Sabtu, 13 Ogos 2011

GERAKAN CEGAH MURTAD?

Nama tu sedap didengar, tapi apa niat sebenar? ikhlaskan depa ni semua?
tunggu dan lihat saja la apa gerakkerja yang bakal dilakukan oleh NGO ni,
Kalau niat depa ikhlas dan tidak ada tujuan politik dibelakang, secara ilmiah dan survival akidah tauhid,aku sokong.

SOROTAN ISU:

Sekali air bah sekali pantai berubah,inilah minda melayu UMNO, bila timbul isu dalam negeri PR,riuh rendah macam ayam baru lepas bertelur. pada hal isu murtad ni dah lama dan paling aktif berlaku sejak awal 90an lagi, ramai budak-budak U diserang demam tidak boleh mengucap kalimah syahadah gara-gara diberi "minum holly water" di dewan makan kolej kediaman dan kafe di Universiti. malah ada Universiti yang dapat peruntukan bina gereja dalam kampus, MB Selangor Tan Sri Khalid ka yang lulus tapak dan bagi dana kat depa?UMNO.

zaman UMNO tengah mabuk kuasa,tak ada sekor pun NGO UMNO yang meroyan nak tangani isu ni.
dah berjela cadangan rang undang-undang murtad dicadangkan oleh PAS di parlimen, menteri dah silih berganti,bekas Menteri di JPM,Hamid Zainal Abdin, Hamid Osman, Zahid Hamidi, Dr.Mashitah dan la ni Jamil Khir, semua pakat diam saja,MP UMNO tolak usul dari dibincang di parlimen.
Siapa menteri-menteri tu semua,dari PAS PR ka?bahlul la kalau ada yang kata depa tu orang kuat PAS.

tapi bila isu tu heboh dinegeri PR hari ni, depa sibuk macam haram jadah, baguih tu memang baguih, tapi kalau sebab nak jadi "munafik" baik tak payah.

Kalau UMNO serius,kenapa tak buat siasatan sejak didedahkan oleh Mufti Perak lebih 100ribu Islam dah murtad, NAzri Aziz siap menafikan lagi kenyataan Mufti ni suatu ketika dulu.
Kelantan saja yang PAS pegang waktu tu, lain-lain negeri semua bawah UMNO termasuk negeri Gereja Methodits yang kena serbu Hasan Ali PAS dan JAIS.
lepas tu pakat jadi munafik,pakat sokong Hasan Ali sebab ada peluang nak belasah kerajaan Selangor.

Persoalannya;
Kenapa hanya gereja methodits tu saja yang jadi isu?
Kenapa media UMNO, Utusan Melayu tak cuba dedahkan gereja-gereja lain lagi?
Kenapa tak siasat gereja mana yang jadi master mind dalam memurtadkan orang Islam?
Kenapa tak siasat di negeri mana gereja tu?
Kenapa tak siasat siapa ketua gereja yang murtadkan orang Islam?
Kenapa tak siasat siapa di belakang gereja tu?
Kenapa tak siasat siapa penyumbang dana untuk memurtadkan orang Islam? sehingga ada agen murtad yang dibayar RM1000 - RM5000 satu kepala orang Islam yang murtad...

Kenapa tak ada kenyataan Menteri Besar dan Ketua Menteri kerajaan UMNO akan memantau gereja negeri masing-masing dalam menangani isu murtad?

BERSIH kan tujuan politik dalam GERAKAN CEGAH MURTAD ini. IKHLAS dan PERBETUL kan niat dalam melaksanakan gerak kerja basmi murtad. Buang sifat nak cari "publisiti murahan" atau kata lain "takbur".

Kalau HIMPUNAN BERSIH dapat sokongan kerana tidak mempunyai agenda politik satu pihak.
Kenapa pula GERAKAN CEGAH MURTAD yang BERSIH tidak bisa mendapat sokongan.

Tiada ulasan: