HIMPUN SATU JUTA UMAT..?
Ahli UMNO lebih satu juta, ke mana menghilang,berapa kerat pemimpin UMNO yang hadir?
Ke
mana Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom yang begitu
gah mewarwakan HIMPUN sebelum PAS menyatakan pendirian tidak akan hadir?
Di mana Khairi Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO ?
PERKASA, Ibrahim Ali bawa berapa kerat saja orang-orang PERKASA,mana yang lain, hebatnya kokokan PERKASA tentang JIHAD, tetapi HIMPUN ?Kenapa
tak bawa sama Dr.Mahadhir penasihat PERKASA, mana dia Rahim Noor bekas
Ketua Polis Negara,juga orang kuat PERKASA, mana Ali Rustam ? dan
tentera JIHAD yang lain....
PEKIDA ?Ayah Awie tak hadir sama ka? bawa sekali la kaki semua pukul PEKIDA,baru puak-puak kristian kecut teloq tengok.
Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W
menjelaskan bahawa 'setiap sesutu pekerjaan itu dimulakan dengan niat".
Mentafsir pengertia hadis terhadap HIMPUN, terang lagi bersuluh,sejak
ianya di war-warkan untuk di adakan,ianya telah memasuki gerbang "niat"
yang terselindung disebaliknya.
Pihak kerajaan melalui ayam katik yang hanya
tahu berkokok terus menerus menyerang pihak PR terutamanya PAS dalam
isu MURTAD ini. Maka secara jelas dan nyata "niat" sebenar perhimpunan
ini hanyalah untuk mencari peluang menyerang pihak lawan,bukannya 100%
ingin mempertahankan akidah Islam yang sebenar.
Tetiba tanpa ribut taufan Menteri Agama Jamil Khir bersuara menyokong,tetapi ke mana beliau semasa HIMPUN?
Zul Kulim berkokok merata cerok,aku lah hero,aku lah juara,aku lah tentera Jihad mempertahan akidah, disamping "aku", terus menerus menyerang PAS dan PR dan dalam masa yang sama mempamirkan kebodohan yang amat nyata,gagal diselamatkan lagi apabila menyatakan HUDUD PAS membenarkan isteri di liwat. Watak Jahil Murakkab yang akan menjadi bahan ketawa pedari-paderi gereja. Orang sebegini memang tak tahu malu dalam sesuatu tanpa berfikir.
"aku"
akan berucap pada perhimpunan itu nanti..... mencari nama tidak
bertempat seolah watak Abdullah bin Ubai,tokoh munafik terkenal dalam
sejarah Islam, wallahua'lam...
Atas kebimbangan kurang mendapat
sambutan,baru lah pihak penganjur yang asal mengeluarkan kenyataan
media bahawa penganjuran HIMPUN tidak ada kaitan dengan mana-mana
politik dan Zul Kulim bukan orang yang akan berucap pada perhimpunan
tersebut.
Terus bodoh tolol Zul
Kulim dengar kenyataan media ni.Tapi orang macam dia mana tahu
malu,esok lusa dia akan berkokok macam biasa mencari modal niaga PRU 13.
Berbalik kepada isu "niat", perkara
yang kulitnya nampak baik,tetapi mempunyai niat yang tidak baik, Allah
jua Maha Mengetahui, dan pastinya akan ada sahaja perkara yang
dirancang tidak menjadi atau terjadi sebaliknya....
Apa Selepas ini ?
Persoalan Pertama ;
Dalam isu murtad, ianya telah jelas dan nyata termasuk dalam kesalahan jenayah Islam atau nama lain HUDUD.
Tindakan
pertama Saidina Abu Bakar selepas dilantik menjadi Khalifah ialah
memerangi golongan murtad, golongan yang enggan membayar zakat dan nabi
palsu.
Golongan pertama ialah murtad.
Melalui tindakan Saidina Abu Bakar dengan dipersetujui oleh para
sahabat, golongan murtad diperangi. diperangi membawa maksud diserang
dan dibunuh. Sebelum diperangi, Saidina Abu Bakar mengirim surat
meminta mereka yang murtad kembali kepada Islam. Maka jelas dalam hal
ini, menjatuhkan hukuman ke atas orang murtad adalah kesalah HUDUD.
Persoalannya
adakah HIMPUN bersuara dilaksanakan HUDUD ke atas orang Murtad? Kalau
tiada bermakna ianya perbuatan lagha / sia-sia. maka sewajarnya
perhimpunan ini tidak mendapat sambutan.
Persoalan kedua ialah
Pihak
yang menganjur HIMPUN mendapat sokongan MUFTI,Jabatan Agama,Majlis
Agama, Menteri Agama, NGO Islam, boleh dikatakan semua pihak yang
menyokong HIMPUN mempunnyai kuasa dan pengaruh yang kuar dalam Kerajaan
yang memerintah terutamanya Menteri Agama, Mufti dan Jabatan Agama, apa
yang dia orang buat selama ini? sehingga isu murtad menjadi isu yang
besar. Pekak dan buta kah mereka semua ini. Allah dah sebut dalam
al-quran,jangan jadi macam golongan yang " mereka mempunyai mata tetapi
tidak melihat, mempunyai telinga tetapi tidak mendengar..."
Gejala
murtad ini telah lama berlaku,kenapa baru hari ini timbul kesedaran
untuk berhimpun? di Selangor ? selepas tindakan JAIS,selepas isu titah
Sultan dipertikai?
Nyata dan jelas
tindakan HIMPUN ini mempunyai agenda tersirat yang tidak berapa ikhlas,
bukan 100% nak pertahan akidah Islam sangat.
maka sepatutnya lah ianya tidak mendapat sambutan.
Persoalan Ketiga;
Apakah akidah Islam dalam aktiviti memurtadkan orang Islam boleh dipertahan dan dihentikan dengan hanya mengadakan perhimpunan?
Tidakkah kita memikirkan bahawa
pihak sebaliknya juga mempunyai hak menuntuk kebebasan beragama kepada
mereka,tidak kah terfikir bahawa mereka juga berhak untuk mengadakan
perhimpunan serupa?
Andai hak mereka
disekat,tidak kah ianya akan menampakkan bahawa Islam itu amat buruk,
menindas agama lain,zalim dan sebagainya? Sedangkan dalam masyarakat
majmuk Negara Islam Madinah, Nabi S.A.W memberi hak yang sama kepada
pengganut agama lain.
Zul Kulim
pasti akan mempertikaikan bahawa HIMPUN itu tidak ikut Islam sebenar
???? kalau HUDUD pun dia pertikaikan,tak kan benda tak betul dalam
HIMPUN dia tak boleh pertikai?
Tidakkah Menteri Nikah Kawin dan
Tok Mufti Raja terfikir bahawa ada jalan lain untuk mempertahan dan
memperkasa kan akidah Islam? bukan dengan menjadi ahli perkasa...
Memperkasa
akidah bermula dengan pendidikan agama, kenapa pembelajaran agama tidak
diambil berat oleh pemerintah, sukatan pelajaran sekolah aliran agama
secara sistem pondok telah membuktikan bahawa ianya amat berkesan untuk
mempertahan akidah umat Islam.
Namun apa yang terjadi kepada SAR ? Menteri Nikah Kawin dan Tok Mufti pekak buta dan bisu ka?
malas dah aku nak tulis, tulis banyak-banyak pun yang pekak bisu buta bukan nak berubah juga.
Selagi
nama dia UMNO, akidah Islam sentiasa tergugat. perjuangan menegah Islam
akan dinafikan dan ditekan dengan berbagai cara, Sejarah telah lama
mencatat, malah telah menumpahkan darah syuhada di bumi Memali, kalau
bangsa seagama sendiri di bunuh, masakan UMNO boleh di harap nak jaga
akidah Islam ?....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan