Ahad, 7 Ogos 2011

SAPS ; Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

07.08.2011,6.00am, Ahad seawal 6 pagi guru-guru telah masuk bekerja bagi menyiapkan markah peperiksaan secara on-line. Kesibukan mengisi markah dari lewat tengah malam hingga kewaktu sahur dan bersambung hingga sesudah subuh disebabkan masalah sistem SAPS yang lembab menyebabkan para guru terpaksa bersengkang mata demi menyiapkan arahan dari pihak Kementerian Pelajaran.
Sistem yang baru diperkenalkan dan terus diberi arahan perlaksanaan telah menampakkan kelemahan yang amat ketara sehingga tempoh masa terakhir penghantaran markah telah ditunda ke tarikh yang baru sebanyak tiga kali.
Walaubagaimanapun,atas nama tugasan dan tanggungjawab,para guru tetap menjalankan tugas dengan penuh dedikasi biarpun sibuk dengan persiapan berbuka puasa, bersahur, sibuk dengan kerenah anak-anak, malah sibuk dengan talian internet yang kurang memuaskan terutama di kawasan luar bandar dan pendalaman, malah mungkin ada yang tidak pernah melayari internet disebabkan tiada "liputan"

Tiada ulasan: