Rabu, 6 Mac 2013

Insiden Semporna :Sarjan Aziz Yang Ku Kenali

Takziah dan al-fatihah kepada anggota keselamatan yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Semporna dan juga Lahad Datu.

Sarjan Abdul Aziz Sarikon : seorang sahabat lama yang aku kenali sejak aku tiba di daerah terpencil ini tahun 1998.

Dengan perwatakan sederhana,jarang bercakap dan hanya tersenyum sahaja dalam apa-apa situasi ketika bersama rakan-rakan menjadikan dia seorang yang mudah didekati kawan-kawan.

Namun sejak Allahyarham dinaikkan pangkat Sarjan,tugas beliau semakin sibuk menyebab kami jarang dapat melepak atau ke hutan memburu,agak lama dan mungkin melebihi 3 tahun tidak tersua muka secara berdepan dengannya, hanya berselisih dijalan sahaja,tiada apa-apa jua melainkan Allahyarham tetap menghulurkan senyuman,itulah kelebihan yang ada pada dirinya... Semoga Allah mencucuri rahmat kepada Allahyarham....amin

Takziah buat keluarga Asp Micheal ak Padel.... walaupun tidak sempat mengenali beliau yang baru melaporkan diri di IPD Semporna menggantikan tempat KCK Asp.Hj.Ghazali,jasa dan pengorbananya amat dihargai.

Dikhabarkan bahawa beliau baru dua bulan sahaja dinaikkan pangkat ke ASP dan diarah bertukar ke daerah Semporna sebagai Ketua Cawangan Khas bagi menggantikan tempat Asp Hj Ghazali yang bercuti kerana melanjutkan pelajaran.
Walaupun ada dikalangan anggota bawahannya masih tidak dapat menerima kenyataan atas kehilangan beliau yang disifatkan sebagai seorang yang peramah dengan sesiapa sahaja, namun ketentuan takdir mengatasi segalanya.... Takziah buat anggota keluarga mendiang...






Tiada ulasan: