Sabtu, 9 November 2013

Panji Rasulullah dan Kalimah Allah; Jangan Sampai Kita Yang Tersesat

Kerana jahil manusia menjadi sesat dan kufur.Ada dikalangan sesetengah golongan manusia yang menyangka diri mereka bijak lalu menuduh,memberi komen tentang orang lain yang konon tidak bijak atau salah.

Isu bendera dan panji hitam yang tertera kalimah tauhid dimainkan dengan menuduh golongan yang membawa bendera tersebut sebagai Syiah malah ada yang menuduh ianya adalah bendera pengganas.

Tanpa sedar tuduhan tersebut kembali kepada diri si penuduh; menghina Kalimah Tauhid,menghina bendera dan panji Rasulullah S.A.W. Orang yang menghina Rasulullah sama seperti menghina Allah,KUFUR. Segeralah bertaubat.

Group Anti Syiah dalam FaceBook ;tanpa sedar dan terlalu ghairah menentang Syiah kekadang menjerumus kepada perbuatan menghina Ahlil Bait.
Asal ada sahaja perkataan yang menyebut "Ahlil Bait" maka akan ada komen yang akan menuduh mereka ini Syiah. Sedangkan dalam al-Quran sendiri Allah memuliakan Ahlil Bait,bagaimana mungkin kita manusia yang tidak tahu hujung pangkal lagi ini dengan berani menghina Ahlil Bait?
Surah al-ahzab ayat 33 bermaksud :"Sesungguhnya Allah hanya bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu wahai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih bersihnya".
Jangan hanya kerana kita menetang golongan Syiah Rafidah yang sesat dan menyesatkan tanpa sedar kita juga termasuk di dalam golongan mereka dengan menghina Ahlil Bait. Maka Iblis dan konco-konconya akan bertepuk tangan keriangan.

Isu penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam; Iblis dan konco-konconya telah berpesta keseronokan kerana telah berjaya merosakkan akidah umat Islam yang kuat menentang penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam terutama Kristian.
Ada ulasan-ulasan yang jahil dan melampau terhadap isu ini dan tanpa sedar orang yang mengaku mempertahan Kalimat Allah itu juga sedang melakukan perbuatan merosakkan akidah sendiri.
Persoalannya Bagaimana ?
1. Islam mewajibkan kita beriman dengan Kitab-kitab iaitu Taurat Nabi Musa a.s, Zabur Nabi Daud a.s, Injil Nabi Isa a.s dan Al-Quran Nabi Muhammad s.a.w.
Menafikan Allah dalam kitab Injil yang kini dinamakan dengan "Bible" bererti kita cuba menafikan salah satu daripada rukun Iman PERCAYA DENGAN KITAB AGAMA SAMAWI iaitu Allah yang menurunkan kitab-kitab tersebut.

2. Rukun Iman juga wajib percaya 25 Rasul,salah seorang Rasul tersebut ialah Isa a.s atau dalam bahasa yang digunakan oleh pengganut Kristian ialah Jesus, Kristian itu dinisbahkan daripada Jesus Crist atau Jesus penyelamat yang bermaksu Nabi Isa itu Penyelamat kepada pengganut agamanya.
Menafikan kalimah Allah digunakan oleh mereka seolah menafikan Nabi Isa itu dilantik oleh Allah sebagai Rasul.
Jangan sampai kerana mempertahan Kalimah Allah tanpa sedar kita jadi kufur kepada Allah. Perkara yang wajib dipertahankan ialah Akidah, bila akidah terjaga,Syariah akan terlaksana,undang Islam akan diguna, tiada lagi manusia durjana yang akan berani mempermainkan "Kalimah Allah"

3. Konsep asas ilmu Tauhid terbahagi kepada dua iaitu Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah. Semua makhluk termasuk bukan Islam percaya bahawa Allah yang mencipta dan mentadbir alam ini tetapi ada segolongan yang tidak mendapat hidayah Allah menafikan bahawa hanya Allah yang layak disembah,ditaati dan dipatuhi. Jadi tidak timbul persoalan orang lain tidak boleh menggunakan kalimah Allah.
Perlu difahami bahawa kita hanya menetang penyalahgunaan kalimah Allah oleh golongan manusia yang kufur termasuk sebahagian dikalangan dukun,bomoh dan ajaran sesat yang jelas mensyirikkan Allah

4. Perkara pelik bin ajaib yang berlaku,ada sebahagain NGO Melayu dengan penuh semangat berkonvoi dengan motosikal ke sana sini memenuhi jalanraya dan menggangu kelancaran kenderaan di jalanraya. Memakai T-Shirt tertera "Pertahan Kalimat Allah".
Tanpa sedar mereka itu sebenarnya menghina Allah dan Syariah Islam, apa tidaknya,dari segi pakaian gadisnya tidak menutup aurat,rambut terdedah dan diwarnakan,pakai seluar jeans ketat menampakkan susuk tubuh badan, hanya ber T-Shirt sedangkan aurat wanita dari hujung rambut hingga ke kaki, membonceng motosikal dengan "jantan" bukan mahram.

Kerana kebodohan,dungu,jahil kalimah A L L A H yang zahir diperjuangkan,akidah dan perintah Allah yang terkandung dalam al-Quran tidak dipraktikskan. Golongan sebegini yang kita nak harapakan?

5. Siapa "Ahlil Kitab" yang mana Islam membolehkan memakan sembelihan mereka dan mengahwini mereka? Tidakkah mereka ini "bukan beragama Islam" yang "tidak dibenarkan" menggunakan kalimah Allah.

6. Siapa pula "as-sobi iina" yang disebut dengan jelas dalam Al-Quran yang mana Allah juga akan memasukkan mereka ke dalam Syurga, tidakkan mereka juga "bukan beragama Islam" tetapi kenapa Allah janjikan syurga juga untuk mereka?

JANGAN SAMPAI KITA MEMBENCI MEREKA TANPA SEDAR KITA TERMASUK DALAM GOLONGAN MEREKA.

UMAT ISLAM PERLU KEKUATAN AKIDAH,KEKUATAN ILMU,KEKUATAN JEMAAH ISLAM.

BUKAN KEKUATAN JEMAAH BANGSA SAHAJA TETAPI JAHIL ILMU DAN KAYA FANATIK KEBANGSAAN.

Wallahu a'lam....



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sekadar bacaan sila log ke http://muslimharustahu.wordpress.com/kabar-sukacita/