Melihat situasi selepas "ISA" dimansuhkan dengan diganti akta baru, sikap pasukan Polis di Raja Malaysia mula kelihatan berubah ke arah lebih lembut. Sebagai contoh, dalam kes himpunan 901,ketika mahkamah akan membuat keputusan terhadap kes DSAI, pihak polis dengan sikap toleransi membenarkan himpunan tersebut di adakan, anggota polis yang bertugas tidak ramai, tidak ada wajah-wajah bengis FRU dengan kenderaan "water canon"nya. kenapa?
Pakatan Rakyat perlu mengkaji kenapa? Kenapa ramai tidak terfikir,tetiba muncul bunyi letupan "mercun", kemudian dengan pantas media kerajaan membuata laporan "berlaku letupan bom". Tidakkah ini menampakkan satu perancangan "jahat" yang mungkin jika polis tidak mengawal perhimpunan,tindakan ganas akan berlaku?
Namun Allah Maha Kaya, perancangan jahat kantoi mungkin kerana kurang bajet atau bajet dah kena sapu separuh,maka hanya mercun yang diguna pakai, kantoi yang kedua pula,mahkamah membebaskan DSAI, kalaulah DSAI kena tahan dan letupan berlaku,maka gegar gempita 1Malaysia,penyokong DSAI mengamuk dengan letupan bom,ada yang mati,ramai yang cedera parah?
Dalam ceramah-ceramah dan majlis-majlis anjuran PR selepas itu, kawalan polis semakin kurang, kenapa? Pakatan Rakyat perlu membuat persediaan yang rapi,menyediakan kawalan keselamatan yang hebat.
Jawapan kepada persoalan kawalan anggota polis yang semakin kurang telah pun terjawab dalam beberapa insiden dan provokasi yang dilakukan oleh "samseng" dan yang terkini berlaku dalam program ABU Hindraf di Jalan Kebun.
Sekiranya pihak pasukan keselamatan sentiasa menyediakan kawalan keselamatan yang ketat dengan kahadiran anggota FRU yang hebat dan gagah, dengan gerombolan SB yang memenuhi setiap ruang majlis, pastinya, perancangan untuk membuat provokasi dan tindakan ganas tidak akan berlaku, maka ini akan menyusahkan pihak UMNO BN.
Andai kata adanya pihak Polis dan kumpulan samseng juga "menyerang" ,secara tidak lansung menyusahkan samseng UMNO BN dan yang terkena tahinya polis itu sendiri sebab gagal mengawal keadaan. Jadi untuk mengelak dari dipersalahkan,maka kawalan pasukan polis terhadap program Pakatan Rakyat dikurangkan.
Semua pihak sedang menunggu respon Ketua Polis Selangor mahupun Ketua Polis Negara terhadap insiden berkenaan. Apakah pihak polis hanya tunggu dan lihat sahaja? atau akan menunggu "serangan balas" dari Pemuda Pakatan Rakyat baru pihak Polis mahu mengambil tindakan dan seterusnya mengenakan akta baru terhadap PR yang mungkin konon cuba mengganggu ketenteraman awam ?
Sekiranya tindakan tidak diambil oleh pihak Polis terhadap samseng tahi kucing ini, besar kemungkinan, akan berlaku tindakan yang lebih ganas lagi apabila menjelang PRU 13.
Maka sebaiknya Pakatan Rakyat perlu bersedia dengan lebih awal,menyiapkan pasukan "tenteranya" sendiri bagi menangani samseng-samseng kurang ajar. Pemimpin Pakatan Rakyat sendiri,sudah sampai masanya membuang perkataan "SABAR,BERTENANG" yang sudah jelik didengar oleh anak-anak muda. Islam sendiri menuntut supaya mempertahankan diri apabila diserang,malah sekiranya mati ketika mempertahankan hak sendiri,ianya dikategorikan sebagai mati syahid.
Kenapa perlu bersabar lagi sesudah berulang kali "diserang" ?
Tidak salah meniru dan tidak perlu malu mengambil idea Ibrahim Ali, Presiden PERKASA yang mempunyai "pasukan elit" yang boleh membantu polis mengawal sebarang kekecohan dan keganasan dalam demontrasi jalananan.Pakatan Rakyat perlu menyiapkan pasukan elitnya sendiri,bukannya pasukan upahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan