Selasa, 2 Ogos 2011

Kelantan Contoh Kata Dr.MAZA

"Sebagai sebuah kerajaan, kepimpinan Kelantan telah mengambil jalan yang yang sederhana. Kelantan –melalui program seperti ini- memberikan pendidikan secara langsung dan tidak langsung untuk activist muslim berinteraksi dengan dunia hiburan. Sekaligus mendekati anak-anak muda. Jalannya bukan memerangi hiburan, sebaliknya mencari ruang untuk dimanfaatkan; maka rakyat dapat berhibur secara terarah dan tidak melampai batas. Dengan itu Kelantan tidak menjadi kerajaan yang tidak bertanggungjawab yang membiarkan rakyat bebas lepas dengan hiburan tanpa bimbingan, tidak juga menjadi jumud sehingga mengharamkan segala bentuk hiburan; nyanyian, muzik dan filem."

Kalam Nurani : Tahniah kepada Kerajaan Kelantan atas usah gigih dalam menseimbangkan minat kepada hiburan yang merupakan naluri semulajadi manusia dengan tuntutan agama yang menjadi kewajipan setiap manusia.
Berbagai cabaran pasti mengundang dalam menegak sunnatullah.
Tahniah juga kepada Dr.MAZA atas keterbukaan dan keikhlasan dalam memberi pandangan

Tiada ulasan: