Rabu, 9 Mei 2012

Hanif Omar Ketuai Panel Siasatan BERSIH

Reaksi spontan aku bila baca laporan ni ; 
Menteri Dalam Negeri semakin gila tahap tak boleh diubat lagi. 
Ibarat pencuri disuruh menyiasat pencuri yang mencuri, 
Ibarat tikus baiki labu, 
Ibarat orang mabuk disuruh berjalan lurus, 
Ibarat pusat judi genting  nak dijadikan masjid.
Ibarat orang gila disuruh jadi imam sembahyang
Ibarat orang bodoh dipaksa mengaji

1Malaysia dah kenal benar siapa dia,apa hubungan dia dengan Pusat Judi Genting, semua dah maklum, judi adalah HARAM dalam Islam,kalau dah tubuh badan terlibat dengan aktiviti haram, tiba-tiba nak HALAL kan pula BERSIH ?

Tidak ada kredebiliti langsung, apa tujuan panel ini diwujudkan?
Kenapa lantik orang yang dari awal tidak suka BERSIH sebagai ketua panel siasatan?
Orang yang melantik sendiri pun tak boleh dipercayai,apatah lagi ketua yang dilantik 

Andai selepas siasatan dibuat dan didapati tindakan BERSIH betul, Polis juga BETUL, aku tetap kata tak betul  sebab ada benda yang tak betul, ketua panel siasatan dilantik dikalangan orang yang tak betul.
Bila benda tak betul nampak terang benderang depan mata, kena UBAH.

"setiap dari kamu adalah pemimpin,dan setiap pemimpin bertanggungjawab atas orang yang dipimpinnya".

"apabila kamu menghukum diantara manusia, hendaklah menghukum dengan adil...".

"sesiapa yang tidak melaksanakan hukuman seperti yang diperintahkan Allah, sesungguhnya dia adalah orang fasik".

"sesiapa yang tidak melaksanakan hukuman seperti yang diperintahkan Allah, sesungguhnya dia adalah orang zalim".

"sesiapa yang tidak melaksanakan hukuman seperti yang diperintahkan Allah, sesungguhnya dia adalah orang kafir".

 

Tiada ulasan: