Ditawan kemudian dipenggal kepala merupakan antara kekejaman yang tiada tara
dilakukan pengganas Sulu ke atas anggota keselamatan negara.
Bukan itu sahaja,
seorang anggota pasukan keselamatan yang turut ditawan dirodok perutnya
menggunakan parang Sulu atau barong sebelum dadanya dibelah dan dikeluarkan
segala organ dalaman.
Badan wira negara
juga ditetak sehingga bercerai beberapa anggota badan sebelum dicampak ke laut
manakala ada antara mereka maut kerana kedua biji mata mereka dicungkil
menggunakan senjata tajam.
Seorang lagi anggota
pasukan keselamatan walaupun terselamat menjadi cacat apabila kedua-dua belah
tangannya kudung akibat ditetak dan kepalanya dikelar menggunakan kerambit.
Kesemua wira negara
itu diperlakukan sedemikian selepas diserang hendap pada 2 Mac lalu di Kampung
Sri Jaya, Simunul, Semporna.
Perbuatan yang
sangat sadis dan tidak berperikemanusiaan itu menimbulkan tanda tanya apakah
mereka ini di bawah pengaruh dadah atau ilmu hitam.
Malah, Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga menyatakan beliau amat dukacita
apabila niat suci Malaysia untuk tidak membenarkan setitik darah tumpah di bumi
Sabah dibalas dengan kekejaman oleh pengganas Sulu terhadap anggota
keselamatan.
Dalam pada itu,
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Facebook hari ini mengesahkan, selepas
operasi menyelamat dibuat anggota komando VAT 69, mayat anggota polis ditemui
dalam keadaan diperlaku dengan penuh kejam.
"Apabila tiba
di Kampung Simunul, pasukan polis diserang hendap oleh penceroboh. Enam anggota
polis terkorban manakala dua yang lain cedera. Enam penceroboh bersenjata telah
dibunuh pihak polis.
"Polis
menghantar pasukan penyelamat untuk membawa keluar mayat wira-wira kita. Mayat
anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan kejam oleh penceroboh
bersenjata tersebut," katanya.
Dalam serangan itu,
enam anggota polis maut iaitu Supritendan Ibrahim Lebar, Asisten Supritendan
Micheal Padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Aziz Sarikun, Koperal Salam Togiron
dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran.
Semua mereka yang
maut itu kemudian diberi kenaikan pangkat berkuat kuasa serta-merta sebagai
menghargai jasa dan pengorbanan wira yang diumumkan sendiri oleh Timbalan Ketua
Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Terdahulu, pada 1
Mac lalu, pengganas Sulu juga bertindak keji apabila berpura-pura menyerah diri
dengan mengangkat bendera putih sebelum menembak mati dua anggota komando VAT
69 dan mencederakan tiga yang lain di Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Allahyarham Asisten Supritendan Zulkifli Mamat,
29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46, yang menyangka pengganas Sulu ikhlas kemudian
bangkit daripada posisi meniarap menyebabkan kedua-dua mangsa maut ditembak di kepala.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan