Sabtu, 5 Mei 2012

Demontrasi Jalanan Bukan Ajaran Islam, Bida'ah?

Walaupun BERSIH 3.0 telah berlalu,namun auranya tetap akan terasa hingga bila-bila bagi mereka yang merasakan ianya adalah satu jihad "amar makruf nahi mungkar", namun bagi yang tidak mempunyai "zuq" perjuangan tulen pasti tidak akan merasai apa-apa kelebihannya malah akan terperangkap dengan hujah dalil yang dikorek dan digali bagi menafikan hak kebenaran demontrasi yang diadakan. Saya tertarik untuk membicarakan hujah seorang blogger anti BERSIH  disini antara lain menyebut :


1. Demonstrasi amat jelas berbentuk tasyabbuh, yakni perbuatan yang menyerupai perbuatan orang-orang kafir. Sedangkan tasyabbuh amat dilarang oleh Islam. Sabda Rasulullah, “Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum itu, maka dia termasuk kaum mereka.” (Riwayat Abu Dawud). Menurut Ibn Taimiyyah, tasysbbuh kepada orang kafir, mempunyai beberapa tingkat hukum. Yang tertinggi adalah haram, dan yang terendah adalah makruh. Sebagai contoh, tasyabbuh kepada pakaian orang-orang kafir yang mendedahkan aurat di khalayak ramai adalah haram. Dalam hal ini, berdemonstrasi adalah mirip golongan kafir. Hanya golongan yang lemah iman dan yang tidak beriman sahaja suka melakukan demonstrasi.


Kalam Nurani : 
a) Hadis berkenaan mempunyai kaitan dengan Surah al-Baqarah :ayat120  lihat maksud ayat dan huraian disini  yang bermaksud : Kaum Yahudi dan Nasrani tidak akan senang dengan kamu sehingga kamu mengikut "millah" mereka" 


Andai demontarasi BERSIH dikatakan "tasyabbuh", bagaimana pula dengan demontrasi menentang Malayan Union 1946 - 1948 dan demontrasi menuntut Kemerdekaan Tanah Melayu ?
Bagaimana pula demontrasi yang dibuat oleh NGO Pro UMNO BN kepada Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, di Kedah, di Kelantan?
Bagaimana pula dengan tindakan ganas yang dilakukan samseng oleh NGO Melayu UMNO terhadap Majlis yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat?
Bagaimana pula dengan serangan samseng ganas terhadap mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka?
Apa pula hukum membunuh rakyat tidak bersalah dalam peristiwa MEMALI BERDARAH ?
Apa pula hukum pemuda UMNO "membunuh" penduduk tidak bersalah,hanya kerana berlainan politik dalam peristiwa di Kedah LUBUK MERBAU BERDARAH? dan lain-lain.....
Adakah tindakan tersebut tidak menyerupai kafir?jika ianya benar tasyabbuh kepada kafir,maka orang yang pertama sekali terkena hukum tersebut ialah UMNO atau PEKEMBAR yang berdemontrasi menentang Malayan Union


b) "Tasyabbuh kepada pakaian orang kafir yang mendedahkan aurat dikhalayak ramai adalah haram". 


Saya rasa blogger anti BERSIH tersebut buta mata hati. 
Adakah isteri-isteri pemimpin Melayu Islam UMNO menutup aurat dengan sempurna?
Adakah semua  Wanita dan Puteri UMNO menutup aurat dengan sempurna?


Tegurlah isteri-isteri serta keluarga Pemimpin MELAYU ISLAM supaya menutup aurat dengan sempurna sebelum memberi hujah mengaitkan demontrasi sebagai "haram".


2. Demonstrasi termasuk khuruj, yakni keluar menentang pemerintah, yang jelas ditegah oleh Rasulullah dalam banyak hadis shahih baginda. Seperti, “Barangsiapa yang melihat sesuatu yang tidak disukainya daripada penguasanya, maka hendaklah ia bersabar, kerana barangsiapa yang memisahkan diri daripada jamaah sekadar sejengkal, maka kematiaannya adalah kematiaan jahiliah.” (Riwayat Bukhari).
Hadis-hadis sahih di atas merupakan peringatan Rasulullah agar umat Islam mengelakkan sebarang perkara yang boleh memecahbelahkan kesatuan umat Islam. Demonstrasi sama sekali tidak mendatangkan manfaat kepada masyarakat dan negara, bahkan lebih banyak menimbulkan kerosakan. Demonstrasi di jalan-jalan raya serta di tempat awam, merupakan tatacara meluahkan perasaan yang terpesong jauh daripada roh Islam yang lebih menggalakkan musyawarah serta menanamkan perasaan sabar.


Kalam Nurani :
PRU12 Perak diperintah oleh Pakatan Rakyat, kenapa berlaku "rampasan kuasa" secara kotor oleh UMNO BN?
Kedah, Kelantan Pulau Pinang dan Selangor diserang bertubi-tubi hingga hari ini,kenapa berlaku jika UMNO BN mengamal Sunnah Nabi ini?

Kenapa disusun siri demontrasi dan berbagai gelombang untuk memburukkan dan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat jika benar UMNO BN mengamalkan hadis ini berdasar terjemahan harfiah sahaja?

3. Unsur ketiga pula, demonstrasi sering disertai dengan ucapan-ucapan dan ceramah yang menaikkan semangat dalam kalangan para petunjuk perasaan. Di samping itu, para penceramah dan pemidato juga akan membuka aib serta keburukan individu serta pemimpin tertentu yang tidak mereka senangi. Perbuatan sebegini cukup jelas dilarang oleh Islam. “Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang.” (Al-Hujrat 12). “Sesungguhnya orang-orang yang menyukai agar tersebar keburukan dalam kalangan orang-orang beriman, bagi mereka adalah azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui”. (An-Nur 19).

Kalam Nurani :
Membukan aib dan keburukan individu ? Jelas sengaja mengada-adakan cerita yang tidak ada atau dalam maksud lain "fitnah". Jangan hanya menerima maklumat sebelah pihak, sengaja menyembunyi maklumat sebenar atau tidak bermaklumat dan terus menghurai maklumat tanpa mendapatkannya secara lengkap dan sempurna.

Tidak nampakkah blogger tersebut sejak 1998 hingga kini Datuk Seri Anuar di aibkan dengan berbagai cara dan kaedah oleh Kerajaan UMNO BN, kenapa tidak ditegur dan ditentang fitnah tersebut ?

Tidak nampakkah negeri-negeri yang diperintah oleh PAS seterusnya Pakatan Rakyat setiap hari difitnah,di aib, kenapa mereka tetap menyokong UMNO BN? adakah mereka redha dengan perbuatan tersebut?

terkini Utusan Malaysia menyebarkan gambar "porno" dimuka hadapan,berbagai lapisan masyarakat dari kecil hingga tua melihatnya, tidakkah itu dinamakan memfitnah dan mengiabkan orang lain. Malah menjadikan gambar lucah sebagai modal mengaut keuntungan besar. Halal kah?

4. Selain daripada itu, demonstrasi juga memiliki unsur ikhtilath, yakni bercampur-baur antara lelaki dengan perempuan. Bahkan kadang-kala berhimpit-himpit dan bergesel-geselan. Perbuatan ini sama sekali bercanggah dengan etika sosial Islam. Walaupun kadang-kala terdapat demonstrasi yang memisahkan antara lelaki dengan perempuan, tetap perbuatan menggalakkan wanita keluar dari rumah untuk menyertai demonstrasi tersebut merupakan perbuatan yang membelakangi sunnah. Malah, ia juga boleh menimbulkan fitnah.

Kalam Nurani :
Tidak dinafikan perkara ini,malah terang lagi bersuluh. Presiden MCA pun ketawa dengan hujah ini, malas aku nak ulas panjang-panjang,fikir sendirilah logik atau tidak. 
Hanya orang buta boleh menggunakan hujah sebegini. Banyak video dalam YouTube,tengok sendirila..

5. Unsur kelima, ialah demonstrasi itu sendiri mampu mencetuskan huru-hara, di samping mencetuskan bermacam-macam fitnah yang akhirnya kembali kepada masyarakat Islam itu sendiri. Dan sesungguhnya, inilah unsur yang amat berbahaya kepada agama, masyarakat dan negara. Hal ini bermakna, demonstrasi lebih banyak membawa mafsadat(kerosakan) berbandingan dengan maslahat (kebaikan) terhadap harta benda, perasaan dan jiwa yang sememangnya ditegah oleh Allah di dalam Al-Quran.

Kalam Nurani :
Tidak dinafikan situasi mungkin boleh berubah.
Namun sejarah membuktikan,sudah berpuluh malah mungkin dah beratus demontrasi yang berlaku di Malaysia yang dianjurkan oleh pembangkang tidak pernah mencetuskan huru-hara. Suasana sentiasa aman dengan kawalan ketat  jawatankuasa yang dilantik.

Apa yang berlaku ialah apabila ianya tidak diberi ruang kemudian berlaku provokasi oleh pihak berkuasa dengan tembakan gas pemedih mata, water canon dan sebagainya, itulah realitinya.
Berbagai bukti tindakan provokasi boleh dilihat melalui rakaman video.
Kalau betul berlaku kekacauan dalam demontrasi BERSIH 4.0, pastinya sejak tengah malam lagi mereka akan merusuh di Dataran Merdeka, tetapi kenapa tidak berlaku, dan kekacauan dianggarkan berlaku hanya selepas tengahhari hingga ke petang akibat dari provokasi pihak berkuasa ?

Kenapa tidak melihat kepada tindakan NGO Pro UMNO BN yang dengan sengaja membuat kekacauan, menyerang,memukul demontrasi anti Lynas di Pahang, di Pulau Pinang, menyerang program masyarakat India di Jalan Kebun, menyerang mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka kerana isu PTPTN ? Tidak ada pula ulasan perbuatan tersebut " HARAM"

6. Unsur keenam, ialah demonstrasi bukanlah cara menyampaikan amar ma’ruf nahi mungkar yang dituntut Islam, kerana demonstrasi lebih menjurus ke arah kekerasan dan lebih condong untuk menunjukkan pengaruh dan kuasa. Sedangkan dalam menyampaikan amar ma’ruf nahi mungkar, sifat halus dan penyabar adalah dituntut.

Kalam Nurani :
mamat ni tak rujuk pula hadis sahih yang bermaksud : " Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah dicegah dengan tangan, jika tidak mampu, cegahlah dengan mulut, jika tidak mampu,cegahlah dengan hati, demikian itu adalah selemah-lemah iman".

Dari pemahaman hadis tersebut, jelas berbagai metodologi dakwah boleh digunakan mengikut situasi tempat, masa dan keadaan. Jangan berfikiran jumud hanya kerana menafikan hak rakyat (pembangkang ) untuk berhimpun dan meluahkan pandangan. Sedangkan dalam masa yang sama juga berlaku demontrasi oleh pihak UMNO BN di negeri-negeri Pakatan Rakyat yang sengaja dihalalkan oleh kerajaan.

Kesimpulan blogger anti BERSIH tersebut: (Tanggungjawab saya telah terlepas dengan menyampaikan apa-apa yang telah saya kaji dan ketahui, maka mari sama-sama kita mengambil manfaat daripada firman Allah dalam surah Fusshilat ayat 33-34, “Siapakah yang lebih baik perkataanya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang salih dan berkata, ‘Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri. Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antara mu dengan antara dia ada permusuhan seolah-olah menjadi teman yang sangat setia.” )

Kalam Nurani :
Marilah kita membuat penilaian terhadap diri sendiri, perbandingan tindakan pemerintah dan UMNO BN dan Kerajaan Pakatan Rakyat dalam berbagai situasi politik,pentadbiran, rasuah integriti, sikap, pengamalan terhadap agama, pakaian, aurat, cara hidup dan sebagainya, bandingkan dan nilai lah apakah mereka-mereka ini mengikut tuntutan agama/Islam atau tidak.

"sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh". bunuhlah fitnah sebelum orang yang difitnah itu terbunuh.... 






Tiada ulasan: