Mereka ini mungkin memperolehi pendapatan lumayan sebagai penari tiang di kelab malam,jadi soal duit tidak menjadi masalah kepada mereka.
Kes 2 : Sebelum itu, seorang imam dipenjara SETAHUN atas kesalahan dituduh menghina mahkamah kerana membaling kasut kepada hakim akibat tidak puas hati setelah pihak berkenaan menolak "kes salah guna duit masjid" yang dilaporkan oleh imam berkenaan. Kes sebelumnya dibicarakan atas kesalah menduduki rumah milik masjid secara tidak sah setelah dipecat dari jawatan imam.
Mempunyai anak yang ramai,seorang isteri yang bekerja dengan gaji dibawah RM1000 dan imam berkenaan tidak mempunyai pendapatan tetap setelah dipecat.
Kes 3 : Sebelum dan lama dulu. Bekas Mufti Selangor, allahyarham Sahibus Samahah Ust.Ishak Baharom dipecat atau dalam bahasa yang lain,ditamatkan kontrak perkhidmatan sebagai Mufti Selangor sebelum tamat tempoh atas kesalahan " menangkap dan membicarakan gadis MELAYU ISLAM yang menyertai pertandingan ratu cantik". Kesalahan termaktub dalam undang-undang Syariah Selangor dan boleh diambil tindakan.
Kerana campurtangan politik dan komen pedas dari bekas Perdana Menteri ketika itu ke atas tindakan pihak yang melaksanakan undang-undang, akhirnya yang bersalah ialah MUFTI.
Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud " sekiranya kamu berselisih tentang sesuatu perkara, hendaklah kembali kepada Allah (rujuk al-Quran dan Sunnah) ".
Dalam ayat-ayat lain :
1. " sesiapa yang menghukum bukan dengan apa yang diturunkan (diperintah) oleh Allah, mereka itu adalah orang-orang yang zalim"
2. " sesiapa yang menghukum bukan dengan apa yang diturunkan (diperintah) oleh Allah, mereka itu adalah orang-orang yang fasiq"
3. " sesiapa yang menghukum bukan dengan apa yang diturunkan (diperintah) oleh Allah, mereka itu adalah orang-orang yang kafir "
Kes 1 : MELAYU kah mereka ? ya,berdasar nama mereka.
Mereka ISLAM ? mungkin YA berdasar nama mereka
Mereka BERIMAN ? sebelum ditangkap,semasa ditangkap dan semasa dibicarakan, iman mereka boleh dipertikaikan.
Mereka insaf dengan denda RM25 ? kalau akupun, aku akan ketawa pecah perut,bodo punya denda.
Kes 2 : Setahun kerana "menghina mahkamah", fakta dan pengakuan defenden jelas, beliau seorang yang tidak tahu prosedur undang-undang. bila kes nya tidak mahu didengar,ianya mendatangkan kemarahan dan tindakan luar jangka dilakukan iaitu membaling kasut.
Ketika Saidina Umar al-Khattab dilantik menjadi Khalifah, muncul seorang lelaki dengan pedang terhunus menyatakan sekiranya kamu Umar tidak melaksanakan pemerintahan mengikut hukum Allah,pedang ini akan memancung leher kamu. Khalifah membenarkan kata-kata lelaki tersebut dan tidak ada tindakan "menghina khalifah" diambil ke atas lelaki tersebut.
Moralnya : membaling kasut adalah salah,kesalahan moral perlu di denda dengan hukuman bersifat moral seperti melakukan khidmat awam,dan sememangnya iman itu setiap hari melakukan khidmat awam yang hebat,menjadi iman dan berbakti pada rumah Allah, kenapa dipenjara setahun?
"Penari tiang" melakukan kesalahan moral, dendanya hanya RM25, kenapa tidak setahun penjara? apa kejadahnya "denda bersifat moral RM25"?
Imam pakai serban merah,duduk dimasjid,buat imarah,jadi imam beribu jemaah, baling kasut, hakim marah.
Penari seksi rambut merah,mandi wajib tidak sah,dikelab malam sampai cerah, hakim tengok rasa ghairah ?
dan kesalahan moral yang ketiga iaitu peserta ratu cantik, yang kena tindakan ialah MUFTI , lagi dahsyat. Ramai pemimpin MELAYU ISLAM UMNO komen dan kondem MUFTI.
Senang cerita, sistem dan dasar pemerintahan yang sedia ada, sistem perundangan yang sedia ada, pemimpin dan penggubal dasar dan undang-undang yang sedia ada "amar mungkar nahi makruf".
Nampak dengan jelas dan nyata,disana ada kecacatan dan kerosakan yang sangat teruk, maka semuanya perlu ditukar kepada yang lebih baik, tidak lain dan tidak bukan, kembali kepada ALLAH DAN RASUL.
"tolong menolong kearah kebaikan dan taqwa, jangan menolong ke arah keburukan dan permusuhan"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan