Sekumpulan 365 rakyat Malaysia yang beragama Kristian, termasuk penganut Katolik telah menandatangani sepucuk surat kepada Pope Benedict XVI, bagi mengadu tindakan keras Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada perhimpunan aman BERSIH 2.0 9 Julai lalu.
Mereka juga melahirkan kebimbangan Najib mempolitikkan lawatannya ke Vatican.
Mereka juga khuatir bahawa lawatan Najib ke Vatican pada masa ini dilihat sebagai usaha mencari sokongan popular menjelang pilihan raya umum ke-13 yang mesti diadakan sebelum pertengahan 2013 dan boleh menyaksikan beliau terus berkuasa.
Surat itu juga menyampaikan rasa hati penganut Katolik yang risau kemungkinan kerajaan dan pemimpin asing terpengaruh dengan Najib yang ghairah menyebarkan mesej kesederhanaan di luar negara sedangkan kerajaan BN pimpinan Najib sendiri berulang kali menggunakan kekerasan terhadap rakyat di negara ini.(malaysiakini)
Kalam Nurani: Apa cerita sampai tulis surat mengadu pada Pope? Masalah dalam negara tidak perlu campurtangan luar, selesai dengan cara sendiri.Dimana semangat cintakan negara sekiranya semua masalah nak diadu kepada dunia luar apatah lagi perkara yang melibatkan agama? Kalau rasa di Malaysia sendiri dah tak selamat,pindah saja ke Vatican.
Persoalan samaada Perdana Menteri ingin mencari sokongan popular atau tidak terpulang pada dia,itu strategi politik PM, orang luar tidak boleh mengundi dalam pilihanraya di Malaysia. Buat apa nak risaukan tindakan PM, tidak pula dipersoalkan diri sendiri yang menulis surat mengadu kepada orang yang tidak ada kaitan dengan negara Malaysia, kenapa tidak menulis surat kepada Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja Melayu?
Apakah ada agenda lain yang tersirat disebalik surat tersebut?
Jangan hanya kerana rakyat berbilang kaum menyokong agenda BERSIH, ada pihak yang ingin mengambil kesempatan dengan menjual negara sendiri....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan