Isnin, 20 Februari 2012

Tutup Aurat Wajib kata Datuk Shafie Afdhal

Sabah,Semporna, 20.02.2012. Datuk Shafie Afdhal kata dalam ucapan Sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah Semporna hari ini,antara yang sempat gua catat :-
1. Media alternatif (facebook,blog,twitter)perlu main peranan aktif menyebar perkara kebaikan,bukan ikut
    hawa nafsu, bukan pentingkan diri sendiri.
2. Tutup aurat wajib
3. Sambutan Maulidur Rasul wajib di adakan setiap tahun untuk mendidik rakyat khusus di daerah    semporna  menghayati nilai-nilai Islam
4. Masyarakat perlu jaga kebersihan dalam dan luaran
5. Dalam mengurus dan mentadbir perlu ikut pentadbiran Islam
6. Mencadangkan rakyat mendampingi ulama
7. Semporna kotor sebab orang Semporna sendiri suka buat kotor,jangan salahkan pihak berkuasa
    tempatan, jangan salahkan orang luar kalau dia orang kata Semporna kotot.
8. Orang Islam perlu memahami perkara-perkara kecil dalam agama baru boleh memahami perkara yang
    lebih besar dalam agama.
9. JKKK perlu mengajak kearah mencegah kemungkaran,bukan asyik nak cari projek
10. Jangan hanya harap bantuan kerajaan " saya bagi enjin sangkut dia jual"....

komen gua :

1. Media alternatif ? jangan pandang sebelah mata
2. Wajib tutup aurat? bagus,nasihat bini PM sama
3. Wajib sambut Maulidur Rasul ? kena dekati dan tanya ulama,apa hukum sambutan. Tapi kalau dalam
     konteks penduduk daerah Semporna gua sokong atas tujuan pendidikan, sebabnya :
     a. Ramai Islam,tetapi pengamalan ajaran Islam tersangat kesian, ramai tak sembahyang termasuk yang
        dah gi Mekah
     b. Perkara sunat seolah-olah wajib,malam Maulud Nabi,buat majlis "beluguk" sampai pagi, sembahyang
         wajib tidak...
     c. Amalan adat budaya yang mengandungi unsur khurafat sangat kuat dipegang hingga kini.contoh ;
         mandi safar/tolak bala, kenduri kematian sampai 100hari, kat kubur pasang kelambu, orang mati
         dipercayai kononnya akan pulang bila malam,jadi kena sediakan makanan dan tempat tidur...banyak
         lagi...
4. Kena kerap turun Semporna,dekati rakyat,banyakkan majlis Ilmu dalam daerah
5. Mentadbir mengurus ikut cara Islam. gua sokong 100%
6. Rakyat dampingi ulama. Pemimpin juga perlu dekati ulama,nak buat apa-apa tanya ulama dulu..
7. Gua sokong, Semporna memang terkenal dengan sampah,tapi pantang ditegur akan dianggap anti
    Semporna...
8. Banyak perkara khurafat diamal dalam masyarakat Semporna, pemimpin kena tanggungjawab
9. Bukan setakat JKKK,Imam pun lebih kurang sama,lepas baca doa terus menari "mengalai"
10. "Jual enjin sangkut ?" dari dulu hingga kini,tak selesai perkara macam ni, dia orang memang suka  
      sentiasa diberi. Duit KWAMP untuk pelajar miskin pun,ada orang kaya kebas juga,isi borang maklumat
      murid secara salah,padahal pakai kereta Ninja King...

banyak benda yang tak selesai melibatkan Semporna,datuk !!! datuk pun tahu macam mana perangai orang Semporna kan?

Tiada ulasan: