Khamis, 7 Mac 2013

Insiden Lahad Datu : 52 Penceroboh Termasuk Seorang Jeneral Terbunuh

LAHAD DATU, 7 Mac — Seramai 32 pemberontak Sulu telah dibunuh sejak semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kematian dikalangan penceroboh bersenjata warga Filipina di Sabah sebanyak 52 orang, kata pihak berkuasa hari ini.

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin juga berkata serangan udara pada Selasa lalu ke atas kawasan persembunyian penceroboh Sulu di Kampung Tanduo bukan bertujuan untuk membunuh sesiapa, sebaliknya untuk “meneutralkan” pihak musuh supaya pasukan keselamatan dalam masuk tanpa sebarang tentangan.

“Serangan udara bukan bertujuan untuk membunuh,” kata Zulkifeli semasa sidang media bersama dengan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar hari ini.“Jumlah keseluruhan musuh yang telah terkorban adalah sebanyak 52,” kata Ismail.

Ismail menambah pasukan keselamatan telah menembak 31 penceroboh Sulu bersenjata di Kampung Tanjung Batu semalam dan seorang di kampung Tanduo pagi tadi.

Lapan anggota polis Malaysia terkorban awal minggu ini disini dan Semporna, menjadikan jumlah kematian keseluruhan 60 orang pada ketika ini.Ismail juga berkata jeneral Sulu antara individu yang terkorban.

Namun, beliau menambah tidak dapat mengesahkan sama ada ketua kumpulan penceroboh Agbimuddin Kiram antara mereka yang terkorban.

Ismail berkata penceroboh Sulu juga telah bergerak ke Kampung Tanjung Batu, yang mana jaraknya antara empat ke lima kilometer persegi.Beliau juga berkata terdapat “sebilangan” penceroboh Sulu juga menghilangkan diri.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menolak gencatan senjatan hari ini untuk menghentikan pertempuran yang hampir masuk sebulan dengan penceroboh.


Tiada ulasan: