Isnin, 1 Ogos 2011

ANTARA MENYENTUH BABI DENGAN MENYENTUH LORONG YANG DILALUI BABI

Cerita ceritit bab memburu, bagi yang pernah pergi memburu binatang hutan pasti pernah mengelami situasi sebegini.

Pernah dalam satu situasi aku dan member2 pergi memburu, kami masuk hutan jam 6 petang, sebelum masuk hutan tu aku dah berwuduk untuk solat magrib di hutan nanti, sesampai sahaja di hutan hampir jan 7.00 malam,magrib dah nak habis, kami solat berjemaah.

Selepas selesai solat,kami pun memulakan langkah mengikut jejak payau/rusa yang macam baru petang tadi melalui jalan tersebut, sampai satu tempat tapak kaki payau tu masuk satu lorong babi, kami pun ikut, lebih kurang 2 jam ikut tapi masih juga tak jumpa payau yang diburu.

Berbekalkan wuduk yang masih selamat, aku mencari arah kiblat dalam kepekatan malam, merenung bintang kiblat dilangit, aku pun solat isyak sorang-sorang dengan pakaian yang sama,ada kotoran tanah di seluar, bersejadahkan lantai hutan,cuma tempat sujud sahaja berlapikkan kain pengikat kepala aku yang dah basah berpeluh.

Rupanya sembahyang aku tu jadi perhatian dua orang member memburu, selesai sembahyang, dia orang tanya aku:

1. Boleh ka sembahyang pakai pakaian kotor dengan lumpur tanah?
2. Tadi kita ikut lorong bekas babi, pokok-pokok kiri dan kanan dah disentuh badan babi, tak najis ka?
3. Kau yakinkan arah kiblat sembahyang tadi,sah ka tidak sembahyang kalau salah kiblat?

Jawapan aku :

1. Aku tanya balik, tanah tu najis ka? Jawapannya bukan. Kalau bukan ertinya sembahyang kita dengan pakaian yang kotor dengan tanah tetap sah,lagipun kalau tak ada air,kena tayammum dengan tanah juga.
2. Soalan kedua berkaitan dengan lorong babi. Jawapan aku macam biasa,timbul semula soalan. Kita sentuh pokok-pokok dilaluan babi tu atau kita sentuh babinya?
Jawapannya ialah sentuh pokok-pokok, jadi kalau dah sentuh pokok boleh la sembahyang kerana pokok bukannya najis, lain la kalau kita gi peluk babi kat lorong dia tu, itu baru najis.

3. Arah kiblat boleh kita berpandukan kedudukan 7 bintang tertentu, bintang tersebut membentu imam dan makmum,kedudukan imam tu la kiblat.
Kalau tak ada bintang,kita boleh tebang pokok sebesar lengan, dalam batang pokok tu ada bentuk bulatan tidak sekata,satu bahagian bulatan membentuk garisan yang rapat dan kembar, manakala bahagian lain berjarak, nak tahu kiblat sembahyang kena tengok arah mana garisan bulatan yang rapat dan berkembar tu tunjuk, jadi dari situlah menunjukka arah kiblat.

Kalau tak ada juga, tengok pula pokok-pokok renek dibawah pokok besar, kea rah mana pokok renek tersebut membengkok. Kalau pokok tersebut membengkok arah kanan,kiblat pasti sebelah yang berlawanan, kenapa? Pokok “makan cahaya matahari pagi”. Kiblat sebelah matahari terbenam.

Senang cerita, tak ada alasan untuk kita tak sembahyang,dalam apa jua keadaanpun, hukum sembahyang tetap wajib dilaksanakan, cuma caranya sahaja boleh berbeza dalam situasi yang tertentu.

Tiada ulasan: