Jumaat, 16 Mac 2012

Khasiat Batu Geliga ?




Batu Delima Hijau. Dikeluarkan dari perbendaharaan Istana Jingga Alam Bunian di Gunung Jerai, Kedah dengan kaedah tertentu berserta bayaran mahar tertentu.






Batu Serai Warna Kuning berkhadam. Diambil dari pohon serai yang berbunga. Terdapat 70 biji batu serai dalam satu perdu pokok serai yang berbunga semasa ritual dilakukan untuk mengeluarkannya dan hanya dua biji sahaja yang mempunyai "keindahannya tersendiri" bagi yang mengetahui seperti dalam gambar


Batu Serai Merah Berkhadam,di ambil dari jenis perdu serai yang sama dengan batu serai kuning, hanya dua ini sahaja mempunyai "keindahan" daripada 70 biji yang dikeluarkan.





Geliga Air gred 2,warna putih dan kemerahan. Dikeluarkan dari Gunung Jerai dengan kaedah tertentu beserta mahar tertentu.
Khasiat : direndam dalam air bersih,boleh minum untuk menghilangkan dahaga



Geliga Lipan Jantan (merah) dan betina (putih jernih) pandang tembus dari Gunung Jerai.
Khasiatnya : lipan sahaja yang tahu






Apa kegunaan batu-batu tersebut? 
Hanya sekadar hiasan dan koleksi
Kalau dimakan,keras dan sakit gigi....

Apa khasiat batu-batu tersebut ?
Tiada apa-apa kelebihan pada batu-batu tersebut,menyimpannya harus, mempercayai ianya memberi khasiat tertentu harus, menyakini ianya dapat memberi kebaikan atau keburukan kepada kita adalah perbuatan Khurafat dan membawa kepada Syirik.

Kata orang,ianya boleh buat panggil duit?
Betul kalau ianya dijual dengan harga yang mahal,duit akan datang,batu itu akan pergi

Setakat ini tidak ada bukti nyata berkaitan perkara tersebut, saya pernah didatangi wakil orang yang konon mencari barang berkhasiat yang boleh panggil duit,apabila ditunjukkan koleksi barang yang saya miliki, berbagai jawapan dan alasan,konon "guru sedang berkhalwat", "guru sedang puasa", "guru pulang ke negeri asal sudah".
sehingga hari ini tidak ada yang berani datang lagi.

Kata orang lagi, kalau direndam dalam air,ianya akan jadi penawar kepada penyakit?
Ya betul, sifat air menyejukkan badan,menghilang panas dan dahaga,bila kekurangan air,badan akan mudah terdedah kepada penyakit,sebab itu Allah cipta 70% dalam badan kita mengandungi air, 70% bumi ini ialah air.
Batu-batu itu? tidak memberi kesembuhan kepada sesiapapun, Allah yang menyembuhkan setiap penyakit.

Kata orang lagi........?
Biarlah orang nak kata apa pun, yang penting akidah kena jaga,jangan sampai terbatal iman,jangan sampai khurafat,jangan sampai syirik kepada Allah

1 ulasan:

Samsuri Wahid berkata...

Saya setuju sekali. Saya peminat batu permata tapi saya benci mereka yg memasukkan unsur2 khurafat.