Sudah terang lagi bersuluh,semua manusia di Malaysia kenal siapa bekas KPN Tan Sri Rahim Noor, tidak perlu berpura-pura seolah-olah orang tidak kenal aku, aku boleh kata apa sahaja!!!
dalam meniti usia "rumah kata pergi kubur kata mari...", sedarlah dan insaflah, nilailah diri sendiri, selama mula menjadi polis hingga menjawat jawatan tertinggi, pernah atau tidak melakukan dosa-dosa besar seperti minum arak, berjudi,rasuah dan sebagainya lagi, andai ianya telah biasa menjadi amalan, tidak perlulah menilai diri orang lain sebagai "bapa kafir". Sedarlah, melakukan dosa-dosa besar itu adalah bapa kekufuran yang ada dalam diri manusia
atau selama menjadi anggota polis, telah habis separuh daripada juzuk al-Quran telah terhafal, beratus hadis telah tersemat didalam dada, jika ada sebegitu,berfatwalah, tegurlah tak kira siapa, Nik Aziz ka, Hadi Awang ka atau sesiapa sahaja yang dirasakan rendah ilmunya dari kamu. Sememangnya kamu layak mendapat gelaran Tuan Guru Rahim Noor
Inilah sifat manusia yang Allah jelaskan di dalam al-Quran yang bermaksud :"di dalam hati mereka ada penyakit, maka Allah tambahkan lagi penyakit itu...".
akhirnya mereka tidak sedar diri bahawa merekalah yang sebenarnya sedang sakit dan menyebarkan virus penyakit itu pula kepada orang lain. celaka lah mereka yang bersifat sedemikian...
Sekali pandang antara dua watak Tn Guru Nik Aziz dan Tn Guru Rahim Noor,budak-budak tadika pun sudah dapat menilai siapa yang mereka akan pilih jika dibuat undian, apatah lagi budak-budak mahasiswa dan dewasa. hanya orang yang pekak,bisu, buta sahaja tidak mengenal mana satu intan mata kaca.
Wahai Tan Sri Rahim Noor, apa sumbangan kamu pada negara? Jawapannya pasti banyak tak terkira
Wahai Tn Guru Nik Aziz, apa sumbangan kamu pada negara ? Jawapannya banyak juga tak terkira
Wahai Tan Sri Rahim Noor, apa sumbangan kamu pada agama ? eer er er er er ada ada....
Wahai Tuan Guru Nik Aziz,apa sumbangan kamu pada agama ? biarlah Allah sahaja yang menilainya.
Wahai Tan Sri Rahim Noor,bagaimana kamu letak status pangkat kamu ketika bersama rakyat bawahan? aku Tan Sri,mesti dilayan VVIP
Wahai Tuan Guru Nik Aziz...? tak payah tanya,hadir lah diri ke masjid-masjid di negeri Serambi Mekah, hadirlah kuliah agama di masjid Pulau Melaka, kamu pasti dapat melihatnya
Wahai Tan Sri Rahim Noor, bagaimana kehidupan kamu berkaitan harta? rumahku besar bagai istana, hidup ku mewah bagai di syurga
Wahai Tuan Guru Nik Aziz, bagaimana kehidupan kamu berkaitan harta ? biarlah rakyat menilainya, aku tidak bangga dengan harta,rumah ku itu lah dari muda hingga tua....malu aku untuk menjawab dihadapan Allah subhanahu wata'ala....
Kenyataan Rahim Noor tentang Tuan Guru Nik Aziz sememangnya kategori orang gila seperti yang Allah firman kan yang bermaksud : " di dalam hati mereka ada penyakit, maka Allah tambahkan lagi penyakit untuk mereka..."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan