Kemarin
lebih kurang jam 11 pagi aku lepak-lepak
kedai minum kopi o dengan member aku, budak PGA (Pasukan Gerakan Am ). lebih
kurang 10 minit lepas tu datang seorang Sarjan PGA dengan member dia Koperal
Trafik, masih dengan pakaian seragam,baru habis shif,time rehat. setelah
bersalam dengan aku dan member aku ,dia orang duduk sebelah meja kami. Seminit dua selepas duduk dan order
minuman,keluar “mesin jackport” panas
juga ceritanya,asyik miss saja satu dua nombor,main dah berpuluh kali,duit dah
habis berpuluh ratus, penuh bersemangat bercerita tanpa rasa malu dan berdosa lansung.
Minuman
sampai, dia orang minum seteguk,lepas tu sarjan tu pusing kepada member aku,
“jom joint sekali, kelab kami ni halal, ada lessen” dengan penuh bangga.
Member
aku senyum saja menolak, sambil menyindir “tak apa,kelab tu untuk orang kaya
saja, untuk datuk-datuk, aku ni mana layak”. kena sebijik,tapi jenis muka tak
tau dosa,dia buat selamba saja.
Member
aku ni dulu-dulu pun jenis main belajar matematik bab rumusan ditepi kedai juga, dia ni kalau nak kaya cara
tak halal memang dah lama, dulu waktu kami kerap masuk hutan,selalu terjumpa
tokey besar curi balak dalam hutan, bila dah jumpa kami dia orang pun ayat la:
“ bos,kita kira la berapa lu mau,perkara kecil saja...” tapi dia tak pernah
ambil satu sen pun. waktu tu kami masuk hutan memburu pakai M16 dengan MP5 sekali
uniform PGA termasuk aku juga la. Alhamdulillah,sejak joint group aku dia dah
berubah.....
Member
aku ni antara polis yang paling lama
berkhidmat dikalangan polis-polis yang ada dalam daerah aku bertugas la ni.
Tapi baru pegang Koperal tiga empat tahun yang lepas saja, time temuduga naik
pangkat,ada saja orang main cantas, bos sendiri pula tu yang tolong cantas
sebab tak joint kelab dia orang kot,kelab judi dan mabuk. Sarjan tadi tu muda
lagi dah pegang Sarjan. Tapi Allah Maha Kaya, member aku ni lulus PTK dua
kali,dapat la lonjakan gaji lebih dari Sarjan.
Inilah hasil didikan Kerajaan UMNO yang ada hari ini,ramai
dikalangan anggota polis main judi dengan anggapan dan iktikad “judi halal”.
Tiada halangan,tindakan dari ketua jabatan,kenapa? Bos sendiri pun main
juga,kalau ada anggota yang kaki sembahyang dan kaki surau,macam-macam tekanan
dia orang bagi.
Menghalalkan yang haram hasil didikan Kerajaan UMNO, ertinya
menentang hukum Allah, tak payah pi gereja pun,benda macam ni dah boleh
terkeluar dari akidah Islam.
Patutla Mufti
al-Azhar Mesir melarang berkahwin dengan penyokong parti pemerintah yang
digulingkan pimpinan Husni Mubarak,mereka melakukan kezaliman, melakukan
kemungkaran, menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Bila keadaan
ini terjadi, sekali dengan penyokong yang mengundi terlibat sama,terkeluar dari
akidah Islam.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan