Jumaat, 27 April 2012

BERSIH 3.0 :Khutbah Jumaat Hari Ini 27 April 2012

Lebih kurang sama juga nadanya ketika BERSIH 2.0 dan hari ini nadanya agak lebih keras sedikit. Satu kehairanan apabila pihak yang mengarang teks khutbah tersebut tidak nampak kepincangan yang dilakukan oleh pihak pemerintah termasuk kes-kes besar yang bakal menggadai negara.

Tetapi nada tidak serupa dilontarkan apabila pihak pembangkang cuba mengadakan demontrasi BERSIH 3.0 yang jelas dinyatakan tujuannya. Dalam teks khutbah diwar-warkan bahawa penganjuran BERSIH yang tidak mempunyai tujuan yang jelas. Malah cuba mengaitkan BERSIH dengan amalan seks bebas.

Nampak sangat bodohnya pemikiran pihak yang mengarang dan mengeluarkan teks khutbah hari ini. Mungkin inilah golongan yang disebut Allah di dalam petikan ayat al-Quran "mereka mempunyai mata tetapi tidak melihat, mempunyai telinga tetapi tidak mendengar......."

Kalau dah pening sangat pun dengan BERSIH, tidak perlu mencampakkan diri dalam kebodohan dan kehinaan seperti orang yang tidak ada ilmu.



Khamis, 26 April 2012

Tanah KTM: Najib tidak terlepas begitu sahaja


KUALA LUMPUR, 26 April: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan terlepas begitu sahaja setelah menyebabkan negara rugi besar dalam perjanjian pertukaran tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) dengan Singapura, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar).

Mengulas laporan bahawa stesen keretapi Tanjong Pagar kini dijadikan pusat pertunjukan fesyen oleh Singapura setelah berjaya memperolehinya dalam perjanjian pertukaran tersebut,  beliau mempersoalkan, apa yang manfaat yang diperolehi Malaysia dari perjanjian tersebut.

"Singapura sudah mula membuat untung besar dengan penggunaan stesen keretapi Tanjong Pagar itu sedangkan Malaysia yang kononnya mendapat tanah secara percuma dalam perjanjian pertukaran itu masih lagi bergelut dengan isu caj pembangunan yang terlalu tinggi yang dikenakan oleh Singapura setelah kononnya memberikan tanah secara percuma untuk dibangunkan," katanya.

Salahuddin kesal, ketika Singapura sudah pun berjaya menjana pendapatan dan publisiti untuknya sebagai pusat fesyen antarabangsa, kerajaan pimpinan Najib masih lagi terkial-kial untuk mencari penyelesaian dalam isu caj pembangunan itu.

"Tidak ada apa-apa pembangunan kerana Najib dan kerajaannya diperdaya dengan 'development cost' atau caj pembangunan.

"Terpaksa menunggu dan terpaksa merayu agar dikurangkan. Kalau Singapura tidak mahu kurangkan, sekali lagi terpaksa pergi ke ICJ (Mahkamah Keadilan Antarabangsa) untuk membuat keputusan dan 10 tahun lagi pun terpaksa berputih mata.

"Sebelum ini hilang Pulau Batu Puteh kepada Singapura di ICJ. Apa jaminan tanah KTM itu tidak akan hilang di ICJ setelah Najib diperbodohkan dalam perjanjian itu?" Ahli Parlimen Kubang Kerian itu mempersoalkan.

Salahuddin bertegas dengan pendirian bahawa apa yang berlaku itu hakikatnya adalah pengkhinatan Najib terhadap negara.

"Najib bertanggung jawab terhadap penghianatan itu. Perdana Menteri apa yang mudah terpedaya sedemikian rupa?

"Saya tidak percaya Malaysia tidak mempunyai orang yang cerdik untuk menasihati Perdana Menterinya supaya tidak diperdayakan sedemikian rupa," katanya.

Sebab itulah, Salahuddin enggan menolak spekulasi yang mendakwa bahawa apa yang sebenarnya berlaku ialah peras ugut dan pihak yang diperas ugut terpaksa merasuahkan tanah berharga kepada pihak yang memeras ugut.

Dengan apa yang berlaku itu, Salahuddin bimbang, apa lagi yang akan terlepas dari negara ini jika terus diperintah oleh Umno.

"Tidak kiralah sama ada kerana terlalu bodoh atau sengaja merasuah setelah diperas ugut, setelah kita kehilangan Singapura pada 1965, Pulau Batu Puteh pada 2008 dan tanah-tanah KTM termasuk stesen keretapi Tanjong Pagar itu, apa lagi yang akan diserahkan oleh Umno kepada Singapura?

"Dalam soal tanah-tanah KTM, masalahnya Najib bersetuju bahawa Malaysia tidak akan menerima apa-apa pampasan dan pertukaran tanah jika Malaysia menangguh-nangguhkan tindakan untuk memuktamadkannya," kata beliau.

Salahuddin membangkitkan, perjanjian 1918 menyatakan tempoh pajakan tanah-tanah tersebut kepada KTM adalah selama 999 tahun walaupun dinyatakan untuk kegunaan perkhidmatan keretapi sahaja.

"Najiblah yang memusnahkan kelebihan yang berpihak kepada Malaysia dalam perjanjian 1918 itu apabila beliau mempersetujui perjanjian pertukaran tanah tersebut dengan (Perdana Menteri Singapura) Lee Hsien Loong," kata beliau penuh kesal.

baca  di sini

Selasa, 24 April 2012

Yahudi bakal kuasai 20% saham FGVH?

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Dr Rosli Yaakub mendakwa sebuah syarikat milik Yahudi, Bunge Limited antara yang bakal menjadi 'rakan kongsi strategik' kepada Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH) apabila disenaraikan di Bursa Malaysia.

Menurutnya, Bunge Limited bakal memiliki saham sebesar 20 peratus di dalam syarikat tersenarai FGVHB di mana usahasama antara FGVHB dan Bunge Limited telah dimetrai pada bulan Disember 2011.

"Bunge Limted adalah syarikat milik orang Yahudi di mana matlamatnya ialah ia mahu menguasai dan memonopoli," katanya ketika berucap membentangkan kertas kerja di Konvensyen Halatuju Felda di Shah Alam Ahad lalu.

Tambahnya lagi, Bunge Limited adalah sebuah syarikat terkemuka di dunia yang menjalankan perniagaan 'agrobusiness' dan makanan.

Kakitangan syarikat itu kata Rosli berjumlah 32 ribu orang di lebih dari 30 buah negara dan ia adalah sebahagian daripada rangkaian syarikat-syarikat 'food cartel' dunia.

"Setakat ini, food cartel ini belum lagi berjaya mendominasi pengeluaran dan pasaran sawit dan produk sawit.

"Apabila ianya kelak menjadi rakan kongsi strategik kepada FGVHB maka Felda akan menyumbang ke arah penyempurnaan pengawalan oleh food cartel ini ke atas makanan-makanan utama dunia," sambungnya lagi.

Di Argentina, Bunge Limited telah berjaya membolot 'tanah perladangan yang keluasan beratus-ratus ribu ekar di kawasan tanah subur di Pampas Plains, malah mereka juga telah berjaya menguasai ekonomi Argentina.

"Akan beruntungkah peneroka-peneroka Felda dan akan selamatkah anak-anak peneroka Felda dan generasi mereka akan datang apabila satu bangsa yang tidak pernah ada belas kasihan.

"Mahukah dan bersediakah peneroka Felda untuk berkongsi tanah dan kilang-kilang minyak sawit yang mereka miliki dengan Yahudi," soal beliau lagi.





sumber maklumat:  baca disini

Ahad, 22 April 2012

" MELAYU HYBRID" Jadi Pengerusi BN Pulau Pinang ?

Datuk Seri Najib Razak umum perlantikan Setiausaha Agung Gerakan,Teng Chang Yeow sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang yang baru menggantikan Tan Seri Koh Tsu Koon.

Sebelum ni puak-puak mamak UMNO dan yang seangakatan dengannya marahkan Pakatan Rakyat kerana utamakan Cina menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, PR tidak membela MELAYU, dan dengan slogan penuh amarah mereka melaungkan tempikan gegar gempita akan melantik MELAYU jadi Ketua Menteri sekirannya BN kembali berkuasa. "HIDUP MELAYU"

Ternyata kata-kata mereka telah di kotakan oleh Perdana Menteri sendiri dengan melantik " MELAYU HYBRID" (mungkin kacukan mamak dengan cina = Melayu Hybrid, spesis Melayu yang baru ditemui ? ) sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang yang akhirnya bakal menjadi Ketua Menteri sekiranya BN kembali berkuasa di Pulau Pinang.

Di mana suara Ketua Pemuda UMNO PP,sorang lagi spesis Melayu Hybird yang terlebih Melayunya dalam isu perlantik ini? tunjukkan sikap MUNAFIK atas nama "HIDUP MELAYU"....

Mahasiswa Ditahan Berkhemah di Dataran Merdeka


Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan polis pagi ini menahan dua orang lelaki yang sedang berkhemah di Dataran Merdeka.
Dianggarkan 40 pegawai DBKL dan polis itu mengepung tapak perkhemahan berkenaan dan merampas khemah tersebut pada kira-kira jam 8 pagi ini, menurut seorang saksi, Wong Tay Sy, 27.

NONEWanita muda itu berkata, pasukan berkenaan menunggu sehingga peserta perkhemahan tersebut bangkit tidur dan merampas serta memunggah sebanyak 61 daripada 61 khemah itu ke dalam trak DBKL.

Wong yang berkhemah di lokasi tersebut sejak Jumaat lalu berkata, dua orang berkenaan – aktivis Fahmi Reza dan siswa bernama Umar Mohd Azmi – ditahan dan dibawa ke sebuah kenderaan tidak bertanda.

"Fahmi terus bertanya sekiranya beliau ditahan namun mereka tidak menjawab. Sekarang beliau berada di balai polis Dang Wangi," katanya lagi.
Hari kelapan demo siswa
Kumpulan siswa berkenaan berkhemah di Dataran Merdeka sejak lebih seminggu lalu dengan mesej tuntutan untuk menghapus pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan juga tuntutan untuk pendidikan tinggi percuma.
NONEKumpulan yang berkhemah bersama aktivis Occupy Dataran memberi ruang kepada konsert diraja untuk diadakan di Dataran namun kembali berkhemah selepas konsert itu berakhir malam tadi.
Ketika dihubungi, Fahmi berkata beliau ditahan oleh anggota polis ketika pegawai DBKL sedang menurunkan khemah yang didirikan mereka.
Katanya, polis berkenaan mahu bercakap dengannya namun Fahmi berkata beliau ingin berbincang dengan rakannya terlebih dahulu.
Fahmi berkata beliau ditahan polis selepas ditanya sekiranya benar beliau ditahan, manakala seorang lagi ditahan apabila mendekati polis dan bertanya sebab penahanan Fahmi.
(sumber Malaysiakini)