Isnin, 8 Ogos 2011

Duit Raya atau duit Pulih Semangat


Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

KN : Terima kasih kerana pulangkan semula duit cukai rakyat kepada penjawat awam walaupun setengah bulan gaji dan minimun RM500.
Kesatuan minta dua bulan gaji tak boleh nak bagi, depa dok makan setengah abad punya gaji senang-senang saja lulus.
Cuma PM kena ubah niat, bagi bonus bukan kerana nak pulih semangat tetapi kerana Allah nak tolong penjawat awam...

Tiada ulasan: