Sabtu, 31 Disember 2011

cucukwantung: Mengangkat Do”a Khutbah Jumaat

cucukwantung: Mengangkat Do”a Khutbah Jumaat: Perlu diketahui bahwa do’a tidak selamanya mengangkat tangan. Beberapa kondisi ada contoh bagi kita untuk mengangkat tangan, bahkan ini hu...

Selasa, 13 Disember 2011

Tahniah Tuanku Sultan Kedah

lama tak tulis blog atas sebab kesihatan kurang memuaskan dan bercuti di kampung, banyak perkara yang ketinggalan.Apapun ucapan Tahniah ke atas Duli Tuanku Sultan Kedah,Tuanku Abdul Halim Ibni Almarhum Sultan Badlishah atas perlantikan sebagai Yang Di Pertuan Agong untuk kali kedua. Semoga semua rakyat jelata aman makmur dibawah naungan Tuanku, Allahu Akbar...

Khamis, 24 November 2011

PAS tak perlu respon

TPM kata di Kota Bharu " lebih indah jika UMNO dan Pas jadi satu pasukan".
Modal lama yang belum dapat hasil lumayan. Pemuda PAS dan PAS sendiri tak perlu layan, duduk diam-diam, jangan komen apa-apa pasal benda ni. Kalau bagi respon nampak sangat yang bodohnya ialah PAS.

Jangan terlalu kemaruk dengan mikrofon media, ada yang gatal mulut pi layan benda yang tak perlu, macam kerja budak-budak mengejek, kalau dilayan makin menjadi ejekannya.


Rabu, 16 November 2011

Mengapa Rasulullah melarang minum sambil berdiri?


Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum 
sambil berdiri”. Dari segi kesihatan. Air yang 
masuk dengan cara duduk akan disaring oleh 
sfinger. Sfinger adalah suatu struktur muskuler
(berotot) yang boleh membuka (sehingga air 
kencing boleh keluar) dan menutup.
 Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada
‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal. Jika
kita minum sambil berdiri. Air yang kita 
minum otomatik masuk tanpa disaring lagi. 
 
Terus menuju kandungan air kencing. Ketika menuju kandungan air kencing itu
 terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa 
yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.

Benar, penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.
Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit 
demi sedikit tersumbat tadi.

Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil 
berdiri". Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan.
 Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk."

Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan
pada dinding usus dengan perlahan dan lambat. Adapun minum sambil berdiri, maka
 ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya 
dengan keras. 
 
Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar 
dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan. 
Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada 
sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia 
pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan.

Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat
saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada 
tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna. 
 
Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot
secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan
yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum.

Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada 
dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan
sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.
Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada
refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang 
banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus. 
 
Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak 
berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan 
bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak.

Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan 
dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut. Para doktor melihat bahawa 
luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran 
makanan atau minuman yang masuk.

Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot 
pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan 
kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi 
pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan minum.

Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging 
yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk 
seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian 
itu lalu berkata: "Lihatlah orang itu duduk seperti budak." 
 
Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: "Saya seorang hamba, maka duduk seperti 
duduk budak dan makan seperti makan budak." Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan 
wanita itu untuk makan. 
 
Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh 
Rasulullah sebagaimana sabdanya, "Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan
(HR Bukhari).




Selasa, 15 November 2011

Apa beza Isu Kepala Babi dengan Video Seks Dalam Masjid

SATU KETIKA ITU
Suatu ketika dulu sekitar 90an timbul beberapa insiden penemuan kepala babi diletak dalam masjid di beberapa negeri. Salah satu kes tersebut berlaku di Kedah pada tahun 1997 di mana kepala babi di letak ditengah-tengah kubah di dalam dua buah masjid daerah Kota Setar,dijumpai oleh jemaah ketika hendak menunaikan solat subuh.
Riuh rendah,gempar gempita dibuatnya dengan kepala babi tersebut. Maka dalam situasi yang  tegang sebegitu,muncul satu Perguruan Silat yang popular di Utara Tanah Air dengan sepantas kilat berjaya mengumpul ahli tanpa diarah serta mengatur strategi menyerang dan membakar tokong cina untuk bertindak balas atas perbuatan kurang ajar tersebut. Amaran telah diberi kepada Ketua Polis Daerah supaya segera menangkap pihak yang terlibat sebelum zohor, jika tidak pihak "kami" akan bertindak balas.
Mungkin Allah tidak izinkan berlaku ketengangan kaum, lebih kurang jam 11.30pagi pihak polis telah berjaya menahan pihak yang melakukan kerja bodoh tersebut melalui maklumat yang diberi oleh seorang peniaga daging babi.
Hasilnya, dua orang lelaki Melayu Jawa Islam ditangkap,hasil siasatan mendapati kedua lelaki tersebut adalah pengikut kumpulan ajaran sesat yang memerlukan kepala babi untuk dapatkan ilmu kebal....
Kepanasan dan semangat jihad menjadi reda semula.

KINI
Pada suatu ketika pada masa kini, versi kepala babi diganti dengan video lucah yang sama hukum haramnya. Ketika isu panas melibatkan kaum kerana kebimbangan survival politik terancam, terdapat pihak yang tidak menghiraukan hukum Allah, tanpa rasa ragu,tanpa takut,tanpa rasa bersalah, kepingan-kepingan video lucah sengaja ditabur dihambur,diletak dalam surah Yassin merata masjid.

Apa tujuan laknatullah ini buat kerja hina sebegitu? apakah dengan berbuat demikian umat Islam akan beranggapan orang bukan Islam yang melakukannya?

Tidakkan mereka sedar,dalam situasi politik terkini, bukan Islam tidak akan bertindak secara membabi buta,tidak akan bertindak secara terbuka seperti mana PERKASA. Bodoh lah kalau mereka melakukan perkara sedemikian.

Secara sedar atau pun tidak,dengan mudah orang boleh meneka tanpa syak pihak yang melakukannya. Pastinya Parti lawan kepada PR, tidak lain dan tidak bukan UMNO dan sekutunya, jika perkara ini benar, amat malang lah Melayu Islam UMNO PERKASA, malang di dunia dan malang juga di akhirat, hanya yang berperangai YAHUDI sahaja yang akan melakukan perkara terkutuk sebegitu. Tidak mungkin sekutu PR akan melakukan kerja bodoh dan hina macam tu.

Kegagalan MELAYU ISLAM menilai iman melalui amal, gagal amar makruf nahi mungkar tidak seperti garangnya ketika melaung suara jihad, buruknya melaungkan mungkar 'takebeer" menghina seruan membesarkan Allah TAKBIR. Semua perkara tersebut melibatkan persoalan akidah.

Jika dinilai dari aspek akidah,golongan sebegitu telah terkeluar dari akidah ahli sunnah wal jamaah, ertinya KUFUR atau dalam bahasa yang mudah KAFIR, tak perlu pergi gereja untuk kafir.

Isu kepala babi sebab menyeleweng dan salah faham tentang agama, isu vcd lucah dengan sengaja mempermain hukum agama dan masjid sebagai lambang syiar Islam. Ditakdirkan mereka itu mati tidak sempat bertaubat,nescaya mereka mati dalam kekufuran... wallahua'lam...