Ahad, 3 Mac 2013

Insiden Semporna;terkini...

Kawalan keselamatan pihak berkuasa : jalan menuju ke Kg.Simunul,lokasi kejadian ditutup,sebarang aktiviti keluar masuk ke kawasan tersebut disekat.
Kenyataan dari seorang penduduk:
" Jalan utama depan rumah agak jem, banyak kenderaan. Sesekali terdengar siren polis memberi amaran. Ada lori tentera bersenjata macam rush menuju ke pekan. Jalan dari arah pekan pula kelihatan ramai yang sedang keluar dari Semporna dengan membawa berbungkus-bungkus barang keperluan masing-masing. Banyak kenderaan kereta,van,pikap,lori penuh dengan penumpang hingga di belakang2 lori sekali sedang dalam mood menyelamatkan diri. Terdengar seorang pemandu menjerit ke arah kenderaan2 yang setentang ; Balik rumah ! balik rumah ! polis suruh balik rumah !

Sementara itu,Ketua Polis Negara dalam sidang medianya hari ini mengesahkan bahawa lima orang anggota Polis terbunuh dalam serangan hendap pihak penceroboh pada peristiwa malam tadi.



Tiada ulasan: