Sabtu, 13 Ogos 2011

Isu Pembesar Suara Sebelum Subuh

bagi aku benda ni kecik saja, hampa nak pasang kaset tak pa,tak pasang pun tak pa,bukan boleh rosak akidah pun. Cuma kalau masyarakat sekeliling tu ada Islam dan kapiaq, hormat la sikit kat depa yang kapiaq tu.
kena pikiaq juga pasai pa tetiba bawak keluaq isu pasang kaset quran sebelum subuh sampai kena ada fatwa? fatwa tu baguih, tapi yang nak kena sembur dengan budak2 UMNO bodoh piang tu kerajaan PR Pulau Pinang,ada modal besaq depa macam isu serbu gereja di Selangor juga la.

dulu-dulu waktu aku kecik-kecik, sebelum masuk waktu magrib ada jawatankuasa masjid suka pasang kaset lagu arab nyanyian "Umi Kalsom", boleh kata tiap-tiap hari ada saja lagu arab tu, depa dok sangka lagu nasyid. sekali mai,bila aku dah besaq, aku "qhosek" la juga siapa Umi Kalsom tu, rupanya penyanyi pop macam Saloma juga la. nah ambik hang....

lepas tu time aku besaq sikit dah masuk sekolah menengah, ada juga depa pasang kaset lagu " Pak Ku Shadat"; lagu popular dia "husin pak man telo,dua kati tiga kilo".
mangkuk hayun betoi, boleh pasang benda "lagha" di masjid sebelum magrib,bukannya boleh teguq depa ni,pandai mengalahkan profesor.

Nasib baik depa tak pasang lagu pak ku shadat sebelum subuh,kalau tidak mesti penuh masjid time subuh.puak-puak kapiaq pun seqhonok dengaq, silap hari bulan,siap mai lepak ditangga masjid lagi. kalau pasang kaset "tahrim" sebelum subuh mana depa mau. JKKK lagi la tak mau dengaq konon ganggu orang bukan Islam nak tidoq, padahal puak-puak dia yang dok lentok dalam sentung kain sampai matahari naik menggalah.


Tiada ulasan: