SATU KETIKA ITU
Suatu ketika dulu sekitar 90an timbul beberapa insiden penemuan kepala babi diletak dalam masjid di beberapa negeri. Salah satu kes tersebut berlaku di Kedah pada tahun 1997 di mana kepala babi di letak ditengah-tengah kubah di dalam dua buah masjid daerah Kota Setar,dijumpai oleh jemaah ketika hendak menunaikan solat subuh.
Riuh rendah,gempar gempita dibuatnya dengan kepala babi tersebut. Maka dalam situasi yang tegang sebegitu,muncul satu Perguruan Silat yang popular di Utara Tanah Air dengan sepantas kilat berjaya mengumpul ahli tanpa diarah serta mengatur strategi menyerang dan membakar tokong cina untuk bertindak balas atas perbuatan kurang ajar tersebut. Amaran telah diberi kepada Ketua Polis Daerah supaya segera menangkap pihak yang terlibat sebelum zohor, jika tidak pihak "kami" akan bertindak balas.
Mungkin Allah tidak izinkan berlaku ketengangan kaum, lebih kurang jam 11.30pagi pihak polis telah berjaya menahan pihak yang melakukan kerja bodoh tersebut melalui maklumat yang diberi oleh seorang peniaga daging babi.
Hasilnya, dua orang lelaki Melayu Jawa Islam ditangkap,hasil siasatan mendapati kedua lelaki tersebut adalah pengikut kumpulan ajaran sesat yang memerlukan kepala babi untuk dapatkan ilmu kebal....
Kepanasan dan semangat jihad menjadi reda semula.
KINI
Pada suatu ketika pada masa kini, versi kepala babi diganti dengan video lucah yang sama hukum haramnya. Ketika isu panas melibatkan kaum kerana kebimbangan survival politik terancam, terdapat pihak yang tidak menghiraukan hukum Allah, tanpa rasa ragu,tanpa takut,tanpa rasa bersalah, kepingan-kepingan video lucah sengaja ditabur dihambur,diletak dalam surah Yassin merata masjid.
Apa tujuan laknatullah ini buat kerja hina sebegitu? apakah dengan berbuat demikian umat Islam akan beranggapan orang bukan Islam yang melakukannya?
Tidakkan mereka sedar,dalam situasi politik terkini, bukan Islam tidak akan bertindak secara membabi buta,tidak akan bertindak secara terbuka seperti mana PERKASA. Bodoh lah kalau mereka melakukan perkara sedemikian.
Secara sedar atau pun tidak,dengan mudah orang boleh meneka tanpa syak pihak yang melakukannya. Pastinya Parti lawan kepada PR, tidak lain dan tidak bukan UMNO dan sekutunya, jika perkara ini benar, amat malang lah Melayu Islam UMNO PERKASA, malang di dunia dan malang juga di akhirat, hanya yang berperangai YAHUDI sahaja yang akan melakukan perkara terkutuk sebegitu. Tidak mungkin sekutu PR akan melakukan kerja bodoh dan hina macam tu.
Kegagalan MELAYU ISLAM menilai iman melalui amal, gagal amar makruf nahi mungkar tidak seperti garangnya ketika melaung suara jihad, buruknya melaungkan mungkar 'takebeer" menghina seruan membesarkan Allah TAKBIR. Semua perkara tersebut melibatkan persoalan akidah.
Jika dinilai dari aspek akidah,golongan sebegitu telah terkeluar dari akidah ahli sunnah wal jamaah, ertinya KUFUR atau dalam bahasa yang mudah KAFIR, tak perlu pergi gereja untuk kafir.
Isu kepala babi sebab menyeleweng dan salah faham tentang agama, isu vcd lucah dengan sengaja mempermain hukum agama dan masjid sebagai lambang syiar Islam. Ditakdirkan mereka itu mati tidak sempat bertaubat,nescaya mereka mati dalam kekufuran... wallahua'lam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan