Ahad, 3 Mac 2013

Tentera Sultan Sulu;Terkini Semporna dalam Situasi Panas

Selepas Lahad Datu,hari ini lebih kurang jam 7.00 hingga 7.30 tadi berlaku tembak menembak antara pihak polis dengan anggota penceroboh yang telah mendarat di Semporna.
Kejadian berlaku di Kg.Simunul iaitu sebuah perkampungan majoritinya penduduk Filipina.

Dipercayai dua orang pegawai anggota elit Polis telah terkena tembakan dan seorang lagi di tawan pihak penceroboh.

Menurut maklumat yang boleh dipercayai, kumpulan penceroboh juga sedang cuba masuk melalui Bohey Lima yang terletak di sebelah laut Tanjung Kapor berhampiran Pulau Bait.

Pihak Polis juga didakwa sedang membuat kawalan ketat di kawasan Batu 3 dan Batu 4 Tawau kerana mendapat maklumat sama tentang pihak penceroboh telah mendarat di kawasan berkenaan.

Tiada ulasan: