Dr.Asri Zainal Abidin menegur sikap Pemuda PAS jangan tiru Taliban, tetapi teguran tersebut tidak diambil dan diterima secara positif malah dengan respon melenting dan melatah tanpa berfikir panjang terus mengeluar kenyataan menyelar teguran Dr.Asri, "kami bukan Taliban". Menafikan sesuatu yang tidak disentuh, menunjukkan sikap gopoh dan rasa hebat, sedangkan yang ditegur "jangan meniru". Suatu petikan ayat yang amat berbeza.
Dalam situasi "bermimpi" untuk memenangi PRU 13,dalam isu yang semakin banyak dicipta untuk merubah situasi sokongan kepada PR, dalam isu Hudud yang diulang tayang, dalam isu murtad, isu kedaulatan Raja-raja dan berbagai isu lagi, Pemuda PAS sebagai sebuah sayap parti yang penting seharusnya bersikap lebih matang dalam menerima teguran dari golongan non partisme terutamanya mereka yang mempunyai kepakaran,keilmuan dan disegani ramai masyrakat, menerima teguran tidak salah, malah tidak akan melemahkan sokongan terhadap PAS.
Apabila mengambil sikap melenting terhadap teguran yang baik,bukan kutukan, kemungkinan golongan akademik yang meluat dengan kerajaan hari ini juga akan mengambil sikap yang sama dengan PAS. Bagi mereka mungkin tidak ada apa-apa keuntungan ilmiah dari perjuangan PAS khususnya sayap Pemudanya yang tidak panjang akal.
Malah dengan mengambil sikap melenting juga dilihat bahawa PAS bersikap sombong dan bongkak,tidak mahu menerima teguran dari orang lain, orang lain semua salah, kami sahaja yang betul.
Pemuda PAS perlu lebih matang dan menyambut baik sebarang teguran dari pihak luar yang tidak berparti dan sikap ini pastinya akan menampakkan kematangan Pemuda PAS yang menjadi sayap utama parti.
Setidaknya,sambutlah teguran dengan hati yang terbuka dan lemah lembut,bukan dengan kekerasan dan terus menghentam pihak yang menegur, namun sebaliknya pula akan berlaku sekiranya Dr.Asri memuji Pemuda PAS ianya akan disanjung dan dijulang segenap penjuru.
Kepimpinan Pemuda PAS perlu berubah kepada pemikiran yang lebih matang,jangan terikut-ikut dengan gaya kepimpinan PERKASA, Pemuda UMNO yang tidak matang dalam menerajui saf Pemuda.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan