9012012 Ramai yang menjangkakan DSAI akan ke penjara sehingga muncul kempen 901 membebaskan DSAI. Namun andai dilihat dari sudut yang berbeza, saya menjangkakan DSAI akan dibebaskan dan didapati tidak bersalah atas "kesilapan teknikal" seperti yang cuba ditimbulkan oleh Karpal Singh dalam sesi penghujahan pembelaan. perlu dilihat "modus operandi" PM Datuk Najib Razak untuk menawan hati rakyat Malaysia :
1. Pemergian Najib dan Isteri serta segerombolan rombongan ke Makkah yang dijangka akan meningkat reputasi dan sokongan "baik" beliau seperti yang pernah dilakukan oleh Presiden Suharto di Indonesia ketika Parti GOLKAR tidak lagi mendapat sokongan rakyat. Pemergian Suharto ke Makkah untuk menunaikan haji telah mendapat liputan meluas media Indonesia,hasilnya selepas pulang dari menunaikan haji, parlimen Indonesia dibubarkan,kesan dari itu,parti GOLKAR menang besar dengan menewaskan parti Islamik yang awalnya dijangka akan mengubah senario politik Indonesia.
Meniru situasi politik Suharto,maka PM Najib melakukan tindakan serupa untuk menunjukkan sikap "baik" dan bagi mendapat sokongan semula MELAYU ISLAM, namun Allah Maha Bijaksana, timbul isu yang meng "kantoi"kan PM.
2. Pemberian wang RM100 kepada semua pelajar sekolah dilihat cuba menampakkan kebaikan dan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat yang konon terbeban dengan kenaikan kos serta cukai yang "disengajakan". Bagi mengurangkan beban perbelanjaan sekolah,maka RM 100 disalurkan kepada semua pelajar sekolah. Sekali lagi Allah Maha Bijaksana, berbagai kekecohan timbul dan ditimbulkan oleh orang UMNO atas kebodohan dan ketololan sendiri dengan menjangkakan akan mendapat nama dan reputasi yang baik dari penerima "sedekah" kerajaan.
Pihak-pihak yang tolol ini mengambil kesempatan dengan mendapatkan wang bantuan tersebut dari pihak sekolah dan mengagihkan wang dipejabat-pejabat UMNO tertentu, ada yang membuat program perasmian dan ucapan di sekolah untuk menyatakan kerajaan sekarang ini "baik" sedangkan sifir untuk mengagihkan wang RM100 cukup mudah, sebar maklumat tentang tarikh,masa dan tempat, atur guru bertugas, waris datang dan serah duit, selesai.
3. Wang bantuan RM 500, berebut rakyat marhain tak kira PAS UMNO PKR, rata-ratanya MELAYU, mata aku tidak nampak yang berebut itu dari bangsa CINA dan sedikit dari INDIA. Kesian sungguh bangsa aku MELAYU, ditindas,ditekan dalam tanah sendiri, kemudian dihulur bantuan RM 500, 54 tahun sekali, telefon JKKK panas sebab banyak sangat nak kena jawab call. Nak tutup isu boros bini PM.
Maka rakyat yang kurang akalnya akan mengatakan bahawa "Kerajaan Najib baik". Namun kantoi juga.
a) Peringkat awal, semua rakyat berpendapatan bawah RM3000 sebulan akan mendapat bantuan RM500 dengan mengisi borang yang boleh didapati di semua premis kerajaan yang ditetapkan.Orang ada akal akan dapatkan borang di sini.
b) Orang kampung, borang disalurkan melalui JKKK,namun kepala hotak JKKK yang merasa harta negara macam harta UMNO hanya memberi borang kepada ahli UMNO dan keluarga terdekat sahaja. bila orang PAS tanya tentang borang,jawapannya HABIS dan ada yang jawab bantuan untuk orang UMNO sahaja, macam la orang PAS bodoh piang macam depa. maka bertambah benci meluat kepada UMNO.
c) Selapas itu, timbul kenyataan di TV1, wang bantuan akan diberi berdasar senarai tapisan JKKK UMNO sahaja. Makanya orang yang tidak benggong tak akan dapat wang tersebut sebabnya wang RM500 itu adalah wang tabung buluh UMNO sejak ianya ditubuhkan.
d) Meletup pula isu lembu hidup dalam kondo mewah,makan di restoran mewah,naik kereta mewah. rakyat jadi meluat.
4. Laluan bas henti-henti di beberapa laluan utama negeri Kedah telah ditamatkan perkhidmatan atas alasan mengalami kerugian dan gagal melunas hutang tertunggak. Pengangkutan awam yang menjadi pilihan utama rakyat tiba-tiba dah tiada,rakyat akan susah dan kononnya akan marah kepada kerajaan negeri kerana tidak bijak mentadbir. PM Najib ambil kesempatan atas isu yang mungkin sengaja dibuat-buat kebetulan dalam siri lawatan beliau ke Kedah dengan mengumumkan akan memberi bantuan beratus ribu kepada syarikat bas tersebut untuk membayar hutang dan menggerakkan semula operasi mereka di laluan yang dihentikan.
5. 901, DSAI akan dibebaskan dari hukuman penjara, media akan war-warkan berita gempar tranformasi kehakiman yang bebas dari tekanan kerajaan, kerajaan yang adil PM yang adil. Rakyat akan kata "baik"nya PM ku, kami patut undi UMNO,kekalkan UMNO sebagai kerajaan,rakyat akan senang.
DSAI dan sekutu asyik sibuk buat kenduri doa selamat.
Melihat situasi ini, PM akan bubarkan Parlimen untuk PRU13 secara mengejut sehingga PR terkejut beruk kerana menjangkan pilihanraya pada bulan Mac 2012.
Makanya,dakwat kekal tak sempat order,yang lama dah tamat tempoh, tempoh berkempen dalam masa yang pendek dan hasilnya UMNO menang besar.
Media akan laporkan semua "kebaikan" dan tranformasi PM secara gila babi yang menyebabkan UMNO BN menang besar dan kekalkan kerajaan.
Kemenangan atas tiket "kebaikan" akan menenggelamkan isu pengundi hantu yang diberi IC "secara sah".
DSAI akan bebas hanya pendapat aku, tunggu saja keputusan mahkamah nanti, DSAI bebas UMNO untung, DSAI masuk dalam UMNO rugi.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan