Rabu, 24 Ogos 2011

lu fikirlah sendiri...

"Ulama Muda UMNO, Fathul berkata, usaha dakwah memerlukan masa dan tempoh sebelum membuahkan hasil."(MK)

aku pula kata:lu fikirlah sendiri, dah berapa ramai manusia yang bercita-cita nak mengislamkan UMNO,semuanya kecundang.

Lu fikirlah sendiri; apa yang Datuk Dr.Yusof Noor buat dalam isu duit zakat 2juta diguna untuk beli saham semasa jadi Menteri agama?

apa Datuk Dr. Hamid Osman buat dalam isu murtad,janji yang tinggal janji sehingga hari ini.

apa yang Datuk Hamid Zainal Abidin buat?
apa yang Datuk Dr. Mashitah boleh buat,tambah menyulitkan lagi bila dia berfatwa wanita boleh melacur kerana terdesak.

apa yang Jamil Khir buat sekarang ni dalam isu murtad yang sedang hangat?

lu fikirlah sendiri, apa Nakhie Hj Ahmad boleh buat bila masuk UMNO
apa yang Ust. Mohd Nor Idris al-kasyaf buat bila masuk UMNO,sedangkan sewaktu dalam PAS dia orang yang paling kuat mengharamkan dan mengkafirkan UMNO,sekarang ?

lu fikirlah sendiri, apa yang bekas Presiden ABIM Anuar Ibrahim boleh buat setelah masuk UMNO, akhirnya kena tohmahan dengan berbagai isu.

sebelum lu masuk UMNO,orang lain yang lebih cerdik geliga dah cuba Islam kan UMNO, lu tak payah cakap la dakwah tu ambil masa panjang untuk membuahkan hasil kalau lu nak berdakwah dari dalam lubang tahi,akhirnya akan kena najis tahi sama lu, kasi sengal sama lu, gua cakap lu.

lu fikirlah sendiri, PAS merupakan satu platform yang baik dan berpengalaman luas dengan berbagai mehnah dan tribulasi telah pun tersedia sejak sebelum merdeka, lu fikirlah sendiri, mempunyai dasar perjuangan yang jelas ke arah Islam,kenapa nak dibasuh lubang tahi (UMNO) dari dalam lubang itu sendiri? tidakkah nanti pasti akan terkena bau busuk dari kotoran kalaupun tidak tepalit najis yang sama

lu fikirlah sendiri, kenapa tidak sahaja menggilap lampu (PAS) yang telah bersinar supaya orang lain nampak dan menikmati sinaran cahayanya bersama.

lu fikirlah sendiri kenapa Imam Abu Hanifah sendiri sanggup dipenjara dan disebat hanya kerana enggan menerima jawatan jurutulis rasmi khalifah,hanya kerana tidak mahu menjadi kadi di kufah, hanya kerana tidak mahu menjadi hakim di Bagdad di zaman kegemilangan kerajaan Islam Bani Umaiyyah. adakah kerana kerajaan Bani Umaiyak tidak Islamik? lu fikirlah sendiri.

andai Imam Abu Hanifah masih hidup hingga kini,pasti seribu kali beliau tidak akan menerima tawaran dari kerajaan yang ada hari ini, kenapa? lu fikirlah sendiri.


"KERANA ISLAM AKU SOKONG PAS, KERANA MELAYU AKU SOKONG PAS, KERANA AKU SEORANG MELAYU ISLAM AKU AKAN SOKONG PAS DAN KERANA PAS PERJUANG ISLAM SEBAGAI DASAR AKU AKAN SOKONG PAS BIARPUN AKU DILAHIR SEBAGAI BUKAN MELAYU"

Tiada ulasan: