Khamis, 22 September 2011

Pulau-Pulau Di Sabah Bakal Menjadi Milik Negara Asing?


Apa yang kerajaan hari ini tak jual?
Tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura ditukar ganti dengan saham atas alasan pelaburan yang menguntungkan.
Tanah Melayu Kampung Baru sedang dirobek untuk diambil alih atas nama pembangunan.


IC diberikan sewenang-wenangnya kepada warga asing dengan percuma.. Ada telaga minyak diserahkan kepada Brunei secara percuma.. Pulau Batu Putih pula terpaksa diserahkan kepada Singapura begitu saja..

Ini pula ialah cerita mengenai tiga buah Pulau di Sabah yang telah diiklankan untuk dijual dalam ‘Private Islands Online’ yang berpengkalan di Toronto, Canada.

Dalam iklan tersebut Pulau Mengalum yang berkeluasan 250 Ekar ditawarkan untuk dijual pada harga USD$18 Juta, Pulau Pandanan yang berkeluasan 10 Ekar pula ditawarkan dengan harga USD$2 Juta.

Manakala bagi Pulau Montukod yang mempunyai keluasan 17.2Ekar pula ditawarkan sebanyak RM35 Juta untuk dijual…






Tiada ulasan: