Baru balik memburu payau/rusa di hutan jam 10.00pm tadi,namun rezeki di tangan Tuhan, tiada sebutir mata menjelma,malahan bertembung dengan kumpulan pemburu Cina dalam lokasi yang sama, mencari makanan "halal mereka". Terpaksa pulang tanpa letupan belerang ke udara...
Menjadi pemburu mengajar kita erti berusaha tanpa penat,tanpa leka,mengajar erti berserah setelah berusaha, bersyukur jika ada hasilnya,tetap lega walau tidak mendapat apa-apa walau sekelip biasan mata dari pancaran lampu pelita.
Indahnya menjadi seorang "pemburu"; ia akan sentiasa berusaha untuk mendapat apa yang dicita-cita.Sekali gagal bukan beerti gagal selamanya,masih ingin mencuba dan terus mencuba,tanpa menunggu ianya datang ke riba, tanpa umpan hiasan semata-mata, tetapi mengejar tanpa penat,tanpa kecewa.Namun tetap berharap ianya dimiliki dengan sempurna
Berbeza dengan jiwa "kaki pancing"; hidup penuh dengan helah dan tipu daya,memberi umpan yang hanya indah dimata,tetapi realitinya berbeza. Menunggu dan mengharap hasil yang lumayan berbanding hanya dengan sedikit usaha,penuh angan-angan dan khayalan atas nama tawakkal dan usaha,tanpa lelehan peluh keringat,rezeki datang kekadang suka, kekadang hampa kecewa. Sedang yang memberi itu adalah Maha Kuasa, mana mungkin kita bisa mempertikaikannya.
Jadilah seorang pemburu yang sentiasa mengejar cita-cita tanpa rasa kecewa.
Jauhi sifat pemacing yang sentiasa menabur umpan dan mengambil kesempatan atas kelemahan orang....(tulisan tak ada kaitan dengan mana-mana pemburu atau kaki pancing)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan