Berbagai persoalan,amalan,kepercayaan,adat tradisi,petua dan sebagainya dalam perkara berkaitan bulan yang penuh keberkatan dan keampunan Ilahi,bulan yang lebih baik dari seribu bulan, bulan yang diturunkan al-Quran.
KENDURI SAMBUT PUASA?
Terdapat satu amalan tradisi dalam sesetengah masyarakat apabila menjelang ketibaan Ramadan al-Mubarak ini dengan melakukan amalan yang dianggap “wajib” iaitu membuat “kenduri sambut puasa”, “kenduri nenek moyang”, atau dalam istilah lain “kenduri arwah”.
Mengadakan kenduri sebegini dianggap mesti “wajib”,sekiranyanya tidak dilakukan ditakuti akan terkena ketulahan oleh nenek moyang. Proses membuat kenduri sebegini ada sesetengah kelompok masyarakat yang fanatik dari aspek cara memasak,nenek moyang dahulu memasak menggunakan dapur kayu,maka dapur kayu juga akan diguna pakai oleh generasi seterusnya walaupun kekadang tiada lagi dapur kayu api untuk memasak, namun disebabkan pegangan yang kukuh atas kepecayaan menghormati nenek moyang yang telah mati atau atas ketakutan yang teramat sangat pada “ketulahan” maka tradisi yang hanya kebetulan itu terus dianggap satu kemestian “wajib”.
Malahan,ada sekelompok pemegang tradisi ini membuat kelainan dalam mengadakan kenduri sambut puasa iaitu dengan mengadakan kenduri di siang hari pada hari pertama puasa. Melucukan,orang yang membacakan doa selamat adalah imam dan turut makan bersama tetamu yang dijemput.
MANDI SUNAT PUASA?
Setiap kali puasa hampir tiba,pasti akan ada nada soalan yang sama dari budak-budak yang berbeza dalam komuniti masyrakat di daerah yang sama.
Soalan mudah, kalau tidak mandi sunat puasa pada malam puasa pertama,boleh ka kita puasa? Sah ka tidak puasa kita? Nenek ku kata kena mandi,kalau tak mandi,besok tak boleh puasa…
Saya memberi jawapan dalam bentuk soalan balas yang teramat mudah untuk difahami:
1. Nenek kamu ada ijazah Phd Universiti mana?
2. Kalau tak ada phd, dia belajar di sekolah pondok mana?
3. Kalau tak ada juga, kitab mana jadi rujukan dia?
4. Kalau tak ada juga,tak payah percaya dan tak payah ikut, senang cerita.
Menjawab soalan berkaitan amalan adat tradisi yang dihubung kait dengan amalan agama amat payah bagi yang tidak mahu mendengar dan memahami, jadi, kena main kasar sikit biar faham,kalau tak nak faham juga,kau punya hal la.
Satu pegangan yang menjadi kepercayaan dalam sesetengah masyarakat dari amalan nenek moyang turun temurun bahawa perbuatan mandi pada malam puasa pertama itu mesti dilakukan sudah sebati dalam masyarakat di pendalaman yang hanya bergantung kepada sumber yang terhad iaitu amalan nenek moyang.
Pegangan sebegini sukar untuk diubah kerana terdapat satu lagi perkara atau pegangan iaitu “ketulahan” nenek moyang sekiranya tidak diikuti.
Bagaimana hebat sekalipun seseorang guru,ustaz,pakar agama dalam member penjelasan yang benar, mungkin hanya anggukan tanda faham sahaja yang kelihatan.
Disebalik anggukan itu tedapat perasaan takut “ketulahan” yang akhirnya kita akan tetap menyaksikan perbuatan “karut” yang sama berulang sehingga keanak cucu di zaman moden.
TIDAK BERSAHUR TIDAK BOLEH BERPUASA?
Soalan yang sama seperti mandi sunat puasa,ramai juga yang masih keliru dengan amalan bersahur disebabkan kelainan amalan nenek moyang dengan bukti dan dalil dari apa yang dipelajari di sekolah.
Ramai yang masih berpeganga dengan ‘fatwa” nenek moyang yang mengatakan bahawa orang yang tidak bersahur tidak boleh berpuasa. “Fatwa” wajib bersahur sudah tersemat kemas dalam amalan tradisi walaupun diberi berbagai hujah menafikan kewajipan bersahur. Namun “fatwa” nenek moyang tetap diikuti demi menjaga kesinambungan generasi demi generasi.
PUASA SEBULAN DIRINGKAS JADI TIGA HARI?
Sakit kepala otak bila cuba mengatasi masalah sebegini. Diajar,dijelas dalam berbagai bentuk,namun tetap ini diikuti.
Mungkin antara perkara pelik bin ajaib bagi yang tidak pernah mengikuti, tetapi inilah realiti dalam amalan sesetengah masyarakat Islam terutama majoriti dari Filipina.
Amalan yang menjadi kepercayaan “sufi” bahawa puasa boleh dilengkapi dengan hanya berpuasa selama tiga hari. Awal puasa,pertengahan dan penutup.
Aku pun keliru samaada tradisi “sufi sesat” atau lahir dari sifat malas dalam mengingkari puasa sebulan. Inilah cabaran yang terpaksa dihadapi, cerita macam lawak,tetapi realiti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan