Jumaat, 9 Mac 2012

Katanya Guru dibenarkan berpolitik.. jadi apa tujuan surat ini?


Surat yang telah ditandatangani oleh Pegawai Pelajaran Daerah Tawau ini telah diedarkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Tawau kepada semua Pengetua Sekolah Menengah Daerah Tawau.

Surat ini diedarkan dengan tujuan untuk menyenaraikan kakitangan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dengan tiga kategori iaitu ‘Putih’, ‘Kelabu’ dan juga ‘Hitam’.
Dimana ‘Putih’ bagi kakitangan yang akur akan dasar-dasar kerajaan, kritis terhadap dasar kerajaan secara positif dan membina serta bersyukur akan kelebihan yang diberikan kepada kakitangan kerajaan.

Dan bagi warna ‘Kelabu’ pula ianya untuk kakitangan yang mula mengkritik secara negative dan terbuka akan dasar-dasar kerajaan serta mula berjinak-jinak dengan parti pembangkang.

Manakala ‘Hitam’ pula mewakili kakitangan yang merupakan ahli berdaftar dan memegang jawatan dalam parti pembangkang, bergiat cergas dalam aktiviti berkempen menentang kerajaan dan cuba mempengaruhi rakan sejawat yang lain supaya turut serta dalam sebarang aktiviti untuk membenci kerajaan.

Oleh kerana maklumat yang dikumpulkan ini boleh menjejaskan pihak-pihak yang terbabit Pegawai Pelajaran Daerah Tawau telah meminta agar ianya diisi sendiri oleh Pengetua semua Sekolah Menengah Daerah Tawau agar kerahsiaannya adalah terkawal dibawah Akta Rahsia Rasmi Kerajaan..

Sila klik pada image untuk paparan lebih jelas..



Apa perlunya tindakan ini? Adakah ianya diperlukan untuk memberikan ugutan dan tekanan kepada para kakitangan Pejabat Pelajaran termasuk Guru-guru agar menyokong kerajaan atau menghadapi tindakan?

Bukankah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah mengumumkan bermula 1 Ogos 2010 , pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik?

Bagi tujuan itu, beliau berkata pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Di bawah peraturan baru ini, pegawai pendidikan, selain pengetua atau guru besar di institusi pendidikan dan pegawai yang memegang apa-apa jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan, perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu –Malaysiakini

Jika di Semenanjung para Guru-guru diugut untuk ditukarkan kependalaman jika menyokong pembangkang, kemana pula guru-guru di Sabah itu akan ditukarkan?

Tidakkah pihak yang mengeluarkan pekeliling tersebut sedar bahawa gaji mereka dibayar oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira ideology politik melalui cukai pendapatan, bukannya dibayar oleh Barisan Nasional?

Kalau macam ni… apa guna Malaysia mengamalkan system demokrasi??


Tiada ulasan: