Jumaat, 30 September 2011

Hina Islam buat pekak,bila hina Agong terus terbeliak


Makcik HAjjah SItt Al-Wuzara Ada Di Sweden????


Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara hina Islam di kesan, menurut laporan bernama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil tindakan berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong di laman web sosial melibatkan seorang individu yang dikatakan tinggal di Sweden.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Pak Rais Yatim berkata SKMM telah berhubung dengan pengendali Facebook dan Twitter untuk memadamkan paparan yang dibuat oleh individu yang menggunakan nama samaran 'Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara'.

KalamNurani :

Sikap munafik pihak yang pegang kuasa SKMM dan Menterinya . Mangkuk hayun ni dah lama hina Allah,hina Islam,hina Nabi Muhammad,tapi depa buat pekak macam pelaq,tapi bila mangkuk tu hina Agong,cepat-cepat terbeliak biji mata nak ambik tindakan.

Nampak sangat aspek akidah tak dipentingkan oleh puak-puak ni. tapi atas kepentingan politik dan kuasa undi MELAYU depa akan buat apa saja.t
Sikap munafik yang boleh membawa kepada MURTAD.
MURTAD boleh berlaku dengan tiga keadaan:-
    a. Pengakuan dengan hati tidak percaya kepada Allah
    b. Pengakuan dengan lidah
    c. Tindakan/perlakuan/ perbuatan  yang berlawanan dengan ajaran Islam yang     
        sebenar.... 



Tiada ulasan: