SEORANG LAGI ANGGOTA KESELAMATAN KITA TERKORBAN DALAM INSIDEN LAHAD DATU : AL FATIHAH KEPADA PBT MOHD HURAIRAH T/1163468 DR 7MD,KEM KUKUSAN TAWAU YG TERBUNUH DLM PERTEMPURAN DI KG TANJUNG BATU LAHAD DATU..BERASAL DR KELANTAN.[VAT 69]
Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Datuk Zulkifeli Mohd Zain berkata, pasukan keselamatan bertembung dengan lima anggota penceroboh pada jam 7.45 pagi ini ketika melakukan operasi pembersihan di kawasan sekitar Sungai Nyamuk, dekat Tanjung Batu.
Zulkifeli (kiri) berkata penceroboh berundur ke bahagian atas Sungai Nyamuk dan anggota mengekori mereka dan diikuti dengan pertempuran pada kira-kira jam 10.45 pagi.
Dalam pertempuran tersebut tiga penceroboh terbunuh dan seorang lagi anggota tentera mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Sandakan dengan helikopter PDRM
Allahyarham berasal dari Kelantan dan jenazahnya dijanga akan tiba pagi esok di Pengkalan Chepa. Semoga Allah SWT mengurniakan ganjaran yang besar kepada Allahyarham yg terkorban mempertahankan kedaulatan negara...
Selasa, 12 Mac 2013
Ahad, 10 Mac 2013
2 Anggota PGA Cedera Dalam Pertempuran Dengan Pengganas
LAHAD DATU: Dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera dalam kejadian tembak menembak dengan pengganas Sulu di Kampung Tanjung Batu kira-kira pukul 8 malam Sabtu.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata dalam pertempuran selama enam jam itu itu, dua anggota dari PGA Miri cedera di bahagian betis dan peha.
Mereka dibawa ke Hospital Dutchess Of Kent, Sandakan.
Bagaimanapun menerusi sidang media pada Ahad, Hamza tidak dapat mengesahkan sama ada terdapat musuh yang berjaya ditembak atau tidak dalam pertempuran tersebut
Polis Semporna Tahan 33 Suspek Pengganas
SEMPORNA: Polis menahan 33 suspek yang dipercayai terlibat
secara langsung dengan pengganas Sulu dan turut disyaki menyalurkan
maklumat keselamatan kepada mereka.
Ketua Polis Daerah Semporna, DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata kesemua suspek yang ditahan di kampung pinggir bakau di sini merupakan warga asing dan mereka dihantar ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Lahad Datu untuk soal siasat.
"Mereka dihantar ke IPD Lahad Datu untuk soal siasat kerana ia berkaitan dengan Op Daulat," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.
Beliau berkata operasi yang bermula pada 6.30 pagi dan berakhir pada 9 pagi memfokuskan pemeriksaan dari rumah ke rumah dan turut menahan empat suspek wanita.
Katanya, kesemua suspek yang berusia 18 tahun ke atas itu, disiasat kerana dipercayai mempunyai kaitan dan melindungi pengganas Sulu.
Tinjauan Bernama ke lokasi operasi mendapati kira-kira 100 anggota polis dari IPD Semporna, VAT 69 dan Pasukan Gerakan Am melakukan pemeriksaan ke setiap rumah bagi mencari dan mengesan suspek pengganas Sulu.
Op Daulat yang dilancar bagi memburu saki-baki penceroboh bersenjata dari selatan Filipina itu masuk hari keenam hari ini dengan 53 penceroboh militan dilaporkan ditembak mati.
Sejak pencerobohan militan pada 12 Feb lepas, lapan anggota polis terkorban iaitu dua maut dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Simunul di sini sehari kemudian. BERNAMA

Sabtu, 9 Mac 2013
Semporna : 29 April 1954
Hari itu,
29 April, 1954, hari yang paling malang bagi penduduk Semporna. Hari yang
paling celaka, yang mengorbankan nyawa dan harta benda. Malah ada yang dicabul
kehormatan, dirogol dan diperkosa.
Tarikh hitam itu masih kekal dalam ingatan penduduk yang menyaksikan peristiwa berdarah akibat perbuatan ganas mundu-mundu (lanun-lanun) yang datangnya entah dari mana.
Pekan Semporna yang terletak di pinggir laut itu sepertimana biasa, aman dan damai. Petang itu, udara menghembus nyaman dari laut yang biru yang tenang itu.
Padang bola sepak yang terletak berhampiran dengan Balai Polis Semporna itu telahpun dipenuhi oleh peminat-peminat bolasepak yang saban petang punya pengunjungnya. Mereka bermain dengan begitu seronok sekali. Beberapa anggota polis juga turut bermain untuk mengeluarkan peluh di samping memupuk hubungan baik dengan masyarakat setempat.
Balai Polis Semporna yang terletak di bawah Kawalan Ketua Polis Daerah (OCPD) Lahad Datu mempunyai keanggotaan 7 orang sahaja. Ketua Polis Balai (OCS)- nya ialah Sarjan Sagar Singh. Perhubungan antara Balai Polis Semporna dengan ibu pejabat daerahnya di Lahad Datu hanya menerusi radio wireless dan jalan laut sahaja yang memakan masa lebih kurang 10 jam perjalanan.
Peristiwa berdarah itu masih segar dalam ingatan Encik Bullah Ganggal, bekas pegawai polis yang baru bersara dengan pangkat Penolong Penguasa Polis (ASP). En.Bullah, keturunan Kadazan, semasa kejadian itu bertugas di balai polis tersebut dengan pangkat Detektif Lans Koperal.
“ Segala-galanya bermula pada jam 5.30 petang. Pada masa itu penduduk-penduduk Semporna sedang berehat setelah kembali dari menangkap ikan. ” En.Bullah Ganggal memulakan ceritanya.
“ Para pemuda pula sedang seronok bermain bola. Ia turut berada berhampiran padang bola itu. Tiba-tiba bunyi tembak bertalu-talu dari arah jeti yang tidak jauh dari situ ”, katanya.
“ Orang di pekan dan di padang itu lari bercempera sambil berteriak, mundu! mundu ! (lanun ! Lanun !) cepat lari. Masing-masing mencari tempat perlindungan ".
“ Melihatkan keadaan kelam-kabut dan serangan mengejut lanun itu, Sarjan Sagar Singh segera memerintahkan orang-orangnya bersiap sedia. Ia memerintahkan saya membawa isteri dan anak-anak anggota polis Semporna berlindung di balai. Ini disebabkan keadaan di balai itu lebih selamat kerana adanya pagar berduri dan segala senjatapi serta peluru ada di sana ".
L/Kpl Bullah Ganggal segera bertindak dengan menjerit memanggil semua isteri dan anak-anak polis untuk mengikutnya ke balai.
“ Belum sempat isteri-isteri dan anak-anak polis itu saya lindungkan di balai, saya lihat dari celah-celah lubang berek kami, lanun-lanun yang ramainya tidak kurang 50 hingga 70 orang itu telahpun hampir dengan Balai Polis Semporna. Mereka berpecah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan mara ke balai polis satu lagi ke arah bot jabatan hutan ”.
Sementara itu di balai polis, Sarjan Sagar Singh dengan dibantu oleh orang-orangnya iaitu PC 442 Sulaiman dan PC Jambuan memuntahkan peluru ke arah lanun-lanun yang begitu ramai itu. Sarjan Sagar Singh dan orang-orangnya sekali-kali tidak mahu menyerah kalah kepada lanun-lanun itu sekalipun terpaksa mengorbankan nyawa mereka.
Sambil memuntahkan peluru ke arah balai yang dipertahankan bermati-matian oleh Sarjan Sagar Singh itu, lanun itu memusnahkan alat-alat hubungan wireless di luar balai itu. Dengan itu hubungan Balai Polis Semporna dengan Ibu Pejabat Daerah Polis Lahad Datu TERPUTUS.
“ Kita mesti pertahankan balai ini hingga ke titisan darah terakhir. Biar putih tulang, jangan putih mata ”, kata Sagar Singh kepada dua orang anggotanya dengan penuh semangat. Mereka terus melawan dengan beraninya.
En.Bullah Ganggal yang ditugaskan melindungi isteri dan anak-anak polis tidak dapat berbuat apa-apa kerana pada masa itu senjata tiada di tangannya. Kalau dia keluar tanpa senjata tentu seperti menyerah diri tanpa berlawan. Ia melihat bagaimana rakannya PC Jambuan yang kehabisan peluru ditikam dengan barung (parang) oleh lanun-lanun itu. Ia dibunuh dengan kejam sekali di mana perutnya diburaikan.
Akhirnya kerana kehabisan peluru dan lanun-lanun yang ramai itu bersenjatakan senjata-senjata automatik, maka Sarjan Sagar Singh dan dua orang anggotanya terkorban. L/Kpl Bullah Ganggal cuba untuk keluar dari tempat persembunyian untuk memberi bantuan tetapi dihalang oleh permintaan isteri Sjn.Sagar dan isteri-isteri anggota polis yang lain supaya jangan pergi dan melindungi mereka di situ.
Bila saja lanun-lanun itu mendapati Sjn Sagar dan orang-orangnya terkorban , mereka lalu merempuh ke dalam balai polis. Bilik radio polis dipecah dan alat-alatnya dimusnahkan. Mereka juga memecahkan bilik besi tempat menyimpan senjatapi dan peluru lalu merampasnya.
Lanun-lanun itu semakin menganas. Senjatapi mereka ditembak ke sana ke mari. Mereka terus menggeledah seluruh rumah dan kedai di pekan Semporna.
“ Apa yang saya dengar lepas itu ialah teriakan dan jeritan minta tolong oleh mangsa-mangsa lanun-lanun yang jahat itu. Mereka bukan sahaja merompak, mengambil apa sahaja barang-barang berharga, makanan, malah mereka juga merogol wanita dan anak dara. Mereka sungguh kejam dan tidak berkeperimanusiaan langsung”, Kata En.Bullah dengan perasaan amat geram. “ Apakan daya masa itu saya tidak bersenjata dan memikirkan pula keselamatan anak isteri anggota-anggota polis. Saya kesal tidak dapat membantu kawan-kawan saya yang gugur sebagai perwira negara ".
“ Lanun-lanun celaka itu telah bermaharajalela selama 3 jam iaitu dari jam 5.30 hingga 8.30 malam di pekan Semporna. Mereka melakukan pelbagai dosa yang tidak dapat diampun ", terang beliau lagi.
Menurut En.Bullah ia tidak tahu dari mana datangnya lanun-lanun itu tetapi ia mengagakkan dari percakapannya adalah dari Seberang (Filipina).
Selama 3 jam Semporna telah menjadi neraka. Lanun-lanun bertindak sewenang-wenangnya kerana tiada siapa berani melawannya. Akibatnya, Semporna musnah semacam diserang garuda, menjadi padang jarak padang tekukur. Setelah lanun-lanun itu puas memuaskan hawa nasfu, mereka segera menghilangkan diri di lautan luas dengan kumpit-kumpit (perahu) yang dilengkapi dengan motosangkut laju.
“ Bila mendapati lanun-lanun itu berlalu, saya dan anak isteri anggota-anggota polis keluar dari tempat persembunyian di berek polis itu. Betapa sedih hati saya melihatkan rakan-rakan saya, Sjn Sagar, PC Jambuan, PC Gimun terkorban. Mayat mereka yang berlumuran darah itu dipeluk dan ditangisi oleh anak dan isteri masing-masing. Saya turut menitiskan air mata melihatkan peristiwa itu. Hingga hari ini ianya kekal dalam ingatan saya, ” ceritanya lagi.
L/Kpl Bullah segera mengambilalih tugas Ketua Polis Balai. Didapatinya dua orang anggotanya masih hidup. Mereka itu sedang bermain bola ketika lanun menyerang. Oleh kerana tidak sempat lari ke balai, mereka terpaksa bersembunyi.
Setelah menguruskan mayat empat orang rakannya L/Kpl Bullah terus berbincang dengan Ketua Anak Negeri (Penghulu) Semporna, Panglima Jakarullah yang telahpun tiba di balai bersama-sama orangnya.
Dengan bantuan mereka, dia membuat rondaan di sekitar bandar Semporna untuk mengumpul mayat dan memberi pertolongan kepada orang yang cedera akibat kekejaman lanun-lanun tadi. Hasilnya mereka menemui mayat seorang pegawai hutan British, seorang pekedai Cina (tukang jahit) dan seorang pemuda Bajau Semonul. Mayat -mayat itu dibawa ke balai polis untuk diuruskan.
L/Kpl Bullah seterusnya mengadakan perbincangan dengan Panglima Jakarullah dan orang-orangnya pada malam kejadian itu. Mereka mengambil keputusan untuk menhantar dua orang awam ke Lahad Datu bagi membawa pembantu hospital Harry Chew dan Lian Chap Yit yang luka parah mendapat rawatan. Di samping itu mereka juga diarahkan meminta bantuan segera dari KPD Lahad Datu yang tidak dapat dihubungi menerusi wireless radio.
Pada malam itu L/Kpl, Bullah dan Panglima Jakarullan serta orang-orangnya mengambil keputusan untuk berjaga dan berwaspada bagi menentang lanun-lanun yang mungkin datang sekali lagi.
Petang esoknya, 30hb, Mac barulah rombongan yang diketuai oleh Pegawai Daerah Lahad Datu, Mr.Dalimore dan Ketua Polis Daerah (OCPD), Mr.W.R.H. Roberts tiba untuk menyaksikan pekan Semporna yang hampir menjadi padang jarak padang tekukur itu.
Peristiwa ngeri itu amat menakutkan penduduk-penduduk Semporna. Ada di antara mereka yang lari bersembunyi tidak mahu balik ke rumah beberapa hari kerana takutkan lanun mengganas lagi. Seorang kakitangan kerajaan yang bertugas di Semporna, ketika kejadian itu terus jadi ' gagap ' hingga ke hari ini kerana terlampau terkejut, gamam dan ketakutan

Jumaat, 8 Mac 2013
Insiden Semporna : Mayat Anggota Polis Diperlaku Dengan Kejam
Ditawan kemudian dipenggal kepala merupakan antara kekejaman yang tiada tara
dilakukan pengganas Sulu ke atas anggota keselamatan negara.
Bukan itu sahaja,
seorang anggota pasukan keselamatan yang turut ditawan dirodok perutnya
menggunakan parang Sulu atau barong sebelum dadanya dibelah dan dikeluarkan
segala organ dalaman.
Badan wira negara
juga ditetak sehingga bercerai beberapa anggota badan sebelum dicampak ke laut
manakala ada antara mereka maut kerana kedua biji mata mereka dicungkil
menggunakan senjata tajam.
Seorang lagi anggota
pasukan keselamatan walaupun terselamat menjadi cacat apabila kedua-dua belah
tangannya kudung akibat ditetak dan kepalanya dikelar menggunakan kerambit.
Kesemua wira negara
itu diperlakukan sedemikian selepas diserang hendap pada 2 Mac lalu di Kampung
Sri Jaya, Simunul, Semporna.
Perbuatan yang
sangat sadis dan tidak berperikemanusiaan itu menimbulkan tanda tanya apakah
mereka ini di bawah pengaruh dadah atau ilmu hitam.
Malah, Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga menyatakan beliau amat dukacita
apabila niat suci Malaysia untuk tidak membenarkan setitik darah tumpah di bumi
Sabah dibalas dengan kekejaman oleh pengganas Sulu terhadap anggota
keselamatan.
Dalam pada itu,
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Facebook hari ini mengesahkan, selepas
operasi menyelamat dibuat anggota komando VAT 69, mayat anggota polis ditemui
dalam keadaan diperlaku dengan penuh kejam.
"Apabila tiba
di Kampung Simunul, pasukan polis diserang hendap oleh penceroboh. Enam anggota
polis terkorban manakala dua yang lain cedera. Enam penceroboh bersenjata telah
dibunuh pihak polis.
"Polis
menghantar pasukan penyelamat untuk membawa keluar mayat wira-wira kita. Mayat
anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan kejam oleh penceroboh
bersenjata tersebut," katanya.
Dalam serangan itu,
enam anggota polis maut iaitu Supritendan Ibrahim Lebar, Asisten Supritendan
Micheal Padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Aziz Sarikun, Koperal Salam Togiron
dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran.
Semua mereka yang
maut itu kemudian diberi kenaikan pangkat berkuat kuasa serta-merta sebagai
menghargai jasa dan pengorbanan wira yang diumumkan sendiri oleh Timbalan Ketua
Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Terdahulu, pada 1
Mac lalu, pengganas Sulu juga bertindak keji apabila berpura-pura menyerah diri
dengan mengangkat bendera putih sebelum menembak mati dua anggota komando VAT
69 dan mencederakan tiga yang lain di Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Allahyarham Asisten Supritendan Zulkifli Mamat,
29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46, yang menyangka pengganas Sulu ikhlas kemudian
bangkit daripada posisi meniarap menyebabkan kedua-dua mangsa maut ditembak di kepala.Khamis, 7 Mac 2013
Insiden Lahad Datu : 52 Penceroboh Termasuk Seorang Jeneral Terbunuh
LAHAD DATU, 7 Mac — Seramai 32 pemberontak Sulu telah dibunuh
sejak semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kematian dikalangan penceroboh
bersenjata warga Filipina di Sabah sebanyak 52 orang, kata pihak berkuasa hari
ini.
Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin juga berkata serangan udara pada Selasa lalu ke atas kawasan persembunyian penceroboh Sulu di Kampung Tanduo bukan bertujuan untuk membunuh sesiapa, sebaliknya untuk “meneutralkan” pihak musuh supaya pasukan keselamatan dalam masuk tanpa sebarang tentangan.

“Serangan udara bukan bertujuan untuk membunuh,” kata
Zulkifeli semasa sidang media bersama dengan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri
Ismail Omar hari ini.“Jumlah keseluruhan musuh yang telah terkorban adalah
sebanyak 52,” kata Ismail.
Ismail menambah pasukan keselamatan telah menembak 31
penceroboh Sulu bersenjata di Kampung Tanjung Batu semalam dan seorang di
kampung Tanduo pagi tadi.
Lapan anggota polis Malaysia terkorban awal minggu ini
disini dan Semporna, menjadikan jumlah kematian keseluruhan 60 orang pada
ketika ini.Ismail juga berkata jeneral Sulu antara individu yang terkorban.
Namun, beliau menambah tidak dapat mengesahkan sama ada
ketua kumpulan penceroboh Agbimuddin Kiram antara mereka yang terkorban.
Ismail berkata penceroboh Sulu juga telah bergerak ke
Kampung Tanjung Batu, yang mana jaraknya antara empat ke lima kilometer
persegi.Beliau juga berkata terdapat “sebilangan” penceroboh Sulu juga
menghilangkan diri.
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menolak gencatan
senjatan hari ini untuk menghentikan pertempuran yang hampir masuk sebulan
dengan penceroboh.
Insiden Lahad Datu : Operasi Ketenteraan Diteruskan[bergambar]
Kejadian tembak-menembak kembali tercetus hari ini di kawasan operasi Kg Tanduo ketika pasukan keselamatan kita meneruskan operasi menggeledah untuk mencari saki baki kumpulan penceroboh.Laman Utusan Onlinemelaporkan, kejadian berkenaan berlaku pada kira-kira jam 9.15 pagi.
Ia turut melaporkan, pasukan keselamatan turut melepaskan tembakan dari kereta perisai pada jam 8.30 pagi.Sementara itu, pesawat udara tentera juga dilaporkan berlegar di udara pada jam 7.30 pagi di kawasan operasi itu.
Kosmo pula melaporkan Pasukan keselamatan mengadakan
kepungan di laut dan darat bagi mengekang kemasukan bekalan makanan dan
persenjataan kepada kumpulan pengganas bersenjata di Sabah.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata,
pihak keselamatan turut menangkap pengganas yang cuba masuk dan keluar daripada
Kampung Tanduo serta Tanjung Batu bagi mendapatkan bekalan makanan.
"Kita telah mengadakan kepungan setakat ini,
jika mengikut jalan laut, kita telah mengadakan kerjasama erat dengan pasukan
seperti ATM (Angkatan Tentera Malaysia dan TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia).
Kita telah mengadakan kepungan di lautan dan di darat.
"Saya rasa bekalan makanan itu tidak dapat
masuk, kerana banyak juga cubaan yang kita dapati yang mereka nak masuk dan nak
keluar, kita berjaya menangkap mereka,” katanya ketika ditemu bual menerusi
program Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 yang disiar secara langsung, di sini hari
ini.
Mengenai kumpulan pengganas yang dipercayai
menyamar sebagai orang awam susulan tindakan ofensif pihak keselamatan
kelmarin, Hamza berkata, pihaknya mengadakan kepungan di Kampung Tanjung Batu
bagi memastikan tiada orang awam di situ sebelum serangan dilakukan. – BERNAMA
Dalam perkembangan berkaitan laporan Malaysian Insider menyebut pemimpin militan Agbimuddin
Kiram tidak menghubungi rumah dalam masa 24 jam, kata abangnya, lelaki yang
mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, Jamalul Kiram III, pagi ini, dikala jet
pejuang Malaysia turun sekali lagi di Sabah untuk mencari pemberontak Sulu.
Siaran televisyen Filipina ABS-CBN News Channel
mengatakan pagi ini, keluarga Kiram semakin bimbang berhubung keselamatan
tentera mereka di Lahad Datu, dimana tentera Malaysia telah masuk melalui darat
dan udara, dalam operasi untuk membentras kumpulan militan tersebut.
“Menurut Sultan Jamalul Kiram, sehingga kini,
beliau masih belum mendapatkan perkembangan dari Datuk Raja Muda Kiram yang
sekarang ini berada di Sabah,” kata wartawan siaran tersebut Jerome Lantin jam
8.00 pagi tadi.
“Sultan mengatakan semakin sukar untuk berhubung
dengan tentera Di Raja sekarang kerana mereka terpisah-pisah.”
Wartawan itu melaporkan tentang perkembangan
terbaru keluarga Kiram, yang kini menetap di Taguig City, Filipina, dan
dianggarkan 40 orang tentera “Di Raja” telah gugur semenjak pertempuran pertama
minggu lalu.
Sementara Mstar melaporkan Jamalul Kiram III yang mendakwa
dirinya sebagai Sultan Sulu mengumumkan gencatan senjata segera terhadap
pencerobohan di Sabah berikutan gesaan Setiausaha Agung Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu PBB Ban Ki-moon bagi menamatkan keganasan di Sabah dan
mengadakan dialog.
"Sultan (Jamalul Kiram III) mengumumkan
gencatan senjata sebelah pihak bagi pihak Kesultanan Sulu bermula pukul 12.30
tengahari Khamis," kata jurucakap Ibrahim Idjirani, menurut
ABS-CBNnews.com. Beliau berkata tindakan ini dibuat sebagai menghormati gesaan
setiausaha agung PBB untuk menamatkan keganasan di sana.
Beliau berkata ini adalah "untuk membalas
seruan PBB bagi memelihara nyawa."Ketua PBB juga menyatakan kebimbangan
pencerobohan terhadap penduduk awam, termasuk pendatang di rantau ini.
Dalam pada itu beliau turut berharap Malaysia juga
akan mengisytiharkan gencatan senjata bagi mengelakkan lebih banyak kehilangan
nyawa.Kompilasi
SUMBER BERITA DI SINI
Nama-nama Allah Yang Indah
No.
|
Nama
|
Arab
|
Maksud
|
1
|
al-Rahman
|
الرحمن
|
Maha Pengasih
|
2
|
al-Rahim
|
الرحيم
|
Maha
Penyayang
|
3
|
al-Malik
|
الملك
|
Maha
Merajai/Memerintah
|
4
|
al-Quddus
|
القدوس
|
Maha
Suci
|
5
|
al-Salam
|
السلام
|
Maha
Memberi Kesejahteraan
|
6
|
al-Mukmin
|
المؤمن
|
Yang
Memberi Keamanan
|
7
|
al-Muhaimin
|
المهيمن
|
Maha
Pemelihara
|
8
|
al-Aziz
|
العزيز
|
Maha
Gagah
|
9
|
al-Jabbar
|
الجبار
|
Maha
Perkasa
|
10
|
al-Mutakabbir
|
المتكبر
|
Maha
Megah, Yang Memiliki Kebesaran
|
11
|
al-Khaliq
|
الخالق
|
Maha
Pencipta
|
12
|
al-Barik
|
البارئ
|
Yang
Melepaskan (Membuat, Membentuk, Menyeimbangkan)
|
13
|
al-Musawwir
|
المصور
|
Yang
Membentuk Rupa (makhluknya)
|
14
|
al-Ghaffar
|
الغفار
|
Maha
Pengampun
|
15
|
al-Qahhar
|
القهار
|
Yang
Memaksa
|
16
|
al-Wahhab
|
الوهاب
|
Maha
Pemberi Kurnia
|
17
|
al-Razzaq
|
الرزاق
|
Maha
Pemberi Rejeki
|
18
|
al-Fattah
|
الفتاح
|
Maha
Pembuka Rahmat
|
19
|
al-Alim
|
العليم
|
Maha
Mengetahui (Memiliki Ilmu)
|
20
|
al-Qabid
|
القابض
|
Yang
Menyempitkan (makhluknya)
|
21
|
al-Basit
|
الباسط
|
Yang
Melapangkan (makhluknya)
|
22
|
al-Khafid
|
الخافض
|
Yang
Merendahkan (makhluknya)
|
23
|
al-Rafik
|
الرافع
|
Yang
Meninggikan (makhluknya)
|
24
|
al-Muiz
|
المعز
|
Yang
Memuliakan (makhluknya)
|
25
|
al-Muzil
|
المذل
|
Yang
Menghinakan (makhluknya)
|
26
|
al-Samik
|
السميع
|
Maha
Mendengar
|
27
|
al-Basir
|
البصير
|
Maha
Melihat
|
28
|
al-Hakam
|
الحكم
|
Maha
Menetapkan
|
29
|
al-Adl
|
العدل
|
Maha
Adil
|
30
|
al-Latif
|
اللطيف
|
Maha
Lembut
|
31
|
al-Khabir
|
الخبير
|
Maha
Mengetahui Rahasia
|
32
|
al-Halim
|
الحليم
|
Maha
Penyantun
|
33
|
al-Azim
|
العظيم
|
Maha
Agung
|
34
|
al-Ghafur
|
الغفور
|
Maha
Pengampun
|
35
|
al-Syakur
|
الشكور
|
Maha
Pembalas Budi (Menghargai)
|
36
|
al-Ali
|
العلى
|
Maha
Tinggi
|
37
|
al-Kabir
|
الكبير
|
Maha
Besar
|
38
|
al-Hafiz
|
الحفيظ
|
Maha
Menjaga
|
39
|
al-Muqit
|
المقيت
|
Maha
Pemberi Kecukupan
|
40
|
al-Hasib
|
الحسيب
|
Maha
Membuat Perhitungan
|
41
|
al-Jalil
|
الجليل
|
Maha
Mulia
|
42
|
al-Karim
|
الكريم
|
Maha
Pemurah
|
43
|
al-Raqib
|
الرقيب
|
Maha
Mengawasi
|
44
|
al-Mujib
|
المجيب
|
Maha
Mengabulkan
|
45
|
al-Wasik
|
الواسع
|
Maha
Luas
|
46
|
al-Hakim
|
الحكيم
|
Maka
Bijaksana
|
47
|
al-Wadud
|
الودود
|
Maha
Pencinta
|
48
|
al-Majid
|
المجيد
|
Maha
Mulia
|
49
|
al-Bais
|
الباعث
|
Maha
Membangkitkan
|
50
|
al-Syahid
|
الشهيد
|
Maha
Menyaksikan
|
51
|
al-Haq
|
الحق
|
Maha
Benar
|
52
|
al-Wakil
|
الوكيل
|
Maha
Memelihara
|
53
|
al-Qawi
|
القوى
|
Maha
Kuat
|
54
|
al-Matin
|
المتين
|
Maha
Teguh
|
55
|
al-Wali
|
الولى
|
Maha
Melindungi
|
56
|
al-Hamid
|
الحميد
|
Maha
Terpuji
|
57
|
al
Muhsi
|
المحصى
|
Maha
Menghitung
|
58
|
al-Mubdik
|
المبدئ
|
Maha
Memulai
|
59
|
al-Muid
|
المعيد
|
Maha
Mengembalikan Kehidupan
|
60
|
al-Muhyi
|
المحيى
|
Maha
Menghidupkan
|
61
|
al-Mumit
|
المميت
|
Maha
Mematikan
|
62
|
al-Hai
|
الحي
|
Maha
Hidup
|
63
|
al-Qayyum
|
القيوم
|
Maha
Mandiri
|
64
|
al-Wajid
|
الواجد
|
Maha
Penemu
|
65
|
al-Majid
|
الماجد
|
Maha
Mulia
|
66
|
al-Wahid
|
الواحد
|
Maha
Esa
|
67
|
al-Ahad
|
الاحد
|
Maha
Esa
|
68
|
al-Samad
|
الصمد
|
Tempat
Meminta
|
69
|
al-Qadir
|
القادر
|
Maha
Menentukan, Maha Menyeimbangkan
|
70
|
al-Muqtadir
|
المقتدر
|
Maha
Berkuasa
|
71
|
al-Muqaddim
|
المقدم
|
Maha
Mendahulukan
|
72
|
al-Muakhir
|
المؤخر
|
Maha
Mengakhirkan
|
73
|
al-Awwal
|
الأول
|
Maha
Awal
|
74
|
al-Akhir
|
الأخر
|
Maha
Akhir
|
75
|
al-Zahir
|
الظاهر
|
Maha
Nyata
|
76
|
al-Batin
|
الباطن
|
Maha
Ghaib
|
77
|
al-Wali
|
الوالي
|
Maha
Memerintah
|
78
|
al-Mutaali
|
المتعالي
|
Maha
Tinggi
|
79
|
al-Bar
|
البر
|
Maha
Penderma
|
80
|
al-Tawwab
|
التواب
|
Maha
Penerima Taubat
|
81
|
al-Muntaqim
|
المنتقم
|
Maha
Penyiksa
|
82
|
al-Afu
|
العفو
|
Maha
Pemaaf
|
83
|
al-Rauf
|
الرؤوف
|
Maha
Pengasih
|
84
|
Malik
al-Mulk
|
مالك
الملك
|
Penguasa
Kerajaan (Semesta)
|
85
|
Zu
al-Jalal wa al-Ikram
|
ذو
الجلال و الإكرام
|
Pemilik
Kebesaran dan Kemuliaan
|
86
|
al-Muqsit
|
المقسط
|
Maha
Adil
|
87
|
al-Jamik
|
الجامع
|
Maha
Mengumpulkan
|
88
|
al-Ghani
|
الغنى
|
Maha
Berkecukupan
|
89
|
al-Mughni
|
المغنى
|
Maha
Memberi Kekayaan
|
90
|
al-Manik
|
المانع
|
Maha
Mencegah
|
91
|
al-Dar
|
الضار
|
Maha
Memberi Derita
|
92
|
al-Nafik
|
النافع
|
Maha
Memberi Manfaat
|
93
|
al-Nur
|
النور
|
Maha
Bercahaya (Menerangi, Memberi Cahaya)
|
94
|
al-Hadi
|
الهادئ
|
Maha
Pemberi Petunjuk
|
95
|
al-Badik
|
البديع
|
Maha
Pencipta
|
96
|
al-Baqi
|
الباقي
|
Maha
Kekal
|
97
|
al-Waris
|
الوارث
|
Maha
Pewaris
|
98
|
al-Rasyid
|
الرشيد
|
Maha
Pandai
|
99
|
al-Sabur
|
الصبور
|
Maha
Sabar
|
JUGA DISINI
Langgan:
Catatan (Atom)