Kalau betul niat UMNO ikhlas untuk mempertahankan akidah umat Islam,gubal segera akta murtad. Isu yang sejak sekian lama disuarakan oleh berbagai pihak dan cuba di bawa ke Parlimen oleh PAS, namun sehingga kini belum ada satu kata putus dari Kerajaan.
Akta yang pernah dijanjikan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk dibincangkan sejak dari Datuk Dr. Yusuf Nor, diganti oleh Datuk Hamid Osman, kemudian Datuk Hamid Zainal Abidin dan hingga kini masih belum nampak kerajan UMNO ikhlas membela akidah umat Islam.
Sebaliknya setiap kali timbul isu berkaitan,UMNO akan mengambil kesempatan menyerang PAS yang konon tidak peka dalam memperjuangkan Islam yang sebenar, hanya UMNO sahaja kononnya pembela Islam.
Tetapi bila diajak untuk melaksanakan akta berkaitan murtad,UMNO diam sejuta bahasa,terus menzahirkan sifat munafik,pengecut dengan berbagai alasan yang tidak munasabah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan