Sabtu, 2 Jun 2012

Hijau Bakal Warnai Putra Jaya...

Salam Perjuangan.....
Tahniah dan syabas kepada PAS atas kejayaan menghimpunkan para pejuang dalam Himpunan Hijau Menuju Putra Jaya.
Secara jujurnya,lebih dari 50,000 orang membanjiri Stadium Darulaman untuk turut serta merasai nikmat perjuangan bersama PAS yang meletakkan Al-Quran dan Sunnah sebagai dasar perjuangannya dalam iklim politik Malaysia.
Stadium yang menyediakan lebih 40,000ribu tempat duduk telah dipenuhi hadirin hingga selesai program malam tadi.Limpahan manusia juga memenuhi ruang tengah padang termasuk juga mereka yang berada diluar kerana ruang dalam stadium dilimpahi ribuan orang turut mengikuti acara melalui skrin yang disediakan penganjur.
Tanpa K-Pop, tanpa artis glamour,seksi,terkenal,ianya tetap mampu mewarnai seluruh wajah stadium dengan Hijau. Kehadiran penceramah tersohor Ustaz Azhar Idrus yang sentiasa dinanti-nanti lebih memeriahkan suasana Hijau. Tahniah dan Syabas.... terus berjuang.

Tiada ulasan: