Khamis, 20 Oktober 2011

Todak Menyerang Prof Aziz Bari....

Episod  Singapura di langgar todak versi baru telah muncul semula dengan tajuk dan lokasi peristiwa yang baru.
Sejarah telah melakarkan suatu sindiran yang  amat sinis beratus tahun yang lampau dan ianya berulang dan berulang kembali dalam versi yang lain tetapi atas plot yang sama.

Hanya kerana akal "budak" mengkritik "kebodohan" raja memerintah rakyat menahan betis ketika todak menyerang dan kebodohan, ketololan dan dunggunya pegawai raja atas nama titah raja, tanpa menilai titah itu cerdik atau bodoh maka dikerah seluruh rakyat marhain menahan betis bagi menghalang todak yang sedang menyerang pantai, barang sesiapa yang tidak mengikut titah raja maka ia akan dihukum bunuh....

Bodohnya beberapa spesis bangsa Melayu yang bertaraf pemimpin atas nama "menjilat pungkoq" sanggup menafikan buah fikiran ilmiah yang berlandaskan fakta dan undang-undang yang telah sedia termaktub, dengan kesombongan dan kebodohan yang terlampau,dicanang seluruh pelusuk tanah bahawa "akal budak" tadi telah mencemar nama baik raja dan "kurang ajar" terhadap raja, raja adalah betul semuanya,tidak boleh disanggah.

Bodohnya mereka-mereka ini dan butanya mereka yang kononnya kami lah pejuang bangsa Melayu TULEN dan kami pembela Sultan Melayu tentang "wa'ad" bangsa Melayu antara Demang Lebar Daun dan Merah Silu yang berlaku di Bukit Siguntang "raja adil raja disembah. raja zalim raja disanggah"...

Kalau versi lama hanya kerana akal budak yang cerdik,memberi pandangan kepada Sultan supaya menahan batang pisang mengganti betis hamba rakyat sendiri,setelah batang pisang diletak di pantai,maka guruh gempita todak tiada lagi,namun takdir tidak menyebelahi "budak", todak melompat dan terkena tengkolok Sultan, merah padam muka baginda Sultan kemarahan, atas nama peluang, atas nama penjilat, atas nama gah membodek Sultan,maka dicadang pembesar kepada Sultan supaya murka kepada "akal budak", kerana dia lah todak menyerang Sultan. Hilang segala "kecerdikan" maka dik kerana termakan hasutan atas kepentingan, maka di titah "tamatkan riwayat" budak kecil tak sedar dik untung,hidup melarat atas ehsan kerajaan....

Amat malang sekali apabila pakar akademik di "hukum bunuh" keilmuannya hanya kerana mengkritik titah Sultan, sedangkan kritikan atas fakta kebenaran,. Sejarah kegelapan umat MELAYU akan berterusan selepas semua karya ilmiah termasuk Kitab Sejarah Bangsa Melayu Sendiri "Tuhfat Al-Nafis" dibuang, dibakar diangkut keluar oleh penjajah yang diakui tidak pernah "dijajah" oleh pejuang kemerdekaan !!!
Gagalnya MELAYU memahami MELAYU apabila sejarah bangsanya sendiri Tuhfat al-Nafis ditulis semula oleh bangsa Inggeris.

dan Kini epidod kegelapan diulang cetak kembali. Mengenakan tindakan terhadap ilmuan MELAYU ISLAM, oleh orang yang mengaku MELAYU tetapi berotakkan YAHUDI telah membuang nilai-nilai ilmiah dengan menyulam bibit-bibit dendam kesumat yang tiada asas untuk berdendam, hanya kerana bercanggah pendapat,maka "akal dan kebijaksanaan" dihukum "bunuh".

Inilah bahannya apabila al-Quran bukan lagi dijadikan sumber hukum utama; " apabila kamu bercanggah pendapat tentang sesuatu perkara, maka kembali lah kepada Allah".
Sesiapa yang kembali kepada Allah maka dia akan selamat.
Namun orang yang mengambil akal dan nafsu sebagai jalan penyelesaian,maka dia telah memasukkan dirinya dalam pengaruh syaitan....wallahu a'lam...





Tiada ulasan: