"Air kencing bayi lelaki
(dibersihkan dengan) disiram / dipercikkan air dan air kencing bayi perempuan
dicuci." Qatadah rahimahullah berkata: "Ini kalau keduanya belum
memakan makanan, sedangkan jika sudah memakan makanan maka dicuci air kencing
dari keduanya." (HR . Ahmad dalam Musnad beliau no. 563, dan sanadnya dinyatakan
shahih oleh Syu'aib al-Arna'uth dalam Ta'liq beliau terhadap al-Musnad).
Tentang air kencing bayi lelaki
dan perempuan, satu eksperimen saintifik moden telah mendedahkan rahsia di
balik perbezaan antara air kencing bayi lelaki dan bayi perempuan, dan
menetapkan bahawasanya di sana ada perbezaan di antara keduanya.
Kajian ilmiah moden yang
dilakukan di bidang ini menemui adanya perbezaan antara air kencing (air
kencing) bayi lelaki dan bayi perempuan. Salah satu kajian tersebut adalah
kajian yang dilakukan oleh Ashil Muhammad Ali dan Ahmad Muhammad Shalih dari
Universiti Dohuk, Iraq. Kesimpulan kajian tersebut adalah sebagai berikut:
Telah selesai proses pengkajian
peratusan kewujudan bakteria dalam air kencing / air kencing bayi dalam masa
menyusu dan bayi yang baru lahir, di mana mereka mengumpulkan sampel air
kencing bayi secara rawak yang berjumlah 73 bayi (35 perempuan dan
38 lelaki) . Mereka mengklasifikasikan / mengelompokkannya ke dalam
empat kumpulan umur; umur di bawah satu bulan, umur satu bulan hingga dua
bulan, kemudian (dari dua bulan) hingga tiga bulan dan kemudian lebih daripada
tiga bulan dengan kemungkinan meningkatnya pengambilan makanan.
Sampel dikumpulkan dan terus di
bawa untuk diperiksa secara makmal dan proses itu berlanjutan selama beberapa
bulan dengan mempertimbangkan tahap maksimum pensterilan dan mengelakkan
pencemaran.
Kajian tersebut menggunakan
kaedah yang digunakan Dr. Hans Christian Gram, yang ditemui pada tahun 1884
dalam pewarnaan bakteria (kaedah Gram staining), yang mana warna ungu
menunjukkan bakteria Gram positif dan warna merah untuk negative. Semua sampel
yang diuji dengan memilih bidang bakteria mikroskopik untuk mengira jumlah
bakteria dengan menggunakan standard pembesaraan 100 kali ganda. Didapati
bahawa semua Gram negatif, dan diklasifikasikan bahawa ia masuk sebagai
bakteria Escherichia Coli.
Hasilnya adalah seperti
berikut:
Pertama: Pada kumpulan usia
sifar hingga 30 hari, peratus kewujudan bakteria dalam air kencing bayi
perempuan 95,44% lebih banyak berbanding pada air kencing
bayi lelaki di mana jumlah bakteria di bidang mikroskopik untuk air
kencing bayi perempuan mencapai 41.9 sedangkan pada bidang yang sama untuk
bayi lelaki hanya berjumlah 2 saja.
Kedua: Pada kumpulan umur (dari
satu bulan hingga dua bulan) peratus kewujudan bakteria dalam air kencing bayi
perempuan 91,48% lebih banyak berbanding pada air kencing
bayi lelaki di mana jumlah bakteria di bidang mikroskopik untuk air
kencing bayi perempuan mencapai 24.1 sementara jumlah dalam bayi laki-laki
hanya 2,25.
Ketiga: Pada kumpulan umur 2-3
bulan, peratusan kewujudan bakteria dalam air kencing bayi perempuan 93,69%
lebih banyak berbanding pada air kencing bayi lelaki, di mana jumlah
bakteria di bidang mikroskopik untuk air kencing bayi perempuan mencapai 24.1
sementara jumlah pada kes bayi lelaki hanya 1.6.
Keempat: Pada kumpulan usia lebih
dari 3 bulan, peratusan bakteria dalam air kencing bayi perempuan 69% lebih
banyak berbanding pada air kencing bayi lelaki di mana jumlah
bakteria di bidang mikroskopik untuk air kencing bayi perempuan 13,9 sementara
dalam kes air kencing bayi lelaki jumlahnya 6.8.
Najis
Mukhaffafah
Najis Mukhaffafah ialah kencing kanak-kanak lelaki yang belum makan makanan selain daripada susu ibu. Untuk membersihkan benda yang terkena najis ini, memadai dengan memercikkan air atas benda itu meskipun tidak mengalir. Adapun kencing kanak-kanak perempuan yang belum makan selain susu hendaklah dibasuh sampai mengalir air di atas benda yang kena najis itu dan hilang zat dan sifat-sifat nya sebagaimana mensuci kencing orang dewasa. Ali ra menyatakan bahawa nabi SAW bersabda :
“Air kencing kanak-kanak lelaki memadai direnjis dan air kencing kanak-kanak perempuan dibasuh”. (Riwayat Ibnu Majah)
Cara Bersuci
Cara membersihkan najis mukhaffafah ialah dengan cara hilangkan ain najis, setelah itu basuh bahagian yang terkena najis dan dilapkan, kemudian percikkan air di atas tempat yang terkena najis, Akhir sekali lapkan dengan kain bersih sehingga kering.
Tambahan
Pada zaman sekarang, ramai ibu-ibu yang memberikan susu formula kepada anak mereka. Ini semua adalah disebabkan faktor pekerjaan yang membuatkan si ibu tiada kesempatan untuk menyusukan anak mereka, situasi seperti ini akan menyebabkan susu ibu tersebut kering dari payudaranya dan terpaksalah mereka memberikan susu formula kepada anak-anak mereka. Air kencing yang dikeluarkan oleh anak mereka ini tidak dikira sebagai najis mukhaffafah walaupun umur anak mereka tidak sampai dua tahun. Najis anak mereka hendaklah dibasuh sepertimana najis mutawassitah.
Ketika membasuh pakaian di dalam mesin basuh jangan mencampurkan pakaian anak-anak, kerana dikuatiri pakaian mereka mempunyai najis. Apabila pakaian dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai najis dicampurkan akan menyebabkan pakaian dewasa juga mempunyai najis kerana mesin basuh tidak dapat membasuh dengan cara mencucurkan air dari hujung ke pangkal pakaian tersebut. Cara untuk membasuh pakaian ialah dengan cara mengasingkan pakaian dewasa dan kanak-kanak supaya najis yang terlekat dipakaian kanak-kanak tidak terkena kepada pakaian dewasa. Lebih baik lagi setelah dibasuh dengan mesin, hendaklah dicucurkan pula dengan air mutlak ke pakaian tersebut sehingga bersih. Teknik ini lebih baik dan lebih diyakini kebersihannya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan