu dimulakan dengan niat". Mentafsir pengertia hadis terhadap HIMPUN, terang lagi bersuluh,sejak ianya di war-warkan untuk di adakan,ianya telah memasuki gerbang "niat" yang terselindung disebaliknya. 

Pihak kerajaan  melalui ayam katik yang hanya tahu berkokok terus menerus menyerang pihak PR terutamanya PAS dalam isu MURTAD ini. Maka secara jelas dan nyata "niat" sebenar perhimpunan ini hanyalah untuk mencari peluang menyerang pihak lawan,bukannya 100% ingin mempertahankan akidah Islam yang sebenar.

Tetiba tanpa ribut taufan Menteri Agama Jamil Khir bersuara menyokong,tetapi ke mana beliau semasa HIMPUN?
Zul Kulim berkokok merata cerok,aku lah hero,aku lah juara,aku lah tentera Jihad mempertahan akidah, disamping "aku", terus menerus menyerang PAS dan PR dan dalam masa yang sama mempamirkan kebodohan yang amat nyata,gagal diselamatkan lagi apabila menyatakan HUDUD PAS membenarkan isteri di liwat. Watak Jahil Murakkab yang akan menjadi bahan ketawa pedari-paderi gereja. Orang sebegini memang tak tahu malu dalam sesuatu tanpa berfikir.
"aku" akan berucap pada perhimpunan itu nanti..... mencari nama tidak bertempat seolah watak Abdullah bin Ubai,tokoh munafik terkenal dalam sejarah Islam, wallahua'lam...

Atas kebimbangan kurang mendapat sambutan,baru lah pihak penganjur yang asal mengeluarkan kenyataan media bahawa penganjuran HIMPUN tidak ada kaitan dengan mana-mana politik dan Zul Kulim bukan orang yang akan berucap pada perhimpunan tersebut.
Terus bodoh tolol Zul Kulim dengar kenyataan media ni.Tapi orang macam dia mana tahu malu,esok lusa dia akan berkokok macam biasa mencari modal niaga PRU 13.

Berbalik kepada isu "niat", perkara yang kulitnya nampak baik,tetapi mempunyai niat yang tidak baik, Allah jua Maha Mengetahui, dan pastinya akan ada sahaja perkara yang dirancang tidak menjadi atau terjadi sebaliknya....

Apa Selepas ini ?

Persoalan Pertama ;
Dalam isu murtad, ianya telah jelas dan nyata termasuk dalam kesalahan jenayah Islam atau nama lain HUDUD. 
Tindakan pertama Saidina Abu Bakar selepas dilantik menjadi Khalifah ialah memerangi golongan murtad, golongan yang enggan membayar zakat dan nabi palsu.

Golongan pertama ialah murtad. Melalui tindakan Saidina Abu Bakar dengan dipersetujui oleh para sahabat, golongan murtad diperangi. diperangi membawa maksud diserang dan dibunuh. Sebelum diperangi, Saidina Abu Bakar mengirim surat meminta mereka yang murtad kembali kepada Islam. Maka jelas dalam hal ini, menjatuhkan hukuman ke atas orang murtad adalah kesalah HUDUD.
Persoalannya adakah HIMPUN bersuara dilaksanakan HUDUD ke atas orang Murtad? Kalau tiada bermakna ianya perbuatan lagha / sia-sia. maka sewajarnya perhimpunan ini tidak mendapat sambutan.

Persoalan kedua ialah
Pihak yang menganjur HIMPUN mendapat sokongan MUFTI,Jabatan Agama,Majlis Agama, Menteri Agama, NGO Islam, boleh dikatakan semua pihak yang menyokong HIMPUN mempunnyai kuasa dan pengaruh yang kuar dalam Kerajaan yang memerintah terutamanya Menteri Agama, Mufti dan Jabatan Agama, apa yang dia orang buat selama ini? sehingga isu murtad menjadi isu yang besar. Pekak dan buta kah mereka semua ini. Allah dah sebut dalam al-quran,jangan jadi macam golongan yang " mereka mempunyai mata tetapi tidak melihat, mempunyai telinga tetapi tidak mendengar..."
Gejala murtad ini telah lama berlaku,kenapa baru hari ini timbul kesedaran untuk berhimpun? di Selangor ? selepas tindakan JAIS,selepas isu titah Sultan dipertikai?
Nyata dan jelas tindakan HIMPUN ini mempunyai agenda tersirat yang tidak berapa ikhlas, bukan 100% nak pertahan akidah Islam sangat.
maka sepatutnya lah ianya tidak mendapat sambutan.

Persoalan Ketiga;

Apakah akidah Islam dalam aktiviti memurtadkan orang Islam boleh dipertahan dan dihentikan dengan hanya mengadakan perhimpunan?
Tidakkah kita memikirkan bahawa pihak sebaliknya juga mempunyai hak menuntuk kebebasan beragama kepada mereka,tidak kah terfikir bahawa mereka juga berhak untuk mengadakan perhimpunan serupa?
Andai hak mereka disekat,tidak kah ianya akan menampakkan bahawa Islam itu amat buruk, menindas agama lain,zalim dan sebagainya? Sedangkan dalam masyarakat majmuk Negara Islam Madinah, Nabi S.A.W memberi hak yang sama kepada pengganut agama lain.
Zul Kulim pasti akan mempertikaikan bahawa HIMPUN itu tidak ikut Islam sebenar ???? kalau HUDUD pun dia pertikaikan,tak kan benda tak betul dalam HIMPUN dia tak boleh pertikai?

Tidakkah Menteri Nikah Kawin dan Tok Mufti Raja terfikir bahawa ada jalan lain untuk mempertahan dan memperkasa kan akidah Islam? bukan dengan menjadi ahli perkasa...
Memperkasa akidah bermula dengan pendidikan agama, kenapa pembelajaran agama tidak diambil berat oleh pemerintah, sukatan pelajaran sekolah aliran agama secara sistem pondok telah membuktikan bahawa ianya amat berkesan untuk mempertahan akidah umat Islam.
Namun apa yang terjadi kepada SAR ? Menteri Nikah Kawin dan Tok Mufti pekak buta dan bisu ka?

malas dah aku nak tulis, tulis banyak-banyak pun yang pekak bisu  buta bukan nak berubah juga.
Selagi nama dia UMNO, akidah Islam sentiasa tergugat. perjuangan menegah Islam akan dinafikan dan ditekan dengan berbagai cara, Sejarah telah lama mencatat, malah telah menumpahkan darah syuhada di bumi Memali, kalau bangsa seagama sendiri di bunuh, masakan UMNO boleh di harap nak jaga akidah Islam ?....

Khamis, 20 Oktober 2011

Todak Menyerang Prof Aziz Bari....

Episod  Singapura di langgar todak versi baru telah muncul semula dengan tajuk dan lokasi peristiwa yang baru.
Sejarah telah melakarkan suatu sindiran yang  amat sinis beratus tahun yang lampau dan ianya berulang dan berulang kembali dalam versi yang lain tetapi atas plot yang sama.

Hanya kerana akal "budak" mengkritik "kebodohan" raja memerintah rakyat menahan betis ketika todak menyerang dan kebodohan, ketololan dan dunggunya pegawai raja atas nama titah raja, tanpa menilai titah itu cerdik atau bodoh maka dikerah seluruh rakyat marhain menahan betis bagi menghalang todak yang sedang menyerang pantai, barang sesiapa yang tidak mengikut titah raja maka ia akan dihukum bunuh....

Bodohnya beberapa spesis bangsa Melayu yang bertaraf pemimpin atas nama "menjilat pungkoq" sanggup menafikan buah fikiran ilmiah yang berlandaskan fakta dan undang-undang yang telah sedia termaktub, dengan kesombongan dan kebodohan yang terlampau,dicanang seluruh pelusuk tanah bahawa "akal budak" tadi telah mencemar nama baik raja dan "kurang ajar" terhadap raja, raja adalah betul semuanya,tidak boleh disanggah.

Bodohnya mereka-mereka ini dan butanya mereka yang kononnya kami lah pejuang bangsa Melayu TULEN dan kami pembela Sultan Melayu tentang "wa'ad" bangsa Melayu antara Demang Lebar Daun dan Merah Silu yang berlaku di Bukit Siguntang "raja adil raja disembah. raja zalim raja disanggah"...

Kalau versi lama hanya kerana akal budak yang cerdik,memberi pandangan kepada Sultan supaya menahan batang pisang mengganti betis hamba rakyat sendiri,setelah batang pisang diletak di pantai,maka guruh gempita todak tiada lagi,namun takdir tidak menyebelahi "budak", todak melompat dan terkena tengkolok Sultan, merah padam muka baginda Sultan kemarahan, atas nama peluang, atas nama penjilat, atas nama gah membodek Sultan,maka dicadang pembesar kepada Sultan supaya murka kepada "akal budak", kerana dia lah todak menyerang Sultan. Hilang segala "kecerdikan" maka dik kerana termakan hasutan atas kepentingan, maka di titah "tamatkan riwayat" budak kecil tak sedar dik untung,hidup melarat atas ehsan kerajaan....

Amat malang sekali apabila pakar akademik di "hukum bunuh" keilmuannya hanya kerana mengkritik titah Sultan, sedangkan kritikan atas fakta kebenaran,. Sejarah kegelapan umat MELAYU akan berterusan selepas semua karya ilmiah termasuk Kitab Sejarah Bangsa Melayu Sendiri "Tuhfat Al-Nafis" dibuang, dibakar diangkut keluar oleh penjajah yang diakui tidak pernah "dijajah" oleh pejuang kemerdekaan !!!
Gagalnya MELAYU memahami MELAYU apabila sejarah bangsanya sendiri Tuhfat al-Nafis ditulis semula oleh bangsa Inggeris.

dan Kini epidod kegelapan diulang cetak kembali. Mengenakan tindakan terhadap ilmuan MELAYU ISLAM, oleh orang yang mengaku MELAYU tetapi berotakkan YAHUDI telah membuang nilai-nilai ilmiah dengan menyulam bibit-bibit dendam kesumat yang tiada asas untuk berdendam, hanya kerana bercanggah pendapat,maka "akal dan kebijaksanaan" dihukum "bunuh".

Inilah bahannya apabila al-Quran bukan lagi dijadikan sumber hukum utama; " apabila kamu bercanggah pendapat tentang sesuatu perkara, maka kembali lah kepada Allah".
Sesiapa yang kembali kepada Allah maka dia akan selamat.
Namun orang yang mengambil akal dan nafsu sebagai jalan penyelesaian,maka dia telah memasukkan dirinya dalam pengaruh syaitan....wallahu a'lam...





Isnin, 17 Oktober 2011

PM Najib Main Sorok Menyorok la pula


"Peraturan Mesyuarat 20 (1), Dewan Rakyat, Speaker dan ahli mesyuarat mesti dibekalkan dengan Laporan Ketua Audit Negara, sedangkan perbahasan Belanjawan 2012 telah memasuki minggu kedua."

Rupanya-rupanya PM Najib seorang suami yang manja dan penyayang, sejak usia semakin diratah liang lahad,sifat penyayang dan manja semakin ditunjukkan kepada isteri tercinta.

PM Najib diberitakan sentiasa main sorok-sorok dengan bikmama, main sorok-sorok barang kemas dalam rumah, main sorok di lapangan terbang dengan kastam, main sorok monggolia,main sorok bawah kapal selam dan berita yang terkini sejak dua minggu selepas pembentangan bajet 2012, PM Najib masih asyik bermain sorok menyorok mungkin bersama bikmama tercinta di Kementerian Kewangan sehingga diberitakan bikmama sedang menyorok dalam bilik juru audit negara, akibatnya satu laporan audit yang sepatutnya dibentangkan bersama pembentangan bajet 2012 tidak dapat dibentangkan  walaupun setelah dua minggu parlimen bersidang dilaporkan ghaib...kah kah kah teloq ketua audit negara tak ghaib juga ka....

al-kisah diceriterakan bahawa,ketua audit negara sehingga kini masih tercari-cari ke mana menghilangnya fail laporan audit tersebut,terfikir juga di kepala hotak dia laporan tersebut mungkin terikut bersama dalam beg menteri yang bertanggungjawab ke atas laporan audit yang kini diberitakan berada di luar negara.

Timbul juga desas desus bahawa laporan tersebut kini sedang disunting dan diedit sehabis mungkin diluar negara bagi mengubah laporan asal berkaitan kehebatan pentadbiran kewangan negeri-negeri tidak bersekedudukan.

Buat la macam harta mak bapak hangpa puak-puak UMNO BN  oooi, dunia milik hangpa,mati esok jadi tanah saja kot dalam akidah UMNO....
Oleh kerana sistem politik Malaysia masih amal sistem pilihanraya walaupun tidak telus, maka tunggu la PRU 13 untuk ubah semua kepincangan,rasauh,penyelewengan dan semua benda mungkar yang diamalkan oleh pemerintah sekarang ini.
Setiap undi oleh setiap orang Islam adalah amar makruf nahi mungkar, kalau mengundi sokong kemungkaran, tunggu la saham neraka....



Sabtu, 15 Oktober 2011

Fakta Sejarah Yang Dilenyapkan Oleh Barat


Sejarah Yang Digelapkan : Islam Di Benua Amerika

http://pemudacheh.blogspot.com
Sejarah mereka telah digelapkan

Jika
 anda melawat Washington DC, pergilah ke Perpustakaan Kongres (Library of Congress). Disana anda boleh melihat perjanjian kerajaan Amerika Syarikat dengansuku Cherokee, iaitu salah satu suku Indian, tahun 1787. Pada perjanjian itu, anda akan menemui tanda tangan Ketua Suku Cherokee yang bernama Abde Khak dan Muhammad Ibnu Abdullah.

Isi perjanjian itu antara lain adalah mengenai hak suku Cherokee dalam menjalankan perdagangan, perkapalan, dan pemerintahan suku cherokee pada waktu itu adalah mengikut undang-undang Islam. Anda juga akan menemui pakaian suku Cherokee yang menutup aurat sedangkan kaum lelaki memakai turban (serban).

Kaum wanita suku Cherokee menutup aurat

Cara berpakaian ini boleh didapati di dalam gambar atau lukisan suku cherokee yang diambil gambarnya sebelum tahun 1832. Ketua suku Cherokee beragama Islam yang terakhir adalah Ramadan Ibnu Wati.

Gambaran pemakaian serban siku Cherokee

Bercakap
 tentang suku Cherokee, Sequoyah adalah salah seorang yang berpengaruh di dalam suku ini. Beliau adalah orang asli suku cherokee yang berpendidikan dan menghidupkan kembali Syllabary suku mereka pada 1821. Syllabary adalah seperti aksara. Jika kita sekarang mengenal abjad A hingga Z, maka suku Cherokee mempunyai aksaranya yang tersendiri.

Acuan gangsa Seqvoyah di Perpustakaan Kongres

Yang
 menariknya adalah aksara yang dihidupkan kembali oleh Sequoyah ini amat mirip dengan bahasa Arab. Bahkan, beberapa tulisan masyarakat cherokee abad ke-7 yang ditemui pada batuan di Nevada terpahat kata yang sangat mirip dengan kata "Muhammad" dalam bahasa Bahasa Arab.





Nama-nama suku Indian yang berasal dari bahasa Arab tidak hanya ditemui pada suku Cherokee (Shar-kee) shaja tetapi juga ditemui di dalam suku Anasazi,ApacheArawakMakahHohokamHupaHopiMahiganMohawkNazcaZulu, dan Zuni


Suku Makah yang menutup aurat


Gadis Zuni, 1903

S
elain itu, beberapa ketua suku Indian juga mengenakan penutup kepala khas orang Islam seperti ketua Suku Chippewa, Creek, Iowa, Kansas, Miami, Potawatomi, Sauk, Fox, Seminole, Shawnee, Sioux, Winnebago, dan Yuchi. Ini semua dapat dilihat pada foto-foto di antara tahun 1835 dan 1870.

Klik gambar untuk besarkan

Secara umumnya, suku-suku Indian di Amerika percaya adanya Tuhan yang menguasai alam semesta. Bagi mereka, tuhan tidak dapat dilihat oleh panca indera. Mereka juga yakin bahawa tugas utama manusia yang diciptakan Tuhan adalah untuk memuja dan menyembah-Nya.

Seperti kata-kata seorang ketua Suku Ohiyesa: "In the life of the Indian, there was only inevitable duty. The duty of prayer and the daily recognition of the Unseen and the Eternal".

Bu
kankah Al-Qur'an juga memberitakan bahawa tujuan penciptaan manusia dan jin semata-mata untuk beribadah pada Allah.


Sejarah Islam Dan Suku Indian Cheeroke

Sejarah hubung kait islam dan penduduk Red Indian Amerika ini adalah panjang. Semangat orang-orang Islam dan China ketika itu untuk mengenal lebih jauh tentang dunia selain untuk melebarkan pengaruh, mencari sumber dan jalan perdagangan baru dan ini menyebabkan dakwah Islam semakin meluas dan mendorong mereka untuk lebih berani melintasi kawasan yang masih dianggap gelap dalam peta-peta mereka waktu itu. Sebagai contoh adalah Cheng Ho (nama islamnya Hajji Mahmud Shamsuddin) dan Ibnu Batutta. Selain itu terdapat juga pelayar-pelayar Islam yang lain tetapi tidak tercatat pada buku -buku akademik.

Cheng Ho @ Zheng He @ Hajji Mahmud Shamsuddin

Para ahli geografi dan intelektual dari kalangan muslim yang mencatatkan perjalanan ke benua Amerika adalah Abul-Hassan Ali Ibn Al Hussain Al Masudi (meninggal tahun 957), Al Idrisi (meninggal tahun 1166), Chihab Addin Abul Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300-1384) dan Ibn Battuta (meninggal tahun 1369).

Menurut
 catatan ahli sejarah dan ahli geografi Muslim Al Masudi (871-957),Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad adalah seorang penjelajah muslim dari Cordobadi Andalusia, telah sampai ke benua Amerika pada tahun 889 Masihi. Dalam bukunya, 'Muruj Adh-dhahab wa Maadin al-Jawhar' (The Meadows of Gold and Quarries of Jewels), Al Masudi melaporkan bahawa semasa pemerintahan Khalifah Sepanyol Abdullah Ibn Muhammad (888-912), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad berlayar dari Delba (Palos) pada tahun 889, menyeberangi Lautan Atlantik hingga menemui wilayah yang asing dan disebutnya sebagai Ard Majhoola. Kemudian beliau kembali dengan membawa pelbagai barangan yang menakjubkan. Selepas penemuan itu, banyak pelayaran menuju daratan di seberang Lautan Atlantik dilakukan. Al Masudi juga menulis buku 'Akhbar Az Zaman' yang memuat bahan-bahan sejarah dari pengembaraan para pedagang ke Afrika dan Asia.

Dr.
 Youssef Mroueh juga menulis bahawa semasa pemerintahan Khalifah Abdul Rahman III (tahun 929-961) dari dinasti Umayah, tercatat adanya orang-orang Islam dari Afrika yang berlayar dari pelabuhan Delba (Palos) di Sepanyol menuju ke barat lautan yang gelap dan berkabut , iaitu Lautan Atlantik. Setelah itu mereka berjaya kembali pulang ke Palos dengan membawa barang-barang bernilai yang diperolehnya dari tanah yang begitu asing pada masa dulu. 


Palos, Sepanyol

Beliau juga menulis menurut catatan ahli sejarah Abu Bakr Ibn Umar Al-Gutiyyabahawa pada masa pemerintahan Khalifah Sepanyol, Hisham II (976-1009) seorang pelayar dari Granada bernama Ibn Farrukh tercatat meninggalkan pelabuhan Kadesh pada bulan Februari tahun 999 melintasi Lautan Atlantik dan mendarat di Gando (Kepulaun Canary)

Ibn Farrukh mengunjungi Raja Guanariga dan kemudian meneruskan pelayarannya ke barat sehingga melihat dua pulau dan menamakannya Capraria dan Pluitana. Ibn Farrukh kembali ke Sepanyol pada bulan Mei 999.

Pelayaran
 melintasi Lautan Atlantik dari Maghribi juga dicatat oleh penjelajah laut Shaikh Zayn-eddin Ali bin Fadhel Al-Mazandarani. Kapalnya bertolak dari Tarfayadi Maghribi pada zaman Sultan Abu-Yacoub Sidi Youssef (1286-1307) raja keenam dalam dinasti Marinid. Kapalnya mendarat di pulau Green di Laut Caribbean pada tahun 1291. Menurut Dr. Morueh, catatan perjalanan ini banyak dijadikan rujukan oleh para saintis Islam. 

Sultan-sultan
 dari kerajaan Mali di Afrika barat yang beribukota di Timbuktu juga pernah melakukan pelayaran sehingga ke benua Amerika. Sejarawan Chihab Addin Abul-Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300-1384) telah memerincikan eksplorasi geografi ini. Timbuktu yang berada di tengah-tengah afrika kini dilupakan, dahulunya merupakan pusat peradaban, perpustakaan dan pusat keilmuan yang maju di Afrika. Ekpedisi perjalanan darat dan laut banyak dilakukan baik menuju ke Timbuktu ataupun bermula dari Timbuktu. 


Lokasi Timbuktu

Sultan yang tercatat akan eksplorasinya hingga ke benua baru waktu itu adalahSultan Abu Bakari I (1285-1312), iaitu saudara Sultan Mansa Kankan Musa (1312-1337), yang telah melakukan dua kali ekspedisi melintasi Lautan Atlantik sehingga ke Amerika dan menyusuri sungai Mississippi


Sultan Abu Bakari I melakukan eksplorasi di Amerika tengah dan utara dengan menyusuri sungai Mississippi di antara tahun 1309-1312. Para eksplorasi ini berbahasa Arab. Dua abad kemudian, penemuan benua Amerika dilakarkan di dalam peta berwarna Piri Re'isi yang dibuat tahun 1513, dan dipersembahkan kepada raja Ottoman Sultan Selim I tahun 1517.

 Peta Piri Re'isi
Perbandingan peta Piri Re'isi dengan peta sebenar


Kisah Columbus Menemui Benua Amerika

Berbalik 
kepada cerita Columbus, Columbus sendiri mengetahui bahawa orang-orang Carib (Caribbean) adalah pengikut Nabi Muhammad. Orang-orang Islam telah berada di sana sebelum ketibaan Columbus terutama orang-orang dari Pantai Barat Afrika. Mereka mendiami Caribbean, Amerika Utara dan Selatan. Namun tidak seperti Columbus yang ingin menguasai dan memperhambakan rakyat Amerika. Orang-orang Islam datang untuk berniaga dan ada juga yang mengahwini orang-orang pribumi.

Columbus
 juga mengakui pada 21 Oktober 1492 dalam pelayarannya antara Gibaradan Pantai Cuba telah melihat sebuah masjid (yang berada di atas bukit dengan indahnya menurut sumber tulisan lain). Sisa-sisa runtuhan masjid telah ditemui di Cuba, Mexico, Texas dan Nevada. Ini sekaligus menjadi bukti kukuh bahawa Islam telah lama bertapak di sana.

Dan
 fakta yang perlu kita ketahui adalah 2 orang nahkoda kapal yang dipimpin oleh Columbus iaitu kapten kapal Pinta dan Nina adalah orang-orang muslim iaituMartin Alonso Pinzon dan Vicente Yanex Pinzon. Mereka berdua adalah bersaudara dan mempunyai kaitan persaudaraan dengan Sultan Maghribi Abuzayan Muhammad III (1362). [THACHER, JOHN BOYD: Christopher Columbus, New York 1950]


 Martin Alonso Pinzon

Vicente Yanex Pinzon


Kenapa hanya Columbus yang dikenali sebagai orang yang menjumai benua amerika? Kerana pada waktu itu kaum yahudi diusir dari sepanyol (sebanyak 300,000 orang yahudi yang diusir oleh raja Ferdinand). Orang-orang Yahudi mengumpul dana untuk pelayaran Columbus dan berita 'penemuan benua Amerika' telah diberitahu oleh Christopher Columbus kepada kawan-kawannya yang beragama Yahudi di Sepanyol.

Pelayaran
 Columbus ini telah dijadikan popular dan kisah ini diperlukan untuk menciptakan legenda sesuai dengan kehendak Yahudi yang ingin menguasai dunia. Tidak menghairankan jika sejarah yang kita pelajari sekarang menipu kita. Ini disebabkan semua media gergasi dunia dikuasai golongan Yahudi.

Fakta-fakta diatas memperlihatkan ketidak-jujuran penulisan fakta sejarah tentang penemuan benua Amerika. Penyelewengan sejarah oleh orang-orang Yahudi yang terjadi sejak pertama kali mereka bersama-sama orang-orang Eropah menjejakkan kaki di benua Amerika.

Laksamana Zheng He (Cheng Ho)

Tahukah anda? sebenarnya laksamana Zheng He atau lebih dikenali sebagai laksamana Cheng Ho di Malaysia dan Indonesia merupakan orang pertama yang menjumpai benua amerika, sekitar 70 tahun sebelum Columbus. 
Sekitar 70 tahun sebelum Columbus memacakkan benderanya di daratan Amerika, Laksamana Zheng He sudah terlebih dahulu sampai ke sana. 


Salinan peta dunia hasil pelayaran Zheng Ho, lukisan asal pada tahun 1418


Para peserta seminar yang dianjurkan oleh Royal Geographical Society di London beberapa tahun lalu dihidangkan dengan satu fakta yang mengejutkan. Seorang ahli kapal selam dan sejarawan bernama Gavin Menzies telah memberikan hujah dan kertas kerja mengenai kajiannya terhadap siapa orang yang pertama menjumpai benua Amerika.

Pada seminar itu, Menzies menjelaskan bukti tentang pelayaran terkenal dari pelaut mahsyur berasal dari Cina, Laksamana Zheng He. Bersama bukti-bukti yang ditemui dari catatan sejarah, Menzies memberi kesimpulan bahawa pengembara terulung dari dinasti Ming itu adalah orang yang pertama menemui benua Amerika, bukannya Columbus.

Menurut Menzies, Zheng He 'mengalahkan' Columbus dengan tempoh beza waktu sekitar 70 tahun. Kenyataan Menzies ini dikuatkan dengan sejumlah bukti sejarah. Menzies menunjukkan peta dunia yang dilukis sebelum Columbus memulakan ekspedisinya (gambar di atas). Peta itu lengkap dengan gambar benua Amerika serta sebuah peta astronomi milik Zheng He.

Menzies
 melakukan kajian selama lebih dari 14 tahun. Ini termasuk kajian peta-peta kuno, bukti artifak dan juga pengembangan dari teknologi astronomi moden seperti melalui program software Starry Night.

Dari
 bukti-bukti yang diperolehi, Menzies mengatakan bahawa sebahagian besar peta mahupun tulisan pelayaran China kuno bersumber pada pelayaran Laksamana Zheng He. Penjelajahannya sehingga mencapai benua Amerika mengambil waktu antara tahun 1421 dan 1423. Sebelum itu, armada kapal Zheng He berlayar menyusuri jalur selatan melalui Afrika dan sampai ke Amerika Selatan.

Perbandingan armada Zheng He dan Colombus


Selama ini, masyarakat dunia mengetahui sejarah Zheng He sebagai penjelajah ulung tetapi tidak mendalami lebih dari itu. Dia lahir di Kunyang, kota yang berada di sebelah barat daya Negeri Yunnan, pada tahun 1371. Keluarganya yang bernama Ma, adalah sebahagian daripada warga minoriti Semur. Mereka berasal dari kawasan Asia Tengah serta menganut agama Islam.

Ayah dan datuk Zheng He diketahui pernah mengadakan perjalanan haji ke Tanah Suci Makkah. Zheng He adalah seorang Muslim yang taat.

Yunan adalah salah satu wilayah terakhir pertahanan bangsa Mongol, yang sudah lama wujud sebelum zaman dinasti Ming. Pada waktu dinasti Ming menguasai Yunan tahun 1382, Zheng He turut ditawan dan dibawa ke Nanjing. Ketika itu dia masih berusia 11 tahun.

Beberapa tahun selepas itu, Maharaja Cina telah memberikan nama Zheng He kepadanya hingga akhirnya dia menjadi salah satu panglima laut paling termashyur di dunia