05092011 seawal jam 4pagi dah bangun berkemas, jam 5 kejut anak-anak bangun mandi, jam 6 solat subuh, 6.30 sarapan pagi, jam 7 siap sedia beg dan barang-barang, 7.30 bertolak dengan 1 Pajero dan 1 Kelisa ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar.
8.30 sampai dan check-in. jam 9.00 masuk, 9.30 terbang ke KLIA, sampai KLIA jam 10.30.
Lepak KLIA,rehat,makan-makan, solat zohor, jam 1.50 boarding,2.20 terbang ke Tawau MH 2661.
Atas fligh, anak-anak tiga orang demam keletihan.
Sampai Tawau jam 5.20,sampai rumah jam 9.00,Muhamad Akif,anak paling kecil demam dan muntah-muntah, aduhh,kesian juga,kali pertama berjalan jauh dengan kereta dan kapal terbang.
Cuti seminggu beraya di kampung tidak cukup masa dan tidak berbaloi dengan berkorban masa dan keletihan.
Namun kerana nak beraya bersama Mak dan Ayah, semua itu perlu diabaikan, keseronokan berjumpa keluarga menghilang keletihan buat sementara.
Nasib baik tambang kapal terbang balik raya kerajaan yang tanggung, itu pun gara-gara tidak dapat balik kampung ketika cuti panjang 45 hari,jadi tarikh tiket diubah kepada cuti untuk beraya di kampung.
Kali ni baru masuk 32 kali aku dan keluarga beraya di kampung selama hidup merantau di tempat orang dah masuk tahun yang ketiga belas.
Tahun pertama aku dihantar bertugas ke Sabah 1998,sebulan lebih sebelum raya. kali pertama aku beraya jauh dari mak ayah,terpaksa juga la, baru kerja,gaji belum dapat.
dah la macam tu, pagi-pagi raya,aku dah siap dengan baju melayu nak pi sembahyang raya, tetiba saja, hujan turun dengan lebat selebatnya menyebabkan berlaku perubahan plan, terpaksa sembahyang hari raya di rumah berkhutbahkan imam masjid negara saja...sayu pilu juga la,masih bujang lagi waktu tu.
Lepas sembahyang,lepak depan TV sampai petang,hujan....
Tahun depan insyaallah kalau raya kena time cuti,aku akan balik kampung lagi sekali untuk beraya bersama keluarga,mak ayah walaupun harga tiket kapalterbang semakin melambung naik. memang harga tiket akan naik, kalau tak terbang naik memang tak boleh balik kampung....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan