Persoalannya :
1. Kenapa Kerajaan Filipina sibuk nak hantar kapal tentera laut dia untuk membawa penceroboh keluar dari Lahad Datu sewaktu awal pencerobohan dan rundingan tersebut berlaku?
2. Kenapa hari ini sekali lagi permintaan Manila untuk membawa masuk kapal tentera lautnya AT-296 BRP Tagbanua kononnya bagi membolehkkan kakitangan perubatan Filipina merawat mereka yang cedera dan membawa pulang saki baki anggota kumpulan ini ke Filipina ?
Siapa sebenarnya yang menceroboh Malaysia ?
Tetiba kerjaan Filipina sangat baik hati nak bantu pemberontak MNLF (Tentera Sultan Sulu ) yang selama ini berperang dengan tentera Filipina ? baik sangat mereka ?
Dari situasi ini dapat dikatakan bahawa terdapat anggota tentera Filipina di dalam kumpulan Tentera Sultan Sulu yang tidak diiktiraf rakyat Sulu sendiri, mana mungkin kerajaan yang menjadi musuh tentera MNLF ini nak menghulur bantuan dengan teramat mudah.
Jadi demi menyelamatkan kedudukan pasukan khas Filipina,mereka cuba berlakon atas alasan memberi bantuan perubatan.
Apakah kemudahan hospital kita tidak setanding dengan yang ada di Filipina?
Sejarah tidak pernah padam, perlu diingat bahawa Filipina masih berdendam dengan Malaysia dalam isu serangan :Lanun di Lahad Datu tahun 1989 dahulu. Hasil risikan pasukan keselamatan mendapati serangan tersebut bukan dari pihak lanun,tetapi dari pasukan komando Filipina.
Pasukan khas Malaysia telah bertindak mengekori kumpulan Lanun tersebut hingga ke Filipina, hasilnya mereka menemui Markas Komando di salah sebuah pulau di Selatan Filipina. Pasukan Khas Malaysia telah menyerang pulau tersebut hingga hancur binasa seterusnya lari keluar ke perairan antarabangsa kerana Tentera Laut Filipina telah mendapat maklumat dan sedang menuju ke pulau tersebut.
Disebabkan keadaan politik Filipina ketika itu tidak stabil kerana berlaku pergolakan menggulingkan Presiden Marcos,maka tiada tindak balas dan bantahan berlaku,kemungkinan juga rakyat dan kerajaan Filipina tidak menyedari situasi yang berlaku dalam insiden tersebut ataupun bagi mengelak isu panas "Komando Filipina" menyerang Lahad Datu ?
Maka dendam kesumat Filipina masih berterusan dan mungkin berbagai perancangan diatur untuk membalas dendam atas insiden serang tersebut.
Andaian ini dikuatkan lagi dengan betapa sibuknya mereka nak hantar Kapal Tentera Laut ke Lahad Datu bagi menyelamatkan "Komando" mereka atas nama Tentera Sultan Sulu...
Logiknya Kerajaan Filipina sepatutnya "gembira" kerana musuh mereka selama ini telah diambil tindakan oleh Kerajaan Malaysia,tepuk tangan saja la,buat apa sibuk nak bagi bantuan pula ?
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan